MS/Prabhupada 0093 - Bhagavad-gita adalah juga Sri Krishna
Lecture on Brahma-samhita, Lecture -- Bombay, January 3, 1973
Oleh itu, Śrīmad-Bhāgavatam ialah penerangan asli daripada Vedānta-sūtra. Di Vedānta-sūtra, penerangan dari Vedānta-sūtra, Śrīmad-Bhāgavatam, ia dinyatakan:
- janmādy asya yataḥ anvayāt itarataś ca artheṣu abhijñaḥ
- tene brahma hṛdā ādi-kavaye muhyanti yatra sūrayaḥ
- (SB 1.1.1)
Huraian ini diberikan di sana. Oleh itu ādi-kavi, ādi-kavi bererti Brahmā, Ādi-kavi. Iaitu tene brahma. Brahmā bererti śabda-brahman, kesusasteraan Veda. Maka Beliau telah memberi arahan ataupun menyemaikan di dalam hati Brahmā. Ini kerana apabila ciptaan bermula, Brahmā hanya seorang sahaja dicipta, iaitu makhluk hidup, pada peringkat permulaan ciptaan. Oleh itu, kemungkinan soalan yang akan timbul, adalah “Bagaimanakah Brahmā telah mempelajari pengetahuan Veda?” Itu telah dijelaskan : tene brahma... Brahmā. Brahmā bererti kesusteraaan Veda. Śabda-brahman. Maklumat, penerangan yang diberikan mengenai Tuhan adalah juga bererti Brahman. Brahman ialah mutlak. Tidak ada perbezaan di antara Brahman dan kesusasteraan yang menerangkan mengenai Brahman. Ini adalah sama dengan: sama seperti Bhagavad-gītā dan Kṛṣṇa, tidak ada sebarang perbezaan. Bhagavad-gītā adalah juga Kṛṣṇa. Jikalau tidak, kenapa buku ini disembah, semenjak, sangat lama dahulu, lima ribu tahun, melainkan kerana Bhagavad-gītā itu ialah Kṛṣṇa? Terdapat banyak kesusasteraan, buku-buku yang diterbitkan pada masa kini. Selepas setahun, dua tahun, tiga tahun – penerbitan ditamatkan. Tidak ada siapa pun kisah. Tidak ada siapa pun kisah. Tidak ada siapa pun yang membaca... Sebarang kesusteraan yang anda boleh namakan berdasarkan sejarah dunia ini, tidak ada kesusasteraan yang boleh wujud untuk lima ribu tahun, dibaca berulang kali oleh ramai orang, ramai para cendekiawan, ramai para agamawan dan ramai para falsafah, semua orang. Mengapa? Kerana ia ialah Kṛṣṇa. Kṛṣṇa... Tidak ada perbezaan antara Bhagavad-gītā dan Bhagavān. Śabda-brahman. Oleh itu Bhagavad-gītā tidak boleh dianggap sebagai satu kesusasteraan yang biasa, yang seseorang itu boleh memberi komen mengenai Bhagavad-gītā dengan pengetahuannya setakat ABCD. Tidak. Itu adalah mustahil. dengan pengetahuan mereka yang setakat bersifat akademik ABCD. Itu adalah mustahil. Ia adalah śabda-brahman. Ia akan didedahkan kepada orang yang mempunyai pengabdian terhadap Sri Kṛṣṇa. Yasya deve parā bhaktir yathā deve... Ini adalah arahan Veda.
- yasya deve parā bhaktir
- yathā deve tathā gurau
- tasyaite kathitā hy arthāḥ
- prakāśante mahātmanaḥ
- (ŚU 6.23)
Pengetahuan tersebut akan didedahkan. Oleh itu, kesusasteraan Veda akan didedahkan. Ia bukan bererti yang saya boleh fahami dengan pengetahuan ABCD anda. Saya boleh beli satu Bhagavad-gītā, dan kerana saya mempunyai pengetahuan bahasa, maka saya boleh memahaminya. Tidak. Vedeṣu durlabha. Di Brahma-saṁhitā ia dinyatakan, vedeṣu durlabha. Anda boleh cuba mempelajari kesemua kesusasteraan Veda dengan pengetahuan kesusasteraan anda atau dengan bersifat akademik – durlabha. Ia adalah mustahil. Vedeṣu durlabha. Oleh itu, terdapat ramai orang, yang cuba memberi penafsiran sendiri mengenai Bhagavad-gītā dengan pengetahuan mereka yang kononnya bersifat akademik, tetapi tidak sesiapa pun ambil peduli mengenai mereka. Mereka tidak boleh menukarkan seorang pun, untuk menjadi seorang penganut Kṛṣṇa. Ini adalah satu cabaran. Di Bombay terdapat ramai orang, mereka menerangkan mengenai Bhagavad-gītā untuk bertahun-tahun, tetapi mereka tidak dapat menukarkan seorang pun untuk menjadi penganut suci Sri Kṛṣṇa. Ini adalah cabaran kita. Namun Bhagavad-gītā ini, diterangkan dengan cara menurut aslinya, dan beribu-ribu masyarakat Eropah dan Amerika, di mana keturunan mereka ataupun keluarga mereka langsung tidak mengetahui nama Kṛṣṇa, namun mereka telah bertukar untuk menjadi para penganut. Ini adalah rahsia kejayaannya. Namun orang-orang yang bodoh, mereka tidak tahu. Mereka memikirkan dengan menafsirkan Bhagavad-gītā dengan kononnya pengetahuan mereka yang tidak sempurna, yang seperti bangsat, mereka boleh mendedahkan Bhagavad-gītā. Ia adalah mustahil. Nāhaṁ prakāśaḥ yogamāyā-samāvṛtaḥ. Kṛṣṇa tidak akan terdedah kepada orang-orang yang bodoh dan bangsat. Kṛṣṇa tidak akan terdedah langsung. Nāhaṁ prakāśaḥ sarvasya (BG 7.25). Beliau bukan sebarangan sungguh murah untuk difahami oleh orang-orang yang bodoh dan bangsat ini. Ia adalah mustahil. Sri Kṛṣṇa bersabda, nāhaṁ prakāśaḥ sarvasya yogamāyā-samā... (BG 7.25).
- manuṣyāṇāṁ sahasreṣu
- kaścid yatati siddhaye
- yatatām api siddhānāṁ
- kaścid vetti māṁ tattvataḥ
- (BG 7.3)