MS/Prabhupada 0143 - Terdapat Jutaan Dan Trilion Alam Semesta



Sri Isopanisad, Mantra 13-15 -- Los Angeles, May 18, 1970

"Oh Tuhanku, pembekal bagi segala kehidupan, WajahMu yang sejati ditutupi dengan kekilauan cahayaMu yang Mempesona. Sila keluarkan selubung itu dan mohon memperlihatkan diriMu kepada penganut murniMu."

Ini adalah pembuktian dari Veda. Īśopaniṣad ini ialah Veda, sebahagian daripada Yajur Veda. Maka di sini ia diperkatakan, hiraṇmayena pātreṇa satyasya apihitam mukham. Sama seperti matahari. Di sana, di planet matahari, terdapat dewa yang mendominasi yang nama beliau ialah Vivasvān. Kita mendapat, informasi ini kita dapat daripada Bhagavad-gītā. Vivasvān manave prāha. Oleh itu di setiap planet terdapat dewa yang mendominasi. Sama seperti planet anda ini, jika bukan dewa, terdapat orang seperti presiden. Sebelum ini, terdapat seorang raja di planet ini, sehingga ke Mahārāja Parīkṣit. Terdapat seorang raja... Terdapat hanya satu bendera sahaja yang memerintah keseluruhan planet ini. Dengan cara yang serupa, di setiap planet terdapat dewa yang mendominasi. Maka di sini ia dinyatakan dewa mendominasi di tahap yang tertinggi ialah Kṛṣṇa, di kerohanian, di planet yang tertinggi di langit kerohanian. Ini adalah langit material. Di langit material, langit ini adalah salah satu daripada alam semestanya. Terdapat jutaan dan trilion alam semesta. Dan dalam alam semesta tersebut terdapat jutaan dan trilion planet-planet. Yasya prabhā prabhavato jagad-aṇḍa-koṭi (Bs. 5.40). Jagad-aṇḍa. Jagad-aṇḍa bererti alam semesta. Aṇḍa: sama seperti sebiji telur, seluruh alam semesta ini. Maka koṭi. Koṭi bererti beratus dan beribu. Dan di brahmajyoti terdapat beratus dan berjuta jenis alam semesta ini, dan dalam alam semesta tersebut, terdapat beratus dan beribu planet-planet. Dengan cara yang serupa, di langit kerohanian juga, terdapat beratus dan berjuta, jumlah planet Vaikuṇṭha yang tidak dapat dihitung. Setiap Vaikuṇṭha planet didominasi oleh Personaliti Tuhan Yang Maha Esa. Kecuali di planet Kṛṣṇa, kesemua Vaikuṇṭha planet yang lain, mereka didominasi oleh Nārāyaṇa, dan setiap Nārāyaṇa ada nama yang berbeza, ada beberapa nama yang kita tahu. Sama seperti kita menyebut Pradyumna, Aniruddha, Saṅkarṣaṇa... Kita ada hanya dua puluh empat nama sahaja, tetapi terdapat banyak lagi. Advaitam acyutam anādim ananta-rūpam (Bs. 5.33).

Maka planet-planet ditutupi dengan kekilauan cahaya brahmajyoti. Doa di sini adalah hiraṇmayena pātreṇa satyasya apihitam. Apihitam bererti ditutupi. Sama sepertimana anda tidak dapat melihat planet matahari kerana cahaya matahari yang begitu mempesonakan, dengan cara yang serupa, planet Kṛṣṇa, di sini terdapat gambarnya. Dari planet Kṛṣṇa, kekilauan cahaya dipancar. Maka seseorang harus menembusi kekilauan cahaya tersebut. Itu yang didoakan di sini. Hiraṇmayena pātreṇa satyasya. Kebenaran Yang Mutlak yang sebenar, Kṛṣṇa, planet Beliau ditutupi oleh kekilauan cahaya Brahman. Maka seorang penganut, dia berdoa, "Mohon berkenan memindahkan selubung tersebut. Mohon memutar selubung itu sehingga hamba benar-benar boleh memandangMu. " Oleh itu brahmajyoti, ahli falsafah Māyāvāda, mereka tidak tahu yang terdapat sesuatu lebih daripada brahmajyoti. Ini adalah bukti daripada Veda, yang brahmajyoti adalah seperti kilauan cahaya keemasan. Hiraṇmayena pātreṇa. Selubung itu menutupi wajah sejati Tuhan Yang Maha Esa. Tat tvaṁ pūṣann apāvṛṇu. Maka, "Kau adalah pembekal, Kau adalah pemelihara. Mohon membuka selubung ini sehingga kami dapat benar-benar memandangMu, memandang wajahMu."