MS/Prabhupada 0129 - Bergantunglah Kepada Kṛṣṇa - Tidak Akan Ada Sebarang Kekurangan



Lecture on SB 7.6.1 -- Vrndavana, December 2, 1975

Kṛṣṇa bersabda, man-manā bhava mad-bhakto mad-yājī māṁ namaskuru (BG 9.34). Kita sedang berkhotbah akan ini. Di kuil kita memohon semua orang, "Ini ialah Kṛṣṇa. Sentiasa mengingati Kṛṣṇa. Sentiasa mengucapkan Hare Kṛṣṇa." Maka anda seharusnya ingati. "Hare Kṛṣṇa, Hare Kṛṣṇa," bererti mengingati Sri Kṛṣṇa. Dan apabila anda mendengar nama Kṛṣṇa, man-manā. Dan siapakah yang akan berbuat begitu? Mad-bhakta. Selagi anda tidak menjadi penyembah Kṛṣṇa, anda tidak boleh membuang masa, "Kṛṣṇa, Hare Kṛṣṇa, Hare Kṛṣṇa." Itu bererti hanya dengan mengucapkan Hare Kṛṣṇa mantra, anda akan menjadi penyembah Kṛṣṇa. Man-manā bhava mad-bhakto mad-yājī.

Sekarang, ini adalah ibadat terhadap Kṛṣṇa... Keseluruhan hari digunakan untuk maṅgala-āratika bagi Kṛṣṇa, mengucapkan nama Kṛṣṇa, memasak untuk Kṛṣṇa, untuk memberikan Kṛṣṇa prasādam, dan pelbagai lagi cara. Oleh itu para penganut di seluruh penjuru dunia- terdapat 102 pusat - mereka melibatkan diri dalam kesedaran Kṛṣṇa. Ini adalah propaganda kita, sentiasa, tidak ada benda lain. Kita tidak terlibat di sebarang perniagaan tetapi kita membelanjakan sekurang-kurangnya sebanyak dua ratus lima puluh ribu rupee, dua ratus lima puluh ribu rupee setiap bulan, namun Sri Kṛṣṇa memberikan. Teṣāṁ nityābhiyuktānāṁ yoga-kṣemaṁ vahāmy aham (BG 9.22). Jika anda kekal berada di kesedaran Kṛṣṇa, bergantung kepada Kṛṣṇa dengan sepenuh hati, maka tidak akan ada kekurangan. Saya memulakan gerakan Kṛṣṇa dengan hanya empat puluh rupee. Sekarang kita ada empat ratus juta. Adakah sesiapa di dunia, di dalam jangka masa sepuluh tahun, dari empat puluh rupee, ia boleh menaikkannya ke empat ratus juta rupee? Tidak ada sebarang contoh. Dan terdapat sepuluh ribu orang, mereka makan hanya prasādam setiap hari. Oleh itu ini adalah kesedaran Kṛṣṇa. Yoga-kṣemaṁ vahāmy aham (BG 9.22). Dan apabila anda menjadi seorang yang berkesedaran Kṛṣṇa, anda akan hanya bergantung pada Beliau dan bekerja dengan jujur dan kemudian Sri Kṛṣṇa akan memberikan segalanya. Segala-galanya.

Oleh itu ini sedang berlaku secara praktikal dengan nyata. Negeri, sebagai contoh, di Bombay, sekarang harga tanah tersebut adalah bernilai sepuluh juta rupee. Dan apabila saya telah membeli tanah ini, harganya mungkin, tiga puluh atau empat puluh juta. Oleh itu ia adalah hanya spekulasi semata-mata kerana saya sangat beryakin bahawa "Saya akan membayarnya. Sri Kṛṣṇa akan memberikannya kepada saya." Tidak ada duit. Itu adalah sejarah yang sangat dalam. Saya tidak ingin berbicara mengenai itu. Namun saya mempunyai pengalaman yang praktikal bahawa apabila anda bergantung pada Kṛṣṇa - tidak akan ada sebarang kekurangan. Walaupun apa permintaan anda, ia akan dipenuhi. Teṣāṁ nityābhiyuktānām. Oleh itu selalu melibatkan diri dengan kesedaran Kṛṣṇa. Maka semua permintaan akan dipenuhi, sebarang keinginan anda, jika anda ada.