MS/Prabhupada 0083 - Dengan Berzikir Hare Krishna Semuanya Akan Datang



Lecture on SB 7.9.11-13 -- Hawaii, March 24, 1969

Jadi Prahlada Mahārāja berkata - kita telah berbincang tentang perkara ini - bahawa ia tidak memerlukan sebarang kelayakan. Untuk menenangkan, untuk memuaskan, untuk membuatkan Tuhan berasa senang hati, anda tidak memerlukan apa-apa pra-kelayakan: oh, anda perlu lulus peperiksaan di universiti, atau anda harus menjadi seorang lelaki yang kaya raya seperti Rockefeller atau Ford, atau anda mempunyai untuk menjadi ini atau itu ... Tiada syarat. Ahaituky apratihatā. Jika anda mahu mengasihi Krishna, tidak ada semakan. Tiada semakan. Jalannya terbuka. Hanya anda perlu menjadi ikhlas. Itu sahaja. Kemudian Krishna akan membuka jalan. Dan jika tidak ada keikhlasan, maka mayā yang di kuasai oleh Krishna akan datang. Beliau akan sentiasa, beliau akan sentiasa meletakkan halangan: ". Bukan ini, bukan ini, bukan ini" Maka Prahlada Mahārāja memutuskan bahawa "Walaupun saya hanya seorang kanak-kanak, Saya tidak berpendidikan, saya tidak berpengetahuan dalam Veda, dan lahir dari seorang ayah yang tidak percaya kepada Tuhan, yang berketurunan rendah, semua kelayakan yang buruk... Jadi, Tuhan disembah oleh orang yang berintelek soleh, melalui zikiran Veda dan oleh brāhmaṇas yang sangat beradab. Saya tidak mempunyai apa-apa kelayakan. Namun, kesemua dewa-dewa ini yang mempunyai kedudukan yang tinggi, mereka telah meminta saya. Ini bermakna Tuhan boleh juga ditenangkan oleh saya? Jika tidak bagaimana mereka cadangkan ini? Maka apa-apa kelayakan yang saya peroleh, apa sahaja kecerdasan yang saya peroleh, saya boleh menawarkannya kepada Krishna. " Oleh itu, kumpulan kesadaran Krishna kita adalah seperti ini, iaitu apa sahaja kelayakan anda memiliki itu sudah mencukupi. Anda mula dengan kelayakan itu. Anda cuba untuk berkhidmat untuk Krishna dengan kelayakan anda. Kerana kelayakan yang sebenar ialah perasaan anda dalam pengabdian untuk Krishna. Itulah kelayakan yang sebenar. Jadi, anda harus mengembangkan perasaan itu, bukannya kelayakan luaran anda iaitu kecantikan, kekayaan, pengetahuan, ini, itu, tidak. Perkara-perkara ini tidak mempunyai nilai. Ianya bernilai hanya jika ia digunakan dalam perkhidmatan Krishna. Jika anda seorang lelaki yang sangat kaya, jika anda menggunakan kekayaan anda dalam pengabdian Krishna ... Tidak mengapa. Tetapi tidak ada keperluan yang anda perlu menjadi sangat kaya. Kemudian sahaja anda berkhidmat untuk Krishna.

Jadi Prahlada Mahārāja berkata, nīco ajayā guṇa-visargam anupraviṣṭaḥ pūyeta yena pumān anuvarṇitena. Kini, seseorang boleh menyoal bahawa Prahlada lahir dari seorang ayah yang tidak suci. Inilah hujahannya. Prahlāda bukannya tidak suci, tetapi ini adalah demi hujahan, lahir dari ayah kedudukan rendah, atau keluarga yang berkedudukan rendah, atau seorang, banyak benda yang mereka katakan. Tetapi Prahlada Mahārāja mengatakan bahawa "Jika saya mulakan, hanya dengan memuji-mujikan Tuhan, saya akan disucikan. " Jika saya berzikir untuk penyucian... Hare Kṛṣṇa mantra ini adalah proses penyucian. Bukannya saya harus suci dahulu dan kemudiannya berzikir mantra Hare Kṛṣṇa. Anda berzikir dahulu. Kemudiannya ia disucikan. Anda akan disucikan. Mulakan dengan berzikir. Apa jua keadaan anda ia tidak mengapa. Sebenarnya saya mulakan, kumpulan kesedaran Krishna - bukannya mereka datang dalam keadaan yang suci. Anda semua tahu bahawa sesiapa yang datang kepada saya menurut mereka, mereka telah dilatih dari zaman kanak-kanak... Menurut taraf orang India, mereka tidak tahu akan prinsip kebersihan pun. Apa pula hendak dikatakan dengan penyucian? Di India sistemnya ialah dari zaman kanak-kanak, seorang kanak-kanak dilatih untuk mandi, mencuci gigi pada waktu pagi. Ya. Saya masih ingat, apabila anak lelaki kedua saya berumur kira-kira empat tahun, sebelum sarapan, saya pernah bertanya kepadanya, "Tunjukkan kepada saya gigi anda." Jadi dia akan menunjukkan kepada ..., "Ya." "Baiklah, anda telah mencuci gigi anda. Baik. Itu sahaja. Baru kemudian anda dibenarkan untuk mengambil sarapan pagi. " Maka terdapat latihan seperti ini. Tetapi di sini, di negara ini, latihan... Sudah tentu, terdapat di sesuatu tempat, tetapi tidak begitu ketat. Itu tidak mengapa. Berzikirlah Hare Krishna. Mula dengan Hare Krishna. Kemudiannya semua akan datang.