MS/Prabhupada 0100 - Kita Mempunyai Hubungan yang Kekal dengan Sri Krishna
Lecture on SB 6.1.8 -- New York, July 22, 1971
Oleh itu kita mempunyai perhubungan yang kekal dengan Sri Kṛṣṇa. Pada saat ketika, ia sahaja dilupakan, ditindas. Oleh itu, kita memikirkan yang kita tidak ada perhubungan yang tetap dengan Sri Kṛṣṇa. Namun itu bukan fakta yang benar. Kerana kita adalah sebahagian daripada Sri Kṛṣṇa, dan perhubungan itu adalah kekal. Kita harus membangkitkannya. Itu adalah Kesedaran Kṛṣṇa. Kesedaran Kṛṣṇa bererti... Kita sekarang berada dalam kesedaran yang lain. Saya berfikir saya adalah seorang warganegara India. Seseorang itu berfikir yang “Saya adalah seorang warganegara Amerika.” Seorang lagi berfikir, “Saya adalah ini, saya adalah itu.” Tetapi seseorang itu harus ingat yang “ Saya kepunyaan Sri Kṛṣṇa." Itu adalah kesedaran Kṛṣṇa. “ Saya kepunyaan Sri Kṛṣṇa” Dan dalam perhubungan –Kesedaran Kṛṣṇa- Kerana Sri Kṛṣṇa adalah untuk semua, oleh itu saya pun kepunyaan semua. Sila cuba memahami. Di India, sistemnya adalah apabila seorang gadis dikahwinkan dengan seorang pemuda, oleh itu, seperti di negeri kamu juga, adalah sistem yang sama. Sama seperti, anak saudara suami gadis tersebut, ia memanggil gadis tersebut “Makcik”. Sekarang, bagaimana gadis tersebut menjadi seorang makcik kepada budak itu? Ini kerana, perhubungan ini disebabkan kerana perkahwinan dengan suaminya, iaitu bapa saudara budak itu. Sebelum perkahwinan, gadis itu bukan makcik kepada budak ini, tetapi apabila ia berkahwin dengan pemuda tersebut, anak saudara pemuda tersebut menjadi anak saudara gadis itu. Cuba memahami contoh ini. Dengan cara yang sama, jika kita membina balik perhubungan, perhubungan yang asal dengan Sri Kṛṣṇa, dan Sri Kṛṣṇa ialah untuk semua orang, maka saya pun berpunya kepada semua orang. Itu adakah perhubungan cinta sejagat. Perhubungan yang berpura-pura, kononnya cinta sejagat tidak dapat dibina, melainkan anda telah membina perhubungan anda dengan keutamaan mutlak. Sama seperti kamu semua orang Amerika. Mengapa? Kerana kamu dilahirkan di tanah ini. Maka seorang lagi warganegara Amerika adalah kepunyaan negara kamu, tetapi jika anda menyerahkan kewarganegaraan anda, maka kamu tidak ada apa-apa perhubungan dengan warganegara Amerika yang lain. Oleh itu anda harus membina balik perhubungan dengan Sri Kṛṣṇa. Dengan itu, perkara-perkara seperti perhubungan saudara sejagat, keadilan, keamanan, kemakmuran akan berlaku. Jikalau tidak, ia adalah mustahil. Kerana tiada keutamaan mutlak. Bagaimanakah akan terjadinya keadilan dan keamanan? Ia adalah mustahil.
Oleh itu, formula untuk keamanan diberikan di dalam Bhagavad-gītā. Formula keamanan ialah seseorang itu perlu memahami bahawa hanya Sri Kṛṣṇa seorang sahaja penikmati. Sama seperti di kuil ini, keutamaan mutlak ialah Sri Kṛṣṇa. Jika kita memasak, itu adalah untuk Sri Kṛṣṇa, bukan kita masak untuk kenikmatan sendiri. Secara muktamad, walaupun kita menikmati prasādam, tetapi apabila kita memasak, kita tidak berfikir yang kita memasak untuk kenikmatan sendiri. Kita memasak untuk Sri Kṛṣṇa. Apabila penganut meminta duit (derma), ia tidak bermaksud penganut- penganut di parti kīrtana, mereka mempunyai kepentingan peribadi. Tidak. Mereka meminta, atau mereka memberikan buku kesusasteraan, hanya untuk memuaskan Kṛṣṇa, supaya orang akan menerima kesedaran Kṛṣṇa. Dan sebarang derma yang diterima, duit tersebut digunakan untuk Kṛṣṇa. Dengan cara ini, kita apabila kita mempratikkan sistem ini, semuanya untuk Kṛṣṇa, itu adalah Kesedaran Kṛṣṇa. Perkara yang sama, apa yang kita sedang lakukan, kita harus buat. Kita harus tukarkan pemikiran, bahawa “Saya melakukan kesemua ini untuk Kṛṣṇa, bukan untuk kepentingan sendiri.” Dengan cara ini, jika kita menerima kesedaran Kṛṣṇa, maka kita akan ke kesedaran kita yang asli. Maka kita akan menjadi gembira. Selagi kita tidak ke kesedaran kita yang asli, maka kita akan jadi gila di tahap-tahap yang berbeza. Sesiapa yang tidak menerima kesedaran Kṛṣṇa, ia seharusnya gila kerana ia menerima platform yang sementara, fana. Ia akan terhapus.
Namun kita, sebagai makhluk hidup, kita adalah kekal. Oleh itu berada di kedudukan sementara adalah bukan matlamat kita. Matlamat kita harus untuk menjadi kekal kerana kita adalah kekal. Dan matlamat kekal tersebut adalah untuk berkhidmat untuk Kṛṣṇa. Sama seperti jari ini, ia adalah sebahagian daripada badan ini, tetapi fungsi jari ini adalah untuk digunakan untuk badan ini, itu sahaja. Ia tidak mempunyai fungsi yang lain. Dan itu bermaksud keadaan jari itu adalah baik. Jika jari itu tidak dapat digunakan, maka jari tersebut berpenyakit. Dengan cara yang sama, Kṛṣṇa adalah kekal; kita adalah kekal. Nityo nityānāṁ cetanaś cetanānām (Kaṭha Upaniṣad 2.2.13). Itu adalah arahan kesusasteraan Veda. Kekekalan yang tertinggi (terunggul) ialah Śrī Kṛṣṇa, dan kita juga adalah kekal. Kita bukan terunggul, kita adalah di bawah-Nya . Nityo nityānāṁ cetanaś cetanānām. Beliau adalah makhluk hidup yang terunggul, kita adalah makhluk hidup di bawah-Nya. Eko bahūnāṁ yo vidadhāti kāmān. Makhluk hidup terunggul, adalah kekal, Beliau memberikan segala keperluan hidup kepada kesemua makhluk hidup kekal yang lain. Eko bahūnām, jumlah makhluk hidup yang tidak terhingga. Anda tidak boleh mengira. Bahūnām. Ini adalah perhubungan kita. Oleh itu, kita adalah sebahagian daripada-Nya, kita harus berkhidmat untuk Kṛṣṇa, dan kita di bawah-Nya. Beliau memberikan keperluan. Beliau adalah Bapa yang Tertinggi ( Terunggul) Ini adalah kehidupan yang normal dan bebas. Sebarang cara kehidupan yang lain, melampaui Kesedaran Kṛṣṇa, itu adalah cara kehidupan yang berdosa.