MS/Prabhupada 0141 - Ibu Memberikan Susu, Dan Kamu Membunuh Ibu Itu



Garden Conversation -- June 14, 1976, Detroit

Jayādvaita : Di program kolej, saya dan Satsvarūpa Mahārāja telah banyak mendidik mengenai varṇāśrama-dharma. Ini kerana mereka selalu ingin dengar benda berkaitan dengan sistem kasta Hindu, oleh kerana atas dasar itu mereka akan membuatkan kita berbicara mengenai topik tersebut. Dan kemudian kita berbicara megenai varṇāśrama-dharma. Dan mereka tidak ada sebarang idea untuk menewaskannya. Mereka selalu, penghujahan yang lemah, namun mereka tidak mempunyai sistem yang lebih baik.

Prabhupāda: Apa yang mereka berhujah?

Jayādvaita: Hampir tiada... Ya, mereka ada idea, mereka akan berhujah yang tidak ada mobiliti sosial, kerana mereka semua mempunyai konsep berasaskan badan bahawa kasta adalah melalui kelahiran.

Prabhupāda: Bukan, itu bukan fakta.

Jayādvaita: Tidak.

Prabhupāda: Kelayakan.

Jayādvaita: Apabila kita mempersembahkan idea, mereka hanya duduk di sana, tidak ada sebarang penghujahan. Dan apabila kita mencabar sistem mereka, bahawa "Apakah tujuan sebenarnya masyarakat anda? Apakah matlamat masyarakat anda? dan mereka tidak dapat menjawabnya.

Prabhupāda: Selagi tidak ada pembahagian aktiviti, tidak ada sebarang benda yang boleh dilakukan dengan sempurna. Pembahagian yang semulajadi di satu badan, terdapat - kepala, tangan, perut dan kaki. Dengan cara yang serupa, badan sosial seharusnya ada ketua (kepala), para manusia yang bijaksana, brāhmaṇa. Maka semua akan berjalan dengan lancar. Dan, pada waktu ini, tidak ada kelas manusia yang bijaksana. Kesemuanya terdiri daripada buruh, para pekerja, kelas keempat. Tidak ada kelas pertama, kelas kedua. Oleh itu masyarakat dalam keadaan yang kacau-bilau. Tidak ada otak.

Jayādvaita: Mereka hanya membantah, apabila kita mempersembahkan yang terdapat brahmacārī, gṛhastha, vānaprastha, sannyāsa, dan mereka akan menjadi marah secara automatik, kerana mereka faham yang kita menentang konsep memuaskan nafsu.

Prabhupāda: Ya. Memuaskan nafsu ini adalah tamadun haiwan. Dan mengawal nafsu adalah manusia yang bertama.. Memuaskan nafsu itu bukan masyarakat manusia. Memuaskan nafsu itu bukan manusia yang bertamadun. Tidak. Mereka tidak tahu. Tujuan utama mereka adalah memuaskan nafsu. Itu adalah suatu kekurangan. Mereka hidup mengikut tamadun haiwan dan mengatakannya sebagai manusia yang bertamadun. Itu adalah kekurangannya. Memuaskan nafsu adalah tamadun haiwan. Dan mereka sebenarnya adalah haiwan. Jika mereka boleh membunuh anak sendiri, maksudnya ia adalah haiwan. Sama seperti kucing, anjing, mereka membunuh anak mereka sendiri. Maka, apakah itu? Itu adalah haiwan. Siapa yang memberitahu bahawa, seorang anak diletakkan, apakah nama benda tersebut, bagasi kiri?

Hari-śauri: Bagasi loker kiri. Trivikrama Mahārāja, di Japan. Beliau berkata lebih daripada dua ribu, ah, dua puluh ribu bayi, mereka meletakkan bayi-bayi di bagasi loker kiri dan membiarkan mereka.

Prabhupāda: Di stesen bas? Stesen keretapi? Membiarkan bagasi. Meletakkan dan mengunci bayi tersebut, dan tidak kembali. Apabila ada bau yang busuk... Ini yang sedang berlaku. Ini yang dikatakan sebagai tamadun haiwan. Mengambil titik susu yang terakhir daripada lembu dan terus menghantarnya untuk disembelih. Mereka berbuat begitu. Sebelum menghantarnya untuk disembelih, mereka mengambil titik susu yang terakhir daripada lembu tersebut. Dan terus membunuh. Maka apabila anda memerlukan susu, anda mengambil begitu banyak susu, dan tanpa susu anda tidak boleh... Dan daripada haiwan yang anda mengambil susu tersebut, lembu itu adalah ibu anda. Mereka melupakan benda ini. Ibu memberikan susu, ibu memberikan susu daripada badannya, dan anda membunuh ibu tersebut? Adakah itu bertamadun? Membunuh ibu? Dan susu adalah satu keperluan? Maka anda mengambil titik terakhir daripada lembu tersebut. Jikalau tidak, apa perlunya mengambil titik terakhir daripada lembu tersebut? Kerana ia adalah penting, keperluan. Maka, kenapa kita tidak biarkan sahaja ia hidup dan memberikan anda susu, dan anda boleh membuat beratus dan beribu makanan yang bernutrisi dan sihat daripada susu lembu? Kenapa tidak ada kebijaksanaan tersebut? Susu adalah tidak lain daripada transformasi daripada darah. Daripada mengambil darah tersebut, ambillah transformasi darah ke susu dan hidup dengan baik, seperti orang yang mulia yang jujur. Tidak. Mereka bukan orang yang mulia. Penyangak, tidak bertamadun. Jika anda ingin untuk makan daging, anda boleh membunuh haiwan tidak penting seperti babi dan anjing yang tidak berguna. Anda boleh makan mereka, jika anda makan. Itu dibenarkan, babi dan anjing dibenarkan. Kerana tidak ada orang yang mulia yang akan makan daging. Itu adalah kelas rendah. Maka mereka dibenarkan, "Baiklah anda boleh makan babi, śvapaca." Manusia kelas bawah, mereka makan babi dan anjing. Mereka masih makan. Jika anda ingin makan daging, anda boleh membunuh haiwan-haiwan yang tidak penting ini. Mengapa anda membunuh haiwan yang memberikan anda susu yang anda perlukan? Apakah logiknya itu? Sebagai contoh Kṛṣṇa, Beliau membunuh Pūtanā namun memberikan kedudukan sebagai seorang ibu kepadanya. Kerana Kṛṣṇa berasa bertanggungjawab, bahawa "Walau apapun niat Pūtanā, Aku telah meminum susu ibunya, maka dia adalah ibuKu." Maka kita mengambil susu daripada lembu. Lembu itu bukan ibu kita? Siapa yang boleh hidup tanpa lembu? Dan siapa tidak pernah mengambil susu lembu? Dengan serta-merta, pada waktu pagi, anda memerlukan susu. Dan lembu itu, ia memberikan susu, adakah ia bukan ibu anda? Mana logiknya? Tamadun membunuh ibu. Dan mereka ingin jadi gembira Dan secara berkala, akan bermula peperangan yang besar dan pembunuhan beramai-ramai, sebagai tindak balas daripada tindakan itu.