MS/Prabhupada 0151 - Kita Harus Belajar Dari Para Ācārya



Lecture on SB 7.6.1 -- Madras, January 2, 1976

Maka kita membuat banyak rancangan namun ia tidak akan berjaya. Saya telah menjelaskannya malam semalam, yang kita sedang berfikir secara berdikari dan kita membuat rancangan untuk banyak benda secara berdikari untuk menjadi gembira. Itu adalah tidak mungkin. Itu adalah tidak mungkin. Itu adalah ilusi permainan māyā. Daivī hy eṣā guṇa-mayī mama māyā duratyayā. Itu anda tidak boleh mengatasi. Oleh itu apakah penyelesaian yang mutlak? Mām eva ye prapadyante māyām etāṁ taranti te (BG 7.14). Jika kita berserah pada Kṛṣṇa, maka kita akan menghidupkan semula kedudukan kita yang asal. Itu adalah... Kesedaran Kṛṣṇa bererti daripada kita ada banyak jenis kesedaran... Itu semua adalah kesedaran yang telah dicemari. Yang sebenarnya... Kita mempunyai kesedaran, itu adalah satu fakta, tetapi kesedaran kita telah dicemari. Maka kita harus sucikan kesedaran kita. Untuk mensucikan kesedaran kita bererti bhakti. Bhakti, definisi yang telah diberikan di Nārada Pañcarātra..Rūpa Gosvāmī... Rūpa Gosvāmī berkata:

anyābhilāṣitā-śūnyaṁ
jñāna-karmādy-anāvṛtam
ānukūlyena kṛṣṇānu-
śīlanaṁ bhaktir uttamā
(Brs. 1.1.11)

Ini adalah bhakti kelas pertama di mana tidak terdapat motif yang lain. Anyābhilā... Ini kerana di dunia material ini, di bawah kawalan alam material Prakṛteḥ kriyamāṇāni guṇaiḥ karmāṇi sarvaśaḥ, ahaṅkāra-vimūḍhātmā kartā... (BG 3.27). Kita adalah di bawah kawalan penuh prakṛti, alam material. Namun kerana kita adalah bodoh, kita telah melupakan kedudukan kita yang asal, maka ahaṅkāra, ahaṅkāra yang palsu. Ini adalah ahaṅkāra yang palsu. "Saya adalah kebangsaan India," "Saya adalah kebangsaan Amerika," "Saya adalah seorang brāhmaṇa," " Saya adalah seorang kṣatriya." Ini adalah ahaṅkāra yang palsu. Jadi Nārada Pañcarātra bersabda sarvopādhi-vinirmuktaṁ (CC Madhya 19.170). Seseorang itu harus bebas, daripada pencemaran kesemua jenis pangkat ini, "Saya kebangsaan India," "Saya kebangsaan Amerika," "Saya adalah ini," "Saya adalah itu". "Saya adalah..." Sarvopādhi vinirmuktaṁ tat-paratvena nirmalam. Apabila ia telah disucikan, nirmalam, tanpa sebarang pangkat, bahawa "Saya adalah sebahagian daripada Kṛṣṇa." Ahaṁ brahmāsmi. Ini adalah ahaṁ brahmāsmi.

Kṛṣṇa ialah Para-brahman. Beliau dijelaskan di Śrīmad-Bhagavad-gītā. Arjuna... Paraṁ brahma paraṁ dhāma pavitraṁ paramaṁ bhavān puruṣaṁ śāśvatam ādyam (BG 10.12). Arjuna telah mengenali Beliau dan berkata, "Kau dikenali oleh kesemua pihak berkuasa." Prahlāda Mahārāja adalah salah satu pihak berkuasa. Saya telah menjelaskan mengenai pihak berkuasa. Brahmā ialah pihak berkuasa, Dewa Śiva adalah pihak berkuasa, dan Kapila ialah pihak berkuasa, Kumāra, empat Kumāras, mereka adalah pihak berkuasa , dan Manu ialah pihak berkuasa. Dengan cara yang sama, Prahlāda Mahārāja juga adalah pihak berkuasa. Janaka Mahārāja ialah pihak berkuasa. Terdapat dua belas pihak berkuasa. Maka Arjuna telah mengesahkan bahawa "Kau sendiri mengatakan, bahawa Kau adalah Tuhan Yang Maha Esa," mattaḥ parataraṁ nānyat (BG 7.7), dan daripada perbicaraan Bhagavad-gītā, aku juga menerima bahawa Kau adalah Para-brahman. Dan bukan itu sahaja, kesemua pihak berkuasa, mereka kesemua menerima Kau," Baru-baru ini, di waktu kita, Rāmānujācārya, Madhvācārya, kesemua para ācārya, mereka juga menerima Kṛṣṇa. Bahkan Śaṅkarācārya, dia juga telah menerima Kṛṣṇa. Sa bhagavān svayaṁ kṛṣṇaḥ. Maka Kṛṣṇa telah diterima sebagai Personaliti Tuhan Yang Maha Esa oleh kesemua para ācārya.

Jadi, kita harus belajar daripada para ācārya, dan bukan daripada orang biasa atau ācārya yang dibuat-buat sendiri. Tidak. Itu tidak boleh diterima. Sama seperti apabila kita.. Ada masanya di mahkamah, apabila hakim memberikan penghakiman daripada mahkamah yang lain dan itu diambil secara sangat serius kerana ia adalah daripada pihak berkuasa. Kita tidak boleh mencipta penghakiman. Dengan cara yang serupa, ācāryopāsanaṁ, ia telah disarankan di dalam Bhagavad-gītā. Kita harus pergi kepada para ācārya. Ācāryavān puruṣo veda: "Seseorang yang telah diterima oleh para ācārya daripada garis perguruan, beliau mengetahui kesemua benda-benda ini.: Maka kesemua para ācārya, mereka menerima Kṛṣṇa sebagai, Personaliti Tuhan Yang Maha Esa. Nārada, beliau terima, Vyāsadeva, beliau terima, dan Arjuna beliau pun terima, yang telah mendengar secara personal dari Kṛṣṇa, Bhagavad-gītā. Dan dewa Brahmā. Semalam seseorang telah bertanya "Terdapatkah nama Kṛṣṇa sebelum zaman Dvāpara-yuga?" Ya, terdapat. Di śāstra terdapat nama Kṛṣṇa. Di dalam Veda, di Atharva Veda dan lain, nama Kṛṣṇa terdapat di sana. Dan di Brahma-saṁhitā - dewa Brahmā, beliau telah menulis Brahma-saṁhitā - dan ia telah dihuraikan dengan jelas di sana, īśvaraḥ paramaḥ kṛṣṇaḥ sac-cid-ānanda-vigrahaḥ (Bs. 5.1), anādir ādiḥ. Anādir ādir govindaḥ sarva-kāraṇa-kāraṇam (Bs. 5.1). Dan Kṛṣṇa juga bersabda, mattaḥ parataraṁ nānyat kiñcid asti dhanañjaya (BG 7.7). Ahaṁ sarvasya prabhavo (BG 10.8). Sarvasya bererti termasuk sekali para devatā, kesemua para makhluk hidup, segalanya. Dan Vedānta bersabda, janmādy asya yataḥ (SB 1.1.1). Maka Kṛṣṇa ialah Personaliti Utama Yang Mutlak, īśvaraḥ paramam, dari dewa Brahman. Beliau adalah pemberi segala ilmu pengetahuan Veda, dan Kṛṣṇa juga bersabda, vedaiś ca sarvair aham eva vedyam (BG 15.15). Ini adalah matlamat yang muktamad.