MS/Prabhupada 0173 - Kita Ingin Menjadi Kawan kepada Setiap Orang



Lecture on SB 1.7.6 -- Vrndavana, April 23, 1975

Jadi kita harus menimba ilmu daripada Bhagavad-gītā atau Śrīmad-Bhāgavatam mengenai Kṛṣṇa. Kṛṣṇe parama-pūruṣe bhaktir utpadyate. Jika anda mendengar Śrīmad-Bhāgavatam... Tentu sekali, jika anda tidak faham apakah itu prinsip yang asas mengenai Kṛṣṇa atau prinsip yang asas mengenai kesempurnaan... Itu dinyatakan di Śrīmad-Bhāgavatam daripada permulaan. Dharmaḥ projjhita-kaitavaḥ atra paramo nirmatsarāṇām (SB 1.1.2). Di dalam Śrīmad-Bhāgavatam, agama yang kononnya telah direkacipta telah ditendang keluar. Ia (Śrīmad-Bhāgavatam) adalah untuk paramahaṁsa. Nirmatsarāṇām. Nirmatsara bererti sesiapa yang tidak menjadi dengki. Sifat dengki kita, sifat dengki ini telah bermula terhadap Kṛṣṇa. Kita tidak menerima Kṛṣṇa. Kebanyakan orang akan berkata, "Mengapa Kṛṣṇa harus menjadi Tuhan Yang Maha Esa? Terdapat ramai yang lain." Ini dikatakan sebagai dengki. Jadi kita berasa dengki terhadap Kṛṣṇa, jadi ia telah merebak dengan pelbagai cara. Dan di dalam kehidupan yang biasa kita juga berasa dengki. Kita berasa dengki terhadap kawan-kawan kita, berasa dengki terhadap ayah kita, bahkan terhadap anak kita juga, apa lagi terhadap orang lain - para usahawan, negara, masyarakat, komuniti, hanya perasaan dengki. Matsaratā. "Mengapa dia harus maju?" Saya menjadi dengki. Ini adalah sifat alam material.

Apabila seseorang itu memahami Kṛṣṇa, dia menjadi kesedaran Kṛṣṇa, dia bebas daripada perasaan dengki, tidak ada lagi perasaan dengki. Dia ingin menjadi kawan. Suhṛdaḥ sarva-bhūtānām. Justeru itu, pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa ini bererti kita harus menjadi kawan kepada setiap orang. Kerana mereka sedang menderita tanpa kesedaran Kṛṣṇa, kita pergi dari pintu ke pintu, kota ke kota, kampung ke kampung, bandar ke bandar untuk berdakwah mengenai kesedaran Kṛṣṇa. Dan dengan rahmat Kṛṣṇa kita telah menarik perhatian kelas orang yang pintar. Jika kita meneruskan proses ini, untuk tidak berasa dengki... Itu adalah sifat seekor binatang, sifat seekor anjing, sifat seekor babi. Sifat seorang manusia haruslah para-duḥkha-duḥkhī. Seorang itu menjadi sangat tidak berbahagia melihat orang lain dalam keadaan menderita. Jadi setiap orang sedang menderita kerana kekurangan kesedaran Kṛṣṇa. Satu-satunya urusan kita adalah untuk membangkitkan kesedaran Kṛṣṇa itu, dan seluruh dunia akan menjadi gembira. Anartha upaśamaṁ sākṣād bhakti-yogam adhokṣaje, lokasya ajānataḥ. Masyarakat tidak ada pengetahuan mengenainya. Kita harus mendorong pertubuhan ini. Lokasyājān..., vidvāṁś cakre sātvata-saṁhitām (SB 1.7.6). Śrīmad-Bhāgavatam. Maka nama lain bagi pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa ini ialah bhāgavata-dharma. Bhāgavata-dharma. Jika kita menerimanya, maka keseluruhan masyarakat akan menjadi gembira.

Ribuan terima kasih.