MS/Prabhupada 0128 - Saya Tidak Akan Mati
Press Conference -- July 16, 1975, San Francisco
Wartawan: Berapa ahli di Amerika Syarikat? Saya diberitahu dua ribu orang. Adakah anggaran tersebut betul?
Prabhupāda: Itu mereka boleh katakan.
Jayatīrtha: Ya, jumlah ahli di seluruh dunia yang telah dipublikasikan adalah sepuluh ribu orang. Jumlah ahli yang berada di Amerika Syarikat belum lagi dikira dengan dengan tepat.
Wartawan : Saya telah membuat liputan mengenai pertubuhan ini lima tahun dahulu dan jumlah pada ketika itu di Amerika Syarikat adalah dua ribu orang juga.
Prabhupāda : Ia semakin meningkat.
Wartawan : Adakah ia meningkat?
Prabhupāda : Oh, ya. Semestinya.
Jayatīrtha : Saya telah berkata bahawa jumlah keseluruhan di dunia adalah seramai sepuluh ribu orang ahli.
Wartawan: Ya, saya faham. Bolehkah anda memberitahu berapakah umur anda?
Jayatīrtha: Dia hendak tau berapa umur anda, Śrīla Prabhupāda.
Prabhupāda: Saya akan, dalam sebulan lagi nanti umur saya akan meningkat ke lapan puluh.
Wartawan: Lapan puluh? Prabhupāda : Lapan puluh tahun. Wartawan: Apa akan berlaku...
Prabhupāda: Saya telah dilahirkan pada 1896, sekarang cuba kira.
Wartawan: Apa yang akan berlaku kepada pertubuhan ini di Amerika Syarikat selepas anda meninggal dunia?
Prabhupāda : Saya tidak akan mati.
Para penganut : Jaya! Hari bol! (gelak ketawa)
Prabhupāda : Saya akan hidup untuk buku-buku saya, dan anda akan memanfaatkannya.
Wartawan: Adakah anda mempersiapkan seorang pengganti? Prabhupāda: Yes, Guru Mahārāja ada di sana. Di manakah gambar Guru Mahārāja saya? Saya rasa... Di sini gambarnya.
Wartawan : Mengapa pertubuhan Hare Kṛṣṇa tidak ikut serta protes sosial?
Prabhupāda: Kita adalah pekerja sosial yang terbaik. Masyarakat terdiri daripada orang bodoh dan bangsat. Kita mengajar mereka idea-idea yang baik mengenai kesedaran Tuhan. Kita adalah pekerja sosial yang terbaik. Kita akan memberhentikan kesemua jenayah. Apakah kerja sosial anda? Hanya menghasilkan para ‘hippie’ dan penjenayah. Itu bukan kerja sosial. Kerja sosial bererti populasi masyarakat seharusnya aman, bijak, cerdik, sedar akan Tuhan, manusia yang terdiri daripada kelas pertama. Itu adalah kerja sosial. Jika anda menghasilkan orang kelas-keempat, kelas-kelima, kelas-kesepuluh, apakah ertinya perkerjaan sosial itu? Kita tengah menghasilkan itu. Sila tengok. Ini adalah orang yang terdiri daripada kelas pertama. Mereka tidak ada apa-apa perangai buruk, hubungan seks terlarang, minuman keras, makan daging ataupun berjudi. Mereka semua adalah pemuda. Mereka tidak ketagih kesemua benda in. Ini adalah kerja sosial.
Bhaktadāsa: Śrīla Prabhupāda, mereka ingin tahu bagaimanakah pengaruh daripada pertubuhan Hare Kṛṣṇa ini ke atas politik?
Prabhupāda: Kesemuannya akan menjadi cemerlang jika mereka mengikut Hare Kṛṣṇa. Yasyāsti bhaktir bhagavaty akiñcanā sarvair guṇais tatra samāsate surāḥ (SB 5.18.12). Jika kesedaran Tuhan disebar, maka kesemua akan menjadi pintar. Dan tanpa kesedaran Tuhan, maka yang namanya sahaja pendidikan sebagaimana yang kita berbicara pagi tadi, tidak akan bernilai sama sekali. Mereka itu hanya berbicara saja. Apakah topik perbicaraan kita tadi?
Bahulāśva: Pagi tadi kita berbicara mengenai psikologi.
Prabhupāda : Hasilnya adalah, para pelajar menerjun daripada bangunan ini kerana kekecewaan. Dan mereka dilindungi dengan kaca.
Bahulāśva: Di menara Berkeley, pelajar-pelajar dari kampus, di tahun 60-an, telah menerjun dari menara membunuh diri. Oleh itu mereka meletakkan kaca untuk menghalang para pelajar daripada menerjun. Oleh itu Prabhupāda sedang menerangkan hasil pendidikan mereka adalah, setelah mendapatkan pendidikan, hasilnya mereka hanya menerjun dan membunuh diri.
Prabhupāda: Ini bukan pendidikan. Vidyā dadhāti namratā. Pendidikan bererti ia akan menjadi rendah hati, lembut, waras, dan penuh dengan ilmu, aplikasi ilmu yang praktikal di hidup, toleransi, mengawal minda, mengawal nafsu. Ini adalah pendidikan. Apakah jenis pendidikan yang itu?
Wartawan: Adakah anda ingin cuba untuk menubuhkan kolej?
Prabhupāda : Ya, itu akan menjadi tindakan saya yang seterusnya, iaitu yang kita akan memberikan pendidikan bergantung kepada klasifikasi mereka. Kelas pertama, kelas kedua, kelas ketiga, sehingga ke kelas keempat. Dan kemudian kelas kelima, kelas keenam, itu semua secara automatik akan ada. Oleh itu orang dari kelas pertama, seharusnya ada, di kalangan masyarakat ini, kelas masyarakat yang ideal, dan mereka dilatih untuk mengawal minda mereka, mengawal nafsu, sangat bersih, jujur, bertoleransi, sangat bersederhana, penuh dengan ilmu, aplikasi ilmu yang praktikal di hidup dan mempunyai iman yang sangat tinggi terhadap Tuhan Ini adalah orang yang terdiri dari kelas pertama.