MS/Prabhupada 0099 - Bagaimanakah Caranya untuk dikenali oleh Sri Krishna
Lecture on BG 13.4 -- Bombay, September 27, 1973
Oleh itu, seperti yang kita temui terdapat banyak kelas lelaki, walaupun mereka semua berada di Bombay, atau sebarang bandar, dengan cara yang sama, kesemua para makhluk hidup, mereka tidak mempunyai kualiti-kualiti yang sama. Sesetengah daripada mereka adalah dalam sifat alam material kebaikan, sesetengah daripada mereka adalah dalam sifat alam material nafsu, dan sesetengah daripada mereka adalah dalam sifat alam material kebodohan. Oleh itu sesiapa yang dalam sifat alam material kebodohan, mereka sama seperti jatuh ke dalam air. Apabila air tersebut terkena api, air tersebut akan hilang dengan sepenuhnya. Dan gelas yang kering, jika terkena percikan api, dengan mengambil kesempatan gelas yang kering itu, api tersebut menyala. Di sini juga, nyalaan api akan merebak.
Dengan cara yang sama sekali, sesiapa dalam sifat alam material kebaikan, mereka boleh mendapatkan Kesedaran Kṛṣṇa. Kerana dalam Bhagavad-gita ia dinyatakan, dalam Bhagavad-gītā ia dinyatakan, yeṣāṁ tv anta-gataṁ pāpām. Kenapa masyarakat tidak datang ke kuil ini? Kerana mereka dipengaruh oleh sifat alam material kebodohan. Na māṁ duṣkṛtino mūḍhaḥ prapadyante narādhamāḥ (BG 7.15). Mereka tidak boleh datang. Sesiapa yang terlibat dalam kegiatan yang berdosa, mereka tidak boleh memahami kesedaran Kṛṣṇa. Bagi mereka, itu adalah mustahil. Namun, setiap orang diberikan peluang. Kita mendorong, “Sila datang ke sini. Sila...” Ini adalah matlamat kita bagi pihak Sri Kṛṣṇa. Sri Kṛṣṇa datang secara personal untuk mengajar Bhagavad-gītā dan bertanya semua orang, sarva-dharmān parityajya mām ekaṁ śaraṇaṁ vraja (BG 18.66), itu adalah matlamat kita.
Oleh itu, Sri Kṛṣṇa sangat menghargai, “Oh, mereka ini mereka membuat kesemua khidmat ini bagi pihak Aku. Aku tidak perlu ke sana. Mereka melakukan kerja-Ku.” Apabila kita bercakap mengenai matlamat kita. Kita hanya bertanya kepada masyarakat, “Tolonglah serahkan diri pada Sri Kṛṣṇa." Oleh itu, kita adalah sangat disayangi. Sri Kṛṣṇa bersabda, na ca tasmān manuṣyeṣu kaścin me priya-kṛttamaḥ (BG 18.69). Matlamat kita ialah bagaimana untuk dikenali oleh Sri Kṛṣṇa.
Kita tidak hirau sama ada seseorang itu telah menerima Kesedaran Kṛṣṇa atau tidak menerima. Tugas kita hanya untuk mendorong, Itu sahaja. “Wahai Tuan, Sila ke sini (kuil), sila lihat Sri Kṛṣṇa, Sila sembahkan namaskāra, sila makan prasāda, dan sila pulang ke rumah.” Tetapi masyarakat tidak bersetuju. Kenapa begitu? Sekarang, matlamat ini tidak dapat diterima oleh manusia-manusia yang melakukan aktiviti-aktiviti berdosa.
Oleh itu, Sri Kṛṣṇa bersadbda, yeṣāṁ tv anta-gataṁ pāpām. Seseorang itu harus menghabiskan aktiviti-aktiviti yang berdosa. yeṣāṁ tv anta-gataṁ pāpāṁ janānāṁ puṇya-karmaṇām. Siapakah yang boleh bebas daripada aktiviti-aktiviti berdosa? Seseorang yang selalu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang soleh. Sekiranya anda terlibat dapat aktiviti-aktiviti yang soleh, di manakah ada peluang untuk melakukan aktiviti-aktiviti berdosa? Oleh itu, aktiviti yang paling soleh ialah untuk mengucapkan Hare Kṛṣṇa mahā-mantra. Jika anda selalu terlibat dalam aktiviti, Hare Kṛṣṇa, Hare Kṛṣṇa, Kṛṣṇa Kṛṣṇa, jika minda anda selalu terlibat dalam aktiviti-aktiviti kesedaran Kṛṣṇa, maka tidak akan ada tempat untuk benda lain menganggu fikiran anda. Ini adalah proses Kesedaran Kṛṣṇa. Sebaik sahaja anda melupakan Sri Kṛṣṇa, māyā, dengan serta merta akan memerangkap.