MS/Prabhupada 0118 - Berdakwah Bukanlah Benda yang Sangat Susah
Lecture on SB 1.5.8-9 -- New Vrindaban, May 24, 1969
Seseorang yang telah berserah diri kepada Sri Kṛṣṇa, ataupun Tuhan, ialah orang yang sangat bertuah. Bahūnāṁ janmanām ante jñānavān māṁ prapadyate (BG 7.19). Orang yang telah berserah ini, ia bukan orang yang biasa. Ia adalah lebih besar daripada para cendekiawan, para ahli falsafah, para yogi, dan para karmī. Manusia yang terunggul, adalah manusia yang berserah. Oleh itu, ia adalah sangat sulit. Oleh itu kita mengajar, Pertubuhan Kesedaran Krishna ini, kita mengajar Bhagavad-gītā seperti menurut aslinya, ia adalah proses pengajaran kepada orang ramai iaitu bagaimanakah kita harus menyerahkan diri kepada Sri Kṛṣṇa, ataupun Tuhan. Itu sahaja. Oleh itu Sri Kṛṣṇa bersadbda bahawa ini adalah perkara yang sulit... Tidak siapa akan terima. Namun jika seseorang itu mengambil risiko, “Sila serahkan diri..." Oleh itu, apabila anda pergi berdakwah, ada masanya para pendakwah diserang. Serupa sepertimana Nityānanda Prabhu diserang oleh Jagāi-Mādhāi. Dan sepertimana Jesus Christ (Nabi Isa) disalibkan... Oleh itu pendakwah akan mengambil risiko. Oleh itu Sri Kṛṣṇa bersabda, “Para hamba yang berdakwah mengenai Bhagavad-gītā menurut aslinya, mereka adalah amat, Aku amat menyayangi mereka. Aku amat menyayangi mereka.” Na ca tasmān manuṣyeṣu kaścin me priya-kṛttamaḥ (BG 18.69). “Tidak ada hamba di dunia ini yang lebih Ku-sayangi daripada dia, yang menjelaskan rahsia yang paling utama ini kepada orang ramai.”
Oleh itu, jika kita ingin memuaskan Sri Kṛṣṇa, kita harus mengambil risiko. Kṛṣṇa, guru. Guru kerohanian saya telah mengambil risiko ini, kerja berdakwah, dan Beliau telah memberi inspirasi kepada kita untuk melakukan kerja berdakwah ini. Dan kita merayu kepada anda juga untuk berdakwah. Maka kerja berdakwah ini, bagaimana, erti kata saya, erti kata saya, kita tidak lakukan dengan sempurna... Tidak sempurna – Ia sebenarnya bukan tidak sempurna, tetapi saya tidak berpendidikan tinggi. Sama seperti pemuda ini. Jika saya ingin menghantarnya untuk berdakwah, tetapi pemuda ini tidak berpendidikan tinggi. Pemuda ini bukan ahli falsafah. Pemuda ini bukan cendekiawan. Namun pemuda ini boleh berdakwah. Pemuda ini juga boleh berdakwah. Ini kerana cara kita berdakwah adalah tidak langsung sukar. Jika kita pergi daripada rumah ke rumah dan meminta orang ramai, “Wahai tuan yang dihormati, sila ucapkan Hare Kṛṣṇa." Dan sekiranya ia sudah sedikit maju, kita berkata, “Silalah baca buku ini; Pengajaran oleh Sri Caitanya. Ia sangat bagus. Ia akan membawa anda segala manfaat.” Tiga atau empat perkataan ini akan membuatkan anda seorang pendakwah. Adakah ini kerja yang sukar? Anda mungkin bukan orang yang berpendidikan tinggi, bukan seorang cendekiawan, bukan seorang ahli falsafah yang sangat bagus. Namun anda hanya berkata... Dan pergi ke rumah demi rumah: “Wahai Tuan yang dihormati, tuan adalah seorang yang sangat arif. Untuk masa ini, hentikan apa yang anda sedang belajar. Hanya ucapkan Hare Kṛṣṇa."