MS/Prabhupada 0101 - Mengamalkan Kehidupan yang Sihat bererti Menikmati Keseronokan yang Kekal
Press Conference -- April 18, 1974, Hyderabad
Tetamu (1) : Apakah sebenarnya matlamat muktamad Pertubuhan Kesedaran Kṛṣṇa ini?
Prabhupāda: Ye, matlamat muktamad ialah, bahawa… Tidak, Biar saya berkata. Matlamat muktamad ialah, bahawa terdapat roh dan material. Dan di dunia material ini, terdapat dunia kerohanian juga. Paras tasmāt tu bhāvaḥ anyaḥ avyaktaḥ avyaktāt sanātanaḥ (BG 8.20). Dunia kerohanian adalah kekal. Dunia material adalah sementara. Kita adalah roh. Kita adalah kekal. Oleh itu, matlamat kita adalah untuk kembali ke dunia rohani, bukannya kita ingin kekal dia dunia material ini dan menukarkan ke jasad lain, dan dari kurang baik ke teruk atau semakin teruk, er, baik. Ini bukanlah matlamat kita. Ini adalah penyakit. Mengamalkan kehidupan yang sihat bererti juga menikmati kehidupan yang kekal. Yad gatvā na nivartante tad dhāma paramaṁ mama (BG 15.6). Oleh itu, hidup ini sebagai seorang manusia harus digunakan untuk mencapai tahan kesempurnaan- bukan untuk mendapatkan jasad yang seterusnya dan bertukar jasad. Itu adalah matlamat hidup ini.
Tetamu (2) : Adakah mungkin untuk mencapai kesempurnaan ini di dalam hidup ini?
Prabhupāda: Ya, dalam satu saat sahaja, jika anda bersetuju. Sri Kṛṣṇa bersadbda:
- sarva-dharmān parityajya
- mām ekaṁ śaraṇaṁ vraja
- ahaṁ tvāṁ sarva-pāpebhyo
- mokṣayiṣyāmi mā śucaḥ
- (BG 18.66)
Kita menukarkan jasad kita ini kepada jasad yang penuh dengan aktiviti-aktiviti yang berdosa, tetapi jika kita menyerahkan diri kepada Sri Kṛṣṇa dan menerima Kesedaran Kṛṣṇa, dengan serta-merta anda akan berada di platform kerohanian.
- māṁ ca yo 'vyabhicāreṇa
- bhakti-yogena sevate
- sa guṇān samatītyaitān
- brahma-bhūyāya kalpate
- (BG 14.26)
Apabila anda menjadi penganut suci Sri Kṛṣṇa, anda dengan serta-merta akan mengatasi platform material ini. Brahma-bhūyāya kalpate. Anda akan berada di platform kerohanian. Sekiranya anda mati di platform kerohanian, maka anda akan pulang ke dunia kerohanian.