MS/Prabhupada 0131 - Adalah Wajar Untuk Berserah Diri Kepada Ayah
Lecture on BG 7.11-16 -- New York, October 7, 1966
Kegilaan ini, halusinasi ini, ilusi mengenai dunia material ini, sangat susah untuk untuk diatasi. Ia sangat sukar. Namun Sri Kṛṣṇa bersabda, mām eva ye prapadyante māyām etāṁ taranti te (BG 7.14). Jika seseorang secara sukarela, atau memahami keadaan hidupnya yang sengsara, dan jika ia berserah diri pada Kṛṣṇa, "Kṛṣṇaku yang dikasihi, aku telah melupakanMu di kebanyakan kelahiran. Sekarang aku sudah memahami bahawa Kau adalah ayahKu, Kau adalah pelindungKu. Aku berserah diri padaMu." Sama seperti seorang anak yang pergi kepada ayahnya, "Ayahku yang dikasihi, ia adalah kesalahfahaman saya yang saya telah pergi dari perlindunganmu, tetapi saya telah bersengsara. Sekarang saya datang pada kamu." Ayah pula memeluk sambil, "Anakku yang dikasihi, kemarilah. Saya sangat risau akan anda selama ini. Oh, saya sangat gembira yang anda telah pulang kembali." Ayah adalah sangat baik. Maka kita berada di posisi yang sama. Apabila kita berserah diri kepada Tuhan Yang Maha Esa... Itu bukan suatu benda yang sukar. Seorang anak berserah diri kepada ayahnya, adakah itu benda yang sukar? Adakah anda rasa benda itu sukar? Seorang anak berserah diri pada ayahnya. Itu adalah semulajadi. Itu bukan suatu benda yang hina. Ayah adalah selalu lebih unggul daripada kita. Oleh itu jika saya menyembah kaki ayah saya, jika saya bersujud di depan ayah saya, ia adalah mulia. Ia adalah mulia bagi saya. Tidak ada sebarang penghinaan. Tidak ada kesusahan. Kenapa kita tidak berserah diri kepada Kṛṣṇa?
Oleh itu ini adalah prosesnya. Mām eva ye prapadyante. "Kesemua para makhluk yang terkeliru ini, apabila mereka berserah diri padaKu," māyām etāṁ taranti te (BG 7.14), "ia tidak akan ada kesengsaraan hidup lagi." Ia dengan segera akan berada di bawah perlindungan ayahnya. Anda akan berjumpa pada akhir Bhagavad-gītā, ahaṁ tvāṁ sarva-pāpebhyo mokṣayiṣyāmi mā śucaḥ (BG 18.66). Apabila ayahnya... Apabila anak ingin meminum susu ibu, ibunya melindungi anak tersebut. jika terdapat sebarang bahaya, ibu bersedia untuk memberikan hidupnya dulu, barulah hidup anaknya. Dengan cara yang serupa, apabila kita berserah kepada perlindungan Tuhan, maka tidak akan ada ketakutan.