MS/Prabhupada 0160 - Krishna Sedang Membantah



Conversation at Airport -- October 26, 1973, Bombay

Jadi pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa ini adalah untuk mengajar orang untuk memahami nilai kehidupan. Sistem pendidikan moden dan tamadun yang begitu merosot ini menyebabkan orang melupakan nilai kehidupan. Secara umum, di dunia material ini, setiap orang telah melupakan nilai kehidupan, namun tujuan kita hidup sebagai manusia ini adalah suatu peluang untuk menyedarkan kepentingan kehidupan. Di Śrīmad-Bhāgavatam ia dinyatakan bahawa, parābhavas tāvad abodha-jāto yāvan na jijñāsata ātma-tattvam. Selagi kesedaran seseorang tidak lagi dibangunkan untuk ke tahap penginsafan, para makhluk yang bodoh, ia berbuat benda-benda yang mengagalkannya. Kegagalan ini sedang berlaku antara para makhluk hidup dalam kategori yang rendah kerana mereka tidak memahami nilai kehidupan. Kesedaran mereka tidak begitu maju. Namun seorang manusia juga, kegagalan ini masih diteruskan, ini bukan tamadun yang begitu baik. Ini adalah hampir kepada tamadun haiwan. Āhāra-nidrā-bhaya-maithunaṁ ca samānyā etat paśubhir narāṇām. Jika orang hanya ingin melibatkan diri dengan empat prinsip kehendak badan – makan, tidur, bersenyawa dan mempertahankan diri – ini juga adalah ketara di kalangan haiwan, maka itu bukan suatu tamadun yang sangat maju. Maka percubaan kita dengan pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa ini adalah untuk mendidik orang untuk menerima tanggungjawab hidup sebagai seorang manusia. Ini adalah tamadun Veda Masalah sebenar kehidupan kita ini bukan sebenarnya kesusahan yang kita hadapi dalam hanya beberapa tahun kita hidup ini. Namun, masalah sebenarnya adalah bagaimanakah caranya kita hendak menyelesaikan hal pengulangan kelahiran, kematian, usia tua dan penyakit. Ini adalah arahan di Bhagavad-gītā.

Janma-mṛtyu-jarā-vyādhi-duḥkha-doṣānudarśanam (BG 13.9). Masyarakat malu dengan banyak masalah yang mereka hadapi dalam kehidupan, tetapi masalah sebenar mereka ialah bagaimana kita boleh menghentikan kelahiran, kematian, usia tua dan penyakit. Jadi orang telah menjadi tidak peduli. Mereka telah menjadi begitu lembap yang mereka tidak memahami masalah kehidupan. Pada zaman dahulu, apabila Viśvāmitra Muni berjumpa dengan Mahārāja Daśaratha, Mahārāja Daśaratha telah bertanya dengan Viśvāmitra Muni, aihistaṁ yat taṁ punar janma jayaya: "Tuan yang dihormati, anda sedang mencuba untuk menakluk kematian, bagaimana dengan urusan tersebut, adakah ia berjalan dengan baik? Atau adakah terdapat sebarang gangguan?" Maka ketamadunan Veda, adalah untuk menakluk kelahiran, kematian, usia tua dan penyakit. Namun pada zaman moden ini, tidak terdapat informasi sebegini, dan tidak ada sesiapapun yang peduli. Walaupun profesor-profesor yang hebat, mereka tidak tahu apa yang akan berlaku selepas kehidupan. Mereka tidak percaya yang terdapat kehidupan selepas kematian. Maka ketamadunan yang buta ini sedang berlaku. Kita sedang mencuba untuk mendidik mereka matlamat kehidupan, terutama sekali kehidupan sebagai seorang manusia ini, adalah lain daripada keperluan kehidupan yang lain : makan, tidur, bersenyawa dan mempertahankan diri. Dalam Bhagavad-gītā ia juga dinyatakan, manuṣyāṇāṁ sahasreṣu kaścid yatati siddhaye: (BG 7.3) "Antara berjuta-juta orang, seorang mungkin akan mencuba untuk berjaya dalam kehidupannya." Siddhaye, siddhi. Ini adalah siddhi, bagaimana untuk menakluk kelahiran, kematian, usia tua dan penyakit. Dan manuṣyāṇāṁ sahasreṣu kaścid yatati siddhaye. Manusia yang bertamadun sivil ini adalah begitu lembap, ia tidak tahu apa itu siddhi. Mereka berfikir yang "Jika saya mendapatkan duit dan satu banglo dan satu kereta, itu adalah siddhi," Itu bukannya siddhi. Anda boleh mendapatkan banglo yang cantik, satu kereta, dan berkeluarga dalam beberapa tahun. Namun pada bila-bila masa, pengaturan ini boleh dihabiskan, dan anda harus menerima badan yang lain. Itu mereka tidak tahu. Dan mereka tidak peduli untuk mengetahuinya. Dan mereka telah menjadi begitu lembap, walaupun mereka adalah sangat bangga dengan pendidikan mereka, kemajuan tamadun. Tetapi kita sedang membantah. Kita sedang membantah. Saya tidak membantah. Kṛṣṇa sedang membantah:

na māṁ duṣkṛtino mūḍhāḥ
prapadyante narādhamāḥ
māyayāpahṛta-jñānā
āsuraṁ bhāvam āśritāḥ
(BG 7.15)

Para bangsat ini, adalah kelas terendah manusia dan selalu terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang berdosa, orang-orang seperti ini tidak akan menerima kesedaran Kṛṣṇa. "Tidak. Mereka adalah berpendidikan tinggi seperti MA, PhD." Kṛṣṇa bersabda māyayāpahṛta-jñānāḥ. "Nampak sahaja berpendidikan begitu tinggi, namun pendidikan sebenar mereka telah diambil oleh māyā." Āsuraṁ bhāvam āśritāḥ. Tamadun ateis adalah sangat berbahaya. Orang sedang menderita disebabkan hal ini. Tetapi mereka tidak begitu serius. Jadi Kṛṣṇa telah menyebut mereka sebagai mūḍhāḥ, bodoh. Na māṁ duṣkṛtino mūḍhāḥ. Maka kita sedang cuba untuk menjadikan para mūḍha, tamadun mūḍha, untuk menerima kecahayaan daripada kehidupan kerohanian. Ini adalah percubaan kita yang rendah hati. Tetapi ia telah diperkatakan, manuṣyāṇāṁ sahasreṣu: (BG 7.3) "Antara berjuta-juta orang, mereka boleh menerimanya." Manuṣyāṇāṁ sahasreṣu kaścid yatati siddhaye. Namun ia tidak bererti kita akan menghentikannya. Sama seperti pada zaman sekolah, kolej, Sir Asutosh Mukherjee memulakan pendidikan yang lebih tinggi, kelas-kelas ijazah sarjana di universiti. Hanya akan terdapat satu atau dua pelajar sahaja, tetapi kelas tersebut akan dikekalkan dengan perbelanjaan beribu-ribu rupee, dengan tidak mengambil pertimbangan yang hanya terdapat satu atau dua pelajar sahaja. Dengan cara yang serupa pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa ini harus berjalan. Ia tidak mengapa, orang yang bodoh, mereka tidak memahaminya atau tidak menerimanya. Kita harus teruskan propaganda kita. Ribuan terima kasih.