MS/Prabhupada 0097 - Aku hanyalah Seorang Peon Pos
Jika kita berusaha secara bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan pertubuhan ini, maka, walaupun kita, tidak berjaya untuk mendapat pengikut, namun Sri Kṛṣṇa akan berasa gembira. Matlamat kita hanya untuk memuaskan Sri Kṛṣṇa. Itu adalah bhakti. Hṛṣīkena hṛṣīkeśa-sevanaṁ bhaktir ucyate (CC Madhya 19.170). Bhakti bererti seseorang itu mesti menggunakan segala deria-deria hanya untuk kepuasannya. Kehidupan material in bererti untuk memuaskan diri sendiri: “Aku suka ini. Aku suka ini. Aku nak buat sesuatu. Aku nak menyanyi sesuatu atau aku hendak mengucapkan sesuatu, makan sesuatu, ataupun menyentuh sesuatu, atau merasakan sesuatu." Ia adalah, sesuatu, bererti... Ia bererti menggunakan deria-deria. Itu ialah kehidupan material. "Aku hendak menyentuh kulit yang lembut. Aku hendak merasa sesuatu, apa yang dikatakan, makanan yang sedap. Aku hendak berbau wangi seperti itu. Aku hendak berjalan seperti begitu.” Benda yang sama- berjalan, merasa, menyentuh, atau apa-apa pun – kesemuanya harus digunakkan untuk Sri Kṛṣṇa. Itu sahaja. Kita menyentuh benda lain, jika sebaliknya kita menyentuh tapak kaki suci seorang penganut(yang sah), sentuhan itu adalah bermakna. Kita makan benda yang kurang elok, tetapi sebaliknya jika kita makan Kṛṣṇa prasadam, ia adalah bagus. Kita bau benda lain, tetapi jika kita bau bunga yang disembahkan kepada Sri Kṛṣṇa... Oleh itu tidak apa yang terhenti. Jika anda masih ingin mengadakan perhubungan seks, anda hanya boleh mengadakan perhubungan tersebut demi melahirkan anak-anak yang akan mengikut Kesedaran Kṛṣṇa. Tidak ada apa-apa yang terhenti. Namun sebaliknya ia menjadi suci. Itu sahaja. Itu adalah tujuan program ini. Tidak akan timbul soalan untuk “Menghentikan ini.” Menghentikan semestinya tidak boleh. Bagaimana untuk menghentikannya? Saya adalah manusia. Jika seseorang itu berkata,”Oh, anda tidak boleh makan,” adakah ia mungkin? Saya perlu makan. Tidak akan timbul soalan untuk menghentikan. Kita harus mensucikannya. Oleh itu... Dan satu lagi falsafah yang dipertikaikan, Saya cuba maksudkan, memberhentikan secara paksaan, menghentikan secara sepenuhnya, seperti yang mereka katakan, “Hanya menjadi seorang yang tidak ada apa-apa keinginan." Mereka mengesyorkan. Bagaimana saya tidak akan ada sebarang keinginan? Keinginan itu harus ada. Tetapi kesemua keinginan saya hanya untuk Kṛṣṇa.
Ini adalah proses yang sangat bagus. Dan sekiranya orang lain tidak mengambil berat atau tidak menerima falsafah kita, dan sekiranya anda mencuba untuk menerimanya, itu adalah hal anda. Sri Kṛṣṇa akan berasa puas. Para ācārya akan berasa puas, Guru Mahārāja akan berasa puas. Dan yasya prasādād bhagavat... Jika mereka berasa puas, maka matlamat anda tercapai. Bukannya sama ada yang lain berasa puas atau tidak. Dengan mengucapkan Hare Kṛṣṇa di tempat awam- adalah orang awam berasa puas hati- Tidak, itu bukan kebimbangan kita. Orang awam mungkin berasa puas atau tidak puas. Tetapi, jika saya mengucapkan Hare Kṛṣṇa dengan cara yang betul, maka, para ācārya akan berasa puas hati. Itu adalah matlamat saya, sudah tercapai, jika saya tidak merekacipta kaedah saya yang tersendiri. Oleh itu, saya sangat gembira yang Sri Kṛṣṇa telah menghantar pemuda dan pemudi yang mulia untuk menolong saya. Semoga kalian direstui pada hari yang suci ini. Dan saya tidak memperoleh apa-apa. Saya hanya seorang peon pos. Saya hanya menyampaikan pesanan yang saya terima daripada Guru Mahārāja saya. Hanya bertindak dengan cara yang sama, dan anda akan gembira, dan dunia ini akan gembira, dan Sri Kṛṣṇa akan berasa gembira, dan segalanya...