MS/Prabhupada 0172 - Agama Yang Sejati Adalah Untuk Berserah Diri Kepada Kṛṣṇa
Lecture on SB 1.5.30 -- Vrndavana, August 11, 1974
Itu adalah maksud agama, iaitu untuk berserah diri kepada Kṛṣṇa. Jika tidak, ia dinyatakan di Śrīmad-Bhāgavatam, dharmaḥ projjhita-kaitavo 'tra (SB 1.1.2). Kesemua jenis agama yang menipu ditendang keluar daripada Bhāgavata, Śrīmad-Bhāgavatam. Ditendang keluar, projjhita. Untuk bergabung dengan Tuhan Yang Maha Esa, untuk menjadi Tuhan, untuk menjadi penjelmaan Tuhan – jenis sistem agama sebegini adalah sangat tegar sekali ditendang keluar daripada Śrīmad-Bhāgavatam. Ini kerana itu semua bukannya agama. Ini kerana itu semua bukan agama. Agama yang sebenar adalah untuk menyerahkan diri kepada Kṛṣṇa.
Maka ia dinyatakan sebagai, yat tat sākṣād bhagavata uditam. Jika anda ingin mendekati Personaliti Tuhan Yang Maha Esa, jadi anda haruslah mentaati perintah Personaliti Tuhan Yang Maha Esa. Namun, mereka tidak ada idea sebenarnya, siapakah itu Personaliti Tuhan Yang Maha Esa, apakah perintahNya, apakah perhubungan kita dengan... Benda-benda ini semua tidak diketahui. Ia hanya diketahui oleh, saya bermaksud, para penganut. Mengapa benda ini dimonopoli oleh para penganut? Itu juga jawapannya diberikan di Bhagavad-gītā : bhaktyā mām abhijānāti yāvān yaś cāsmi tattvataḥ. (BG 18.55). Jika anda ingin tahu apakah itu Tuhan, siapakah itu Kṛṣṇa, maka anda harus melalui proses bhakti-marga, or kebaktian... Tidak ada cara lain. Kṛṣṇa tidak pernah berkata yang Beliau beliau dikenali melalui spekulasi atau pendidikan dengan ilmu pengetahuan yang berspekulasi. Tidak. Jika itu caranya, maka Beliau mesti sudah bersabda yang “Melalui jnana orang boleh memahamiKu.” Tidak. Melalui karma juga tidak boleh memahaminya. Tidak juga yoga. Ini telah dijelaskan di banyak, banyak tempat dan sastra. Hanya melalui bhakti caranya. Hanya bhakti caranya. Dan ia adalah tugas seorang guru kerohanian, atau mahatma, untuk menyebarkan bhakti. Itu yang dikatakan sebagai sulit... Itu adalah aktiviti kemanusiaan yang penuh dengan belas kasihan.
Kerana orang sedang menderita dan mereka menunggu untuk ilmu pengetahuan ini. Oleh itu pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa ialah satu-satunya pertubuhan – Saya boleh mengisytiharkan ini dengan sangat bangga- yang akan memberikan manfaat kepada masyarakat. Hanya pertubuhan in sahaja. Kesemua yang lain, adalah pertubuhan yang palsu, saya isytiharkan. Biar orang-orang semua datang dan belajar sastra dan biarkan mereka membuat keputusan sendiri. Yang lain hanya menipu. Hanya ini caranya bhagavad-bhakti. Ini kerana kau tidak boleh memahami Bhagavan tanpa melalui proses perkhidmatan bhakti. Bhaktyā mām abhijānāti yāvān yaś cāsmi tattvataḥ. (BG 18.55). Jika anda ingin mengetahui kebenaran, tattvatah... Kṛṣṇa hanya inginkan memahami tattavatah Beliau. Bukan dengan cara pemikiran cetek untuk memikiran mengenai Kṛṣṇa, yang "Beliau sangat menyukai para gopi, marilah kita mendengar lila Kṛṣṇa." Mengapa memilih lila gopi dan Kṛṣṇa? Mengapa bukan lila Kṛṣṇa membunuh para asura? Itu orang tidak berminat, untuk mendengar tentang Kṛṣṇa membunuh para asura. Ini kerana, kalau lila gopi, ia seolah-olah seperti perhubungan antara seorang lelaki muda dan gadis, dan itu menarik perhatian dengan sangat cepat. Namun terdapat urusan-urusan Kṛṣṇa yang lain. Paritrāṇāya sādhūnāṁ vināśāya ca duṣkṛtām. (BG 4.8). Itu juga adalah lila Kṛṣṇa. Itu adalah lila Kṛṣṇa. Sama seperti Tuhan Rāmacandra membunuh Rāvaṇa. Itu juga adalah lila Kṛṣṇa. Lila Tuhan Rāmacandra dan Lila Kṛṣṇa, terdapat..
Maka kita harus menganggap apa-apa lila Kṛṣṇa sebagai Yang Tertinggi. Bukan yang paling sulit... Vṛndāvana-lila, lila Kṛṣṇa dengan para gopi, itu adalah lila yang paling sulit. Kita tidak harus melayani lila yang sulit melainkan kita adalah menjadi bebas. Itu adalah subjek yang sangat sukar. Dan kerana mereka tidak boleh memahami apakah itu lila Kṛṣṇa, mereka cuba meniru, dan akhirnya mereka jatuh. Terdapat banyak benda. Kita tidak ingin berbicara mengenainya. Tetapi kita harus... Jika kita adalah serius untuk maju di dalam Kṛṣṇa-lila, maka kita harus tahu dahulu siapakah itu Kṛṣṇa, Apakah yang Beliau suka dan bagaimana kita harus bertindak. Dengan itu kita boleh memasuki bahagian yang berahsia dalam lila Kṛṣṇa. Jika tidak, kita akan memahaminya dengan cara yang salah dan jatuh.