MS/Prabhupada 0132 - Masyarakat Yang Tanpa Kelas Adalah Masyarakat Yang Tidak Berguna



Lecture on BG 7.1 -- Hyderabad, April 27, 1974

Maka di dalam Bhagavad-gītā kita dapat mencari penyelesaian bagi segala jenis masalah, kesemua jenis penyelesaian. Cātur-varṇyaṁ mayā sṛṣṭaṁ guṇa-karma-vibhāgaśaḥ (BG 4.13). Melainkan anda membahagikan masyarakat kepada empat bahagian, para brāhmaṇa, kṣatriya, vaiśya dan śūdra... Anda harus bahagikan. Anda tidak boleh berkata "Masyarakat yang tidak mempunyai kelas" Itu adalah masyarakat yang tidak berguna. Masyarakat yang tidak dibahagikan mengikut kelas bererti masyarakat tidak berguna. Seharusnya ada kelas manusia yang sangat pintar, kelas manusia yang ideal untuk kita tunjuk, "Ini adalah manusia yang bertamadun." Itu adalah brāhmaṇa. Cātur-varṇyaṁ mayā sṛṣṭaṁ guṇa-karma... (BG 4.13). Melainkan orang dapat lihat seorang manusia yang ideal, jika tidak bagaimanakah mereka dapat mengikuti? Yad yad ācarati śreṣṭhaḥ, lokas tad anuvartate (BG 3.21). Seorang brāhmaṇa dibandingkan dengan bahagian otak di badan manusia. Melainkan ada otak, apa gunanya tangan dan kaki? Jika seorang itu otaknya tak betul, sudah gila, ia tidak boleh berbuat apa-apa. Pada waktu ini, kerana terdapat kekurangan orang yang berkelayakan brahmana di seluruh kalangan masyarakat ini... Ia tidak bererti... Brāhmaṇa tidak bererti hanya untuk orang Hindu dari India. Ini adalah untuk seluruh masyarakat. Kṛṣṇa tidak pernah berkata cātur-varṇyaṁ mayā sṛṣṭam (BG 4.13) hanya untuk India sahaja, atau untuk Hindu, atau untuk sejenis kelas manusia. Untuk keseluruhan masyarakat, harus ada orang yang ideal yang mempunyai intelektual tinggi, supaya orang lain boleh mengikutnya. Otak, otak masyarakat. Itu adalah pengajaran di Bhagavad-gītā. Anda tidak boleh berkata bahawa "Kita boleh melakukannya tanpa menggunakan otak." Katakan jika otak dipotong keluar dari badan anda, kepala anda dipotong, maka anda akan mati. Apakah yang akan dilakukan oleh tangan dan kaki jika ada otak, jika tiada otak? Oleh itu pada waktu ini, terdapat kekurangan otak (pemikiran) di keseluruhan masyarakat. Maka, ia adalah keadaan yang kacau-bilau. Oleh itu terdapat keperluan, sepertimana yang dinyatakan di Bhagavad-gītā. Di kalangan masyarakat, di kalangan masyarakat yang bertamadun, ia harus diperbaharui dengan cara ini, di mana... Terdapat kelas manusia yang intelektual, secara semulajadi. Ini adalah manusia yang intelektual yang terdiri daripada kelas pertama, para intelektual kelas kedua, kelas ketiga, kelas keempat, seperti itu. Oleh itu manusia yang terdiri daripada kelas pertama, mereka semestinya para brāhmaṇa, mempunyai kelayakan seorang brāhmaṇa, dan mereka harus mengikuti kesedaran Kṛṣṇa. Maka mereka akan memberi panduan kepada dengan cara yang betul, dan tidak akan ada sebarang masalah. Itu adalah pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa. Maka di sini Kṛṣṇa bersabda bagaimana caranya untuk sedar akan Kṛṣṇa. Ini adalah untuk para brāhmaṇa, atau kelas manusia yang intelektual. Itu yang telah dijelaskan oleh Kṛṣṇa. Apakah itu?

Mayy āsakta-manāḥ: "Minda harus bergantung kepadaKu, Kṛṣṇa." Ini adalah permulaan. Dalam cara ini atau sebagainya kita seharusnya... Minda kita harus bergantung pada sesuatu. Minda tidak boleh berasingan. Kita mempunyai banyak keinginan. Oleh itu urusan minda kita - adalah untuk menjadi bergantung. Maka, jika saya menerima sesuatu, saya menolak sesuatu. Ini adalah urusan minda. Anda tidak boleh menjadi kosong, anda tidak boleh menjadi seorang yang tidak mempunyai keinginan. Proses kita adalah... Sama seperti orang lain, mereka berkata, "Anda harus menjadi orang yang tidak akan mempunyai keinginan." Itu adalah cadangan yang bodoh sekali. Siapa yang boleh menjadi orang yang tidak ada keinginan? Ia adalah mustahil. Jika saya tidak ada keinginan, maka ia bererti saya sudah mati. Orang yang mati tidak ada keinginan. Oleh itu ia adalah mustahil. Kita harus mensucikan keinginan tersebut. Itu adalah diperlukan. Mensucikan keinginan itu. Sarvopādhi-vinirmuktaṁ tat-paratvena nirmalam (CC Madhya 19.170). Ini disebut sebagai kesucian. Nirmalam. Tat-paratvena. Tat-paratvena bererti apabila kesedaran Tuhan, kesedaran Kṛṣṇa, maka keinginan kita akan menjadi suci.

Oleh itu kita bukannya harus ke tahap di mana kita tidak mempunyai keinginan, tapi ke tahap keinginan yang suci. Itu yang diperlukan. Maka di sini dinyatakan, mayy āsakta-manāḥ: "Kau tidak boleh membuatkan minda kau tidak mempunyai sebarangan keinginan, tetapi tetapkan mindamu terhadapKu." Itu yang diperlukan. Mayy āsakta-manāḥ pārtha. Ini adalah sistem yoga. Ini disebut sebagai bhakti-yoga, dan ini disebut sebagai yoga kelas pertama. Itu dijelaskan di Bhagavad-gītā, bahawa yoginām api sarveṣāṁ mad-gatenāntar-ātmanā (BG 6.47). Seorang yogi, yogi kelas pertama, yoginām api sarveṣām... Terdapat pelbagai jenis sistem yoga yang berlainan, tetapi orang yang telah menerima bhakti-yoga, dia selalu memikirkan tentangKu selalu" Sama seperti pemuda dan pemudi ini, mereka diajar untuk selalu berfikir mengenai Kṛṣṇa, "Hare Kṛṣṇa, Hare Kṛṣṇa, Kṛṣṇa Kṛṣṇa, Hare Hare/ Hare Rāma, Hare Rāma, Rāma Rāma, Hare Hare." Maka jika anda membaca Bhagavad-gītā dan mengucapkan Hare Kṛṣṇa, dengan segera anda akan mempelajari keseluruhan sains, bagaimana untuk menjadi bergantung pada Kṛṣṇa. Ini disebut sebagai mayy āsakta-manāḥ. Mayy āsakta-manāḥ pārtha yogaṁ yuñjan, untuk mempraktikkan yoga... Ini adalah bhakti-yoga. Mad-āśrayaḥ. Mad-āśrayaḥ bererti "di bawah arahan Aku," atau "di bawah perlindunganKu." Āśraya.