MS/Prabhupada 0096 - Kita Harus Mempelajari dari Seorang Bhagavata



Lecture on BG 13.4 -- Miami, February 27, 1975

Saya berfikir, "Saya seorang warganegara Amerika, saya seorang warganegara India, saya seorang Hindu, saya seorang Muslim," kesemua benda kotor in ada di dalam hati saya. Anda kena membersihkan hati anda. Hṛdy antaḥ-sthaḥ abhadrāṇi. Benda-benda kotor ini ada di dalam hati seseorang, oleh itu jikalau kita membersihkan hati kita, maka kita akan bebas daripada kesemua kedudukan ini. Naṣṭa-prāyeṣu abhadreṣu nityaṁ bhāgavata-sevayā (SB 1.2.18). Naṣṭa-prāyeṣu. Mendengar Śrīmad-Bhāgavatam atau Bhagavad-gītā secara kerap boleh membersihkan diri dari kekotoran. Nityaṁ bhāgavata... dan bhāgavata bermaksud buku Bhāgavata dan seorang bhāgavata.

Seorang bhāgavata adalah seorang guru kerohanian. Ataupun seorang penganut yang mulia. Beliau inilah yang disebut sebagai bhāgavata, mahā-bhāgavata. Oleh itu, bhāgavata-sevayā bukan hanya membaca Bhagavad-gītā dan Bhāgavatam, tetapi juga belajar dari seorang bhāgavata. Ini adalah dimestikan. Caitanya Mahāprabhu menasihati, bhāgavata paṛā giyā bhāgavata-sthāne: “Sekiranya kamu ingin mempelajari Bhāgavata, maka pergilah kamu kepada seorang bhāgavata yang telah menyedari akan tujuan kelahirannya."

Dan bukannya kepada seorang profesional. Ia tidak mampu membantu kamu. Profesional – Saya pergi ke kuil, saya pergi ke gereja dan kembali kepada semula ke kedudukan neraka..., tidak. Kamu ikutlah seorang bhāgavata yang telah menemui erti kehidupannya dan mendengar daripadanya mengenai buku ini, pengetahuan yang sama. Seorang bhāgavata adalah orang yang mewakili Kṛṣṇa. Seperti mana yang disabda oleh Sri Kṛṣṇa, tat samāsena me śṛṇu. Me śṛṇu : “Dengarlah dari Aku atau wakil Aku. Maka kamu akan memperoleh manfaat.”

Oleh itu, pusat ini telah dibuka hanyalah untuk memberi peluang kepada mereka yang menderita bukan sahaja dalam kelahiran ini, tetapi kelahiran selepas kelahiran.

ei rupe brahmanda bhramite kona bhagyavan jiva
guru-krsna-krpaya paya bhakti-lata-bija
(CC Madhya 19.151)

Ini adalah tanggungjawab kita, dan kita telah memikul tanggungjawab ini mewakili Kṛṣṇa. Kṛṣṇa datang dan mengajar secara peribadi. Seperti mana beliau berikan Śrīmad-Bhāgavatam. Dan Beliau mempertanggungjawabkan pengikutnya untuk menerangkan kepada masyarakat secara umum. Kita sedang mengusahakannya. Kita tidak mengubahsuai atau menambah sesuatu mengikut sesuka hati. Aset dan harta telah diberikan. Dan kami hanyalah tukang penyampai semata-mata (peon). Itu sahaja.

Dan kita tidak ada sebarang kesulitan. Jika kita sampaikan Bhagavad-gītā, petunjuk daripada Kṛṣṇa yang disebut oleh Kṛṣṇa, maka, tanggungjawab kami telah selesai. Kita tidak menghasilkan apa-apa; dan kita tidak mampu menghasilkan apa-apa. Namun, sesetengah yang lain. Mereka akan menghasilkan idea baru, falsafah baru..., semuanya karut. Itu tidak akan membantu. Perolehilah pengetahuan yang tulen.