MS/Prabhupada 0092 - Kita harus Melatih deria-deria untuk Memuaskan Sri Krishna
Lecture on BG 2.20-25 -- Seattle, October 14, 1968
Sesiapa pun di dunia material ini, mereka akan terjebak untuk memuaskan nafsu. Sama ada planet-planet yang lebih tinggi ataupun planet-planet yang lebih rendah. Seperti di kalangan haiwan nafsu datang dengan begitu pantas, begitu juga manusia. Apakah sebenarnya manusia? Kita adalah manusia yang berfikiran sivil, tetapi apa yang kita lakukan? Benda-benda yang sama. Makan, tidur dan bersenyawa. Seekor anjing melakukan benda yang sama. Sebarang mana jua di dunia material ini, sama ada di planet yang lebih tinggi ataupun planet yang lebih rendah, melakukan kegiatan memuaskan nafsu adalah sangat ketara. Hanya di dunia kerohanian tidak ada aktiviti memuaskan nafsu. Terdapat hanya usaha untuk memuaskan Sri Kṛṣṇa. Itu... Di sini semua orang cuba memuaskan nafsunya. Itu adalah hukum dunia material. Itu adalah dunia material. Selagi anda cuba memuaskan nafsu, itu adalah dunia material anda. Dan sebaik sahaja anda menukarkan untuk memuaskan deria-deria Sri Kṛṣṇa, itu adalah kehidupan kerohanian anda. Ia sangat mudah. Sebaliknya kita cuba memuaskan... Hṛṣīkeṇa hṛṣīkeśa-sevanam (CC Madhya 19.170). Itu adalah bhakti.
Anda seharusnya ada deria-deria. Anda harus memuaskannya. Deria-deria, anda harus memuaskannya. Sama ada anda memuaskan sendiri… Tetapi anda tidak mengetahui. Roh yang terkurung tidak mengetahui dengan memuaskan deria-deria Sri Kṛṣṇa, deria-deria orang tersebut akan dipuaskan secara automatik. Seperti contoh berikut. Seperti menyiram air di akar pokok… Ataupun kesemua jari-jari, sebahagian daripada badannya, dengan mengisikan perut, secara automatik kesemua jari- jari akan terasa puas. Kita tidak mengetahui rahsia ini. Kita hanya berfikir untuk memuaskan deria-deria kita. Kesedaran Sri Kṛṣṇa bermakna kita tidak mencuba untuk memuaskan deria-deria kita. Anda harus cuba memuaskan deria-deria Sri Kṛṣṇa; dan deria-deria anda akan dipuaskan secara automatik. Itu adalah rahsia Kesedaran Kṛṣṇa. Parti berlawan, akan berfikir, “ Oh, kenapa aku yang perlu memuaskan deria Sri Kṛṣṇa? Kenapa aku perlu berkerja untuk Sri Kṛṣṇa siang dan malam? Biar saya cuba memuaskan keinginan para karmīs." Seperti yang buat sekarang iaitu berkhidmat untuk Sri Kṛṣṇa siang dan malam, mereka berfikir, “ Bodohnya mereka. Kita sangat bijak. Kita bekerja untuk memuaskan deria-deria kita siang dan malam, dan mengapa mereka berkhidmat untuk Sri Kṛṣṇa?”
Ini adalah perbezaan antara materialis dan spiritualis. Seorang spiritualis akan berusaha siang dan malam dengan bersungguh, tanpa berhenti, untuk Sri Kṛṣṇa. Itu adalah kehidupan kerohanian. Dan seorang materialis akan berusaha, untuk memuaskan nafsu mereka. Itu adalah perbezaan antara kehidupan materialistik dan kerohanian. Oleh itu pertubuhan Kesedaran Kṛṣṇa bererti kita cuba untuk melatih deria-deria kita untuk memuaskan Sri Kṛṣṇa. Itu sahaja. Selagi, sebelum ini, dalam kebanyakan, beribu-ribu dan berjuta-juta kehidupan yang kita telah melalui, kita hanya mencuba untuk memuaskan nafsu kita, nafsu persendirian. Biar kehidupan ini didedikasikan untuk memuaskan deria-deria Sri Kṛṣṇa. Itu adalah kesedaran Kṛṣṇa. Satu kehidupan. Kita telah dalam dalam berapa kehidupan, cuba untuk memuaskan deria-deria kita. Biarkan kehidupan ini, sekurang-kurang kehidupan ini, kita cuba, tengok nanti apa yang berlaku. Oleh itu kita bukanlah pengalah. Walaupun kita rasa kesulitan dengan tidak memuaskan nafsu kita, namun kita bukan pengalah. Cubalah memuaskan Sri Kṛṣṇa, sah kesemuannya akan baik.