MS/Prabhupada 0110 - Jadilah Boneka Kepada Para Ācārya Yang Terdahulu



Morning Walk -- April 19, 1973, Los Angeles

Svarūpa Dāmodara: Jika mereka mendengar Śrīmad-Bhāgavatam, hati mereka akan berubah.

Prabhupāda: Semestinya. Semalam, ada seseorang yang telah berterima kasih terhadap murid-murid kita yang: “Oh, kita berasa sangat bertanggungjawab terhadap anda, kerana anda telah memberikan kita Bhāgavatam." Bukankah itu, ada seorang telah berkata?

Para penganut : Ya ya. Tripurāri berkata itu. Tripurāri.

Prabhupāda : Oh Tripurāri Ya. Adakah orang berkata begitu?

Tripurāri : Ya, ada dua orang budak lelaki datang semalam di lapangan terbang, mereka membeli dua set Śrīmad-Bhāgavatam.

Jayatīrtha: Set penuh?

Tripurāri: Enam jilid. Mereka memegang buku Bhāgavatam dan berkata: “Ribuan terima kasih.” Dan mereka meletakkan dalam peti simpanan mereka dan mereka tunggu untuk penerbangan mereka dan mereka membawa Jilid Pertama...

Prabhupāda: Ya. Orang yang ikhlas akan rasa bertanggungjawab terhadap kita punya, terhadap propaganda pertubuhan ini. Dengan mengedarkan buku-buku ini, anda melakukan suatu khidmat yang besar untuk Sri Kṛṣṇa. Beliau ingin bersabda kepada semua orang: sarva-dharmān parityajya mām ekaṁ śaraṇaṁ vraja (BG 18.66). Beliau datang, oleh itu. Sesiapa yang berkhidmat dengan cara yang sama, bahawa: “Berserahlah kepada Sri Kṛṣṇa,” maka Sri Kṛṣṇa menghargainya dengan baik. Itu dinyatakan di Bhagavad-gītā: na ca tasmān manuṣyeṣu (BG 18.69). Di kalangan masyarakat manusia, tidak ada sesiapa pun yang lebih dikasihi oleh Beliau melainkan orang yang berdakwah. Hare Kṛṣṇa.

Brahmānanda : Kita hanya patung boneka anda, Śrīla Prabhupāda. Anda yang memberikan buku-buku kepada kami.

Prabhupāda: Tidak. Kita semua adalah set patung boneka berpunya kepada Sri Kṛṣṇa. Saya pun hanyalah patung boneka. Boneka. Ini adalah rangkaian garis pergurusan guru-guru kerohanian. Kita, kita harus menjadi boneka. Itu sahaja. Saya adalah boneka berpunya kepada Guru Mahārāja saya, jika anda menjadi boneka saya, maka itu adalah suatu kejayaan. Kejayaan kita adalah apabila kita menjadi boneka kepada para ācārya yang terdahulu. Tāṅdera caraṇa sevi bhakta sane vāsa. Ia bermaksud untuk tinggal di kalangan masyarakat yang terdiri daripada para penganut dan menjadi boneka kepada para ācārya yang sebelumnya. Ini adalah kejayaan. Kita cuba melakukan itu. Masyarakat kesedaran Kṛṣṇa dan melayani para ācārya sebelumnya. Itu sahaja. Harer nāma harer nāma... ((CC Adi 17.21). Orang akan datang. Masyarakat akan menghargai propaganda kita. Ia akan mengambil masa.

Svarūpa Dāmodara: Mereka sedang menghargainya,berbanding kepada beberapa tahun yang lepas.

Prabhupāda: Ya, ya.

Svarūpa Dāmodara: Mereka sudah mula memahami falsafah yang sejati ini.