MS/Prabhupada 0087 - Hukum Alam Material



Sri Isopanisad Invocation Lecture -- Los Angeles, April 28, 1970

Ya. Semua di dunia material ini, mempunyai masanya yang telah ditentukan. Dan dalam masa yang telah ditentukan, terdapat enam jenis perubahan. Pertama kelahiran, kemudian pembesaran, kemudian kita tinggal, kemudian melahirkan generasi seterusnya, kemudian merosot, kemudian lenyap. Itu adalah hukum alam material. Bunga ini dilahirkan, seperti kuntum bunga, kemudian ia membesar, kemudian ia ada selama dua, tiga hari, kemudian ia menghasilkan benih, "by-product" (anak), kemudian ia mengering dan kemudian mati. (berbisik): Anda duduk seperti ini. Oleh itu ini disebut sebagai ṣaḍ-vikāra, terdapat enam jenis perubahan. Oleh itu anda tidak boleh memberhentikan perubahan ini dengan kononnya sains material. Tidak. Ini adalah avidyā. Oleh itu orang cuba cuba selamatkan diri mereka, dan ada kalanya bercakap seperti orang bodoh iaitu dengan pengetahuan sains yang manusia akan menjadi abadi. Orang Russia bercakap, seperti itu. Oleh itu ini adalah avidyā, kejahilan. Anda tidak boleh menghentikan proses hukum alam material. Oleh itu di dalam Bhagavad-gītā dinyatakan, daivī hy eṣā guṇamayī mama māyā duratyayā (BG 7.14). Proses alam material, yang terdiri daripada tiga jenis kualiti-kualiti - sattva-guṇa, rajo-guṇa, tamo-guṇa... Tri-guṇa. Maksud lagi bagi guṇa adalah tali. Seperti anda lihat satu tali, ia berbelit dalam tiga simpul. Pertama kali ada tali yang nipis, kemudian diambil tiga tali nipis itu untuk diputar bersama, selanjutnya diambil tiga tali dari hasil putaran proses pertama itu dan ketiganya diputar bersamaan lagi, kemudian diambil lagi tiga tali hasil putaran proses yang kedua tadi dan kemudian ketiganya diputar bersamaan lagi. Ia akan menjadi sangat kuat. Oleh itu ketiga-tiga kualiti ini, sattva, raja, tamo-guṇa, mereka bercampur Dan sekali lagi mereka menghasilkan hasil sampingan, kembali bercampur lagi, kemudian bercampur lagi. Dengan cara begini selama lapan puluh satu kali mereka dibelitkan. Oleh itu guṇamayī māyā, dibelit dengan lebih dan selebihnya. Jadi anda tidak boleh keluar dari ikatan dunia material ini. Ikatan. Oleh itu disebut sebagai apavarga. Proses dari kesedaran Kṛṣṇa bererti untuk memansuhkan proses pavarga ini.

Semalam saya menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai pavarga ini kepada Gargamuni. Pavarga ini dimaksudkan sebagai susunan dari huruf pa. Anda tahu, sesiapa yang telah mempelajari devanāgarī. Terdapat huruf-huruf devanāgarī, ka kha ga gha na ca cha ja jha na. Dengan begitu ada lima set di dalam satu baris. Kemudia ada set kelima, iaitu pa pha ba bha ma. Oleh itu pavarga ini bererti pa. Pertama sekali adalah pa. Pa bererti parava, kekalahan. Setiap orang sedang berusaha, berjuang dengan sangat teguh untuk meneruskan hidup , namun dikalahkan. Pertama pavarga. Pa bererti parava. Dan kemudian pha. Pha bererti berbuih. Sama seperti seekor kuda, apabila ia bekerja dengan keras, anda boleh lihat sedikit buih akan keluar dari mulutnya, kita adakalanya juga, apabila kita adalah penat selepas bekerja dengan keras, lidah akan menjadi kering dan sedikit buih akan keluar. Oleh itu setiap orang bekerja keras untuk memuaskan nafsu, namun ditewaskan. Maka pa, pha, dan ba. Ba bererti ikatan. Oleh itu pertama pa, kedua pha, dan ketiga ikatan, kemudia ba, bha. Bha bererti dipukul, ketakutan. Dan kemudian ma. Ma bererti mrtyu, atau kematian. Oleh itu proses kesedaran Kṛṣṇa ialah apavarga. Apa. A bererti satu. Pavarga, ini adalah gejala-gejala dunia material ini, dan apabila anda menambah perkataan a, apavarga, itu bererti ia telah dimansuhkan.