MS/Prabhupada 0159 - Rancangan Yang Besar Untuk Mengajar Orang Bagaimana Caranya Bekerja Keras



Lecture on SB 5.5.15 -- Vrndavana, November 3, 1976

Di bandar-bandar yang besar seperti Calcutta, Bombay, London, New York, setiap orang sedang bekerja dengan keras. Bukannya di bandar-bandar yang besar, seorang itu boleh mendapatkan makanan dengan senang. Setiap orang harus bekerja. Dan setiap orang harus bekerja dengan keras. Adakah anda rasa setiap orang berada di tahap yang sama? Tidak. Itu adalah mustahil. Takdir. Takdir. Seorang itu bekerja keras siang dan malam, dua puluh empat jam; hanya untuk mendapatkan dua keping capātī, itu sahaja. Kita boleh lihat di Bombay. Mereka tinggal di tempat yang tidak senonoh yang walaupun waktu siang, mereka terpaksa menggunakan lampu minyak tanah. Mereka tinggal di tempat sebegitu, dan sangat kotor. Adakah ia bererti yang semua orang yang tinggal di Bombay tinggal dalam keadaan yang mewah? Tidak. Sama juga di bandar yang lain. Ia tidak mungkin berlaku. Anda tidak boleh memperbaiki keadaan ekonomi dengan bekerja keras. Itu adalah mustahil. Samaada anda bekerja keras atau tidak, apa yang telah ditakdirkan bagi anda, anda akan mendapatnya. Oleh itu tenaga kita harus digunakan... mal-loka-kāmo mad-anugrahārthaḥ. Tenaga anda harus digunakan untuk memuaskan Kṛṣṇa. Itu harus dilakukan. Tenaga harus digunakan untuk tujuan tersebut, bukan hanya membazir masa untuk harapan palsu yang “Saya akan menjadi gembira. Saya akan berbuat ini. Saya akan berbuat itu. Saya akan berbuat begitu. Saya akan cuba membuat keuntungan. Saya...”

Terdapat cerita mengenai tukang membuat tembikar. Tukang pembuat tembikar itu sedang merancang. Dia ada beberapa biji tembikar dan dia sedang merancang, “Sekarang saya ada empat biji tembikar dan saya akan menjualnya. Saya akan mendapatkan sedikit keuntungan. Kemudian saya akan memperoleh sepuluh biji tembikar. Selepas itu saya akan menjual sepuluh biji tembikar tersebut, dan saya akan mendapatkan keuntungan. Saya boleh mendapatkan dua puluh biji tembikar dan kemudian tiga puluh biji tembikar, empat puluh biji tembikar. Dengan cara ini, saya akan menjadi seorang jutawan. Selepas itu saya akan kahwin, dan saya akan mengarahkan isteri saya sebegini dan sebegitu. Dan jika dia tidak mendengar, saya akan menendangnya seperti ini.” Apabila dia menendang, dia telah menendang kesemua tembikar dan kesemua tembikar telah pecah. (gelak ketawa). Jadi harapannya menjadi punah. Anda boleh lihat? Dengan cara yang serupa, kita hanya bermimpi. Dengan hanya beberapa tembikar kita berkhayal yang “Tembikar-tembikar ini akan bertambah lagi, banyak lagi tembikar, lebih banyak lagi tembikar, " pada akhirnya musnah. Jangan berkhayal, membuat rancangan. Itu adalah... Guru, guru kerohanian dan kerajaan harus berwaspada yang “Si bangsat ini mungkin tidak akan membuat rancangan. Si bangsat ini mungkin tidak membuat rancangan untuk menjadi gembira.” Na yojayet karmasu karma-mūḍhān. Ini adalah karma-jagat, dunia ini. Dunia material adalah seperti itu. Mereka adalah sangat cenderung, jadi apa gunanya? Loke vyayāyāmiṣa-madya-sevā nityāstu jantuḥ. Sama seperti kehidupan seks. Melakukan seks adalah benda semulajadi. Ia tidak memerlukan pengajaran universiti bagaimana untuk menikmati perhubungan seks. Mereka akan berseronok melakukannya. Tidak ada sesiapa... “Tidak ada sesiapa yang diajar untuk menangis atau macam mana kita nak gelak atau untuk menikmati perhubungan seks.” Itu adalah perumpamaan Bengali. Itu adalah semulajadi. Anda tidak memerlukan sebarang pendidikan untuk karma sebegini. Sekarang mereka melakukan rancangan yang besar, rancangan yang besar untuk mendidik orang untuk berkerja keras. Ini hanya membuang masa. Institusi pendidikan sebenarnya adalah hanya untuk mengajar orang untuk menerima kesedaran Kṛṣṇa, bukan untuk menjadi begini atau begitu. Ini hanya membuang masa, kerana program itu tidak akan berjaya. Tal labhyate duḥkhavad anyataḥ sukhaṁ kālena sarvatra gabhīra-raṁhasā. Hukum alam berfungsi seperti itu : Prakṛteḥ kriyamāṇāni guṇaiḥ karmāṇi sarvaśaḥ (BG 3.27). Apa-apa yang...

Oleh itu, tamadun Veda adalah orang yang berpuas hati dengan kedudukannya, sama ada brāhmaṇa, kṣatriya, vaiśya, śūdra. Apa-apa telah Tuhan berikan padanya, dia akan berpuas hati. Tenaga yang sebenar digunakan untuk bagaimana untuk menjadi layak untuk menerima belas kasihan dari Kṛṣṇa. Ini yang kita perlukan, iaitu belajar untuk berserah diri pada Kṛṣṇa. Kemudian ahaṁ tvāṁ sarva-pāpebhyo mokṣayiṣyāmi (BG 18.66). Ia adalah kesimpulannya. Di India, kita boleh lihat bahawa… Para ulama, para ṛṣi, mereka telah banyak menulis buku-buku, tetapi mereka tinggal di dalam kotej. Hanya raja-raja, kṣatriya, kerana mereka harus memerintah, mereka telah membina istana yang besar. Tidak ada orang lain yang tinggal begitu. Orang lain tinggal dalam keadaan yang sederhana, yang sangat sederhana. Bukan membuang masa untuk pembangunan ekonomi semata-mata, bangunan pencakar langit, keretapi bawah tanah dan sebagainya, dan yang sebagainya. Ini bukan tamadun Veda. Ini adalah tamadun asura.