MS/Prabhupada 0117 - Hotel Percuma dan Tempat Tinggal Percuma
Lecture on SB 7.9.24 -- Mayapur, March 2, 1976
Ini adalah idea yang sebenar, iaitu untuk menjadi hamba dan untuk menjadi hamba/pembantu rumah (wanita). Ini adalah ideal untuk masyarakat yang bertamadun. Iaitu setiap wanita harus mencuba untuk menjadi hamba kepada suaminya, dan setiap lelaki harus menjadi seorang hamba seratus kali ganda kepada Sri Kṛṣṇa. Ini adalah ketamadunan India, bukan “Suami dan Isteri, kita mempunyai hak sama rata.” Itu, di Europah, di Amerika, ada pertubuhan seperti ini yang menekankan, “Hak sama rata” sedang berlaku. Itu bukan untuk Tamadun Veda. Ketamadunan veda adalah; suami mesti menjadi seorang hamba yang ikhlas kepada Sri Kṛṣṇa, dan isteri harus menjadi hamba yang ikhlas kepada suami.
Oleh itu ia diperkatakan bahawa, upanaya māṁ nija-bhṛtya-pārśvam (SB 7.9.24). Itu adalah jenis pergaulan yang terbaik. Apabila Nārada Muni menerangkan bagaimana seorang lelaki harus berkelakuan, bagaimana seorang wanita harus berkelakuan... Kami sedang berbicara mengenai topik ini menggunakan diktafon. Anda akan mendengarnya. Maka tidak ada langsung benda yang mengatakan anda boleh menjadi seorang tuan. Ia adalah tidak berguna. Anda tidak boleh menjadi seorang tuan. Ahaṅkāra-vimūḍhātmā kartāham iti manyate (BG 3.27). Anda tidak boleh menjadi seorang tuan. Jīvera svarūpa haya nitya kṛṣṇa dāsa (CC Madhya 20.108-109). Sama ada seorang lelaki ataupun wanita, semua adalah hamba kepada Sri Kṛṣṇa. Kita kena melatihkan diri untuk ke platform tersebut, bagaimanakah untuk menjadi hamba yang terbaik, bukan hamba secara terus, tetapi hamba kepada hamba. Ini disebut sebagai hamba paramparā. Guru kerohanian saya adalah hamba kepada guru kerohanian Beliau, dan saya juga adalah hamba kepada guru kerohanian saya. Dengan cara yang serupa, kita memikirkan “hamba kepada hamba”. Ini adalah penyakit dunia material (CC Madhya 13.80).
- kṛṣṇa bhuliya jīva bhoga vāñchā kāre
- pāsate māyā tāre jāpatīyā dhāre
Apabila kita menjadi sombong maka “Sekarang aku akan menjadi tuan. Aku hanya akan memberi arahan. Aku tidak akan mengikut perintah sesiapa.”- Itu adalah māyā.
Itu adalah penyakit yang sedang berlaku, bermula daripada Brahmā hingga ke seekor semut pun. Prahlāda Mahārāja telah memahami prestij yang palsu kononnya menjadi seorang tuan. Beliau berkata bahawa “Saya amat sedar mengenai prestij palsu ini. Silalah berikan saya kerja..” Nija-bhṛtya-pārśvam. Nija-bhṛtya-pārśvam bererti pelatih. Pelatih, seorang pelatih dilatih oleh seorang pakar. Hari demi hari, pelatih tersebut akan belajar melakukan kerja. Oleh itu Beliau berkata, nija-bhṛtya-pārśvam. “Bukannya saya terus menjadi hamba yang sangat handal, tetapi biarkan..” Institusi ini adalah untuk tujuan tersebut. Jika seseorang datang ke sini dengan tujuan, terdapat hotel yang percuma dan tempat tinggal yang percuma, maka ia memang tidak berguna kepada pertubuhan ini. Ia harus belajar bagaimanakah untuk berkhidmat. Nija-bhṛtya-pārśvam. Kepada sesiapa yang sedang berhidmat, mereka... Seseorang itu harus belajar daripada seorang penganut yang sedang berkhidmat untuk hidupnya, selama 24 jam sehari; maka dengan ia menyertai institusi ini akan membawa kejayaan. Dan jika menganggap bahawa “Ini adalah institusi di mana kita boleh mendapat hotel yang percuma, tempat tinggal yang percuma dan boleh memuaskan nafsu secara percuma,” maka institusi ini secara kesuluruhannya akan rosak. Tolong berwaspada. Para GBC, mereka harus berwaspada yang orang jenis bermentaliti ini tidak meningkat. Setiap orang mesti berkhidmat secara bersemangat, dan belajar cara bagaimana untuk berkhidmat. Nija-bhṛtya-pārśvam. Maka hidup ini akan berjaya. Ribuan terima kasih.