MS/Prabhupada 0150 - Kita Tidak Boleh Berhenti Berjapa (Bermeditasi)
Lecture on SB 6.1.15 -- Denver, June 28, 1975
Athāpi te deva padāmbuja-dvayaṁ prasāda-leśānugṛhīta eva hi, jānāti tattvaṁ na cānya eko 'pi ciram vicinvan (SB 10.14.29). Sesiapa yang diberkati dengan belas kasih oleh Kṛṣṇa, mereka boleh memahami Kṛṣṇa. Yang lain, na cānya eko 'pi ciram vicinvan. Ciram bererti untuk masa yang lama, untuk bertahun-tahun, jika mereka berspekulasi apakah itu Tuhan. or apakah itu Kṛṣṇa, proses itu tidak akan membantu kita. Terdapat banyak versi Veda seperti itu:
- ataḥ śrī-kṛṣṇa-nāmādi
- na bhaved grāhyam indriyaiḥ
- sevonmukhe hi jihvādau
- svayam eva sphuraty adaḥ
- (CC Madhya 17.136)
Kṛṣṇa, nama Beliau, kemasyhuran Beliau, artibut Beliau, aktiviti Beliau, Śrī-kṛṣṇa-nāmādi na bhaved... Nāmādi bererti "dimulai daripada nama suci." Jadi itu adalah mustahil... Jika kita menempatkan diri kita di platform material, maka walaupun kita berjapa (berucap) untuk beribu tahun, ia masih sukar. Itu disebut sebagai nāmāparadha. Tentu sahaja, nama yang suci adalah begitu berkuasa yang walaupun seseorant itu berucap dengan kesalahan, secara beransuran dia akan menjadi murni. Oleh itu kita tidak harus menghentikan berjapa. Di dalam apa jua keadaan, kita harus terus mengucap Hare Kṛṣṇa. Namun amarannya adalah, jika kita terus berada di platform material, maka ia adalah mustahil bagi kita untuk memahami Kṛṣṇa, Nama Suci Beliau, atribut Beliau, rupa Beliau, aktiviti Beliau. Ia akan menjadi mustahil.
Maka ini adalah proses bhakti. Dan apabila anda telah datang ke platform untuk memahami Kṛṣṇa, maka dengan serta merta anda menjadi layak untuk dipindahkan ke dunia kerohanian. Itu adalah...Kṛṣṇa juga bersabda di Bhagavad-gītā, tyaktvā dehaṁ punar janma naiti mām eti (BG 4.9).