MS/Prabhupada 0177 - Kesedaran Krishna Adalah Fakta Yang Kekal
Lecture on SB 1.15.28 -- Los Angeles, December 6, 1973
Maka kita ada perhubungan yang sangat intim. Apabila kita telah sampai ke kedudukan untuk memahami perhubungan intim dengan Tuhan, atau Kṛṣṇa, itu disebut sebagai svarūpa-siddhi, svarūpa-siddhi. Svarūpa-siddhi bererti keinsafan mengenai kesempurnaan, svarūpa-siddhi. Di sini Sūta Gosvāmī berkata auhārdena, gāḍhena, śāntā. Jika seseorang kawan lama berjumpa seorang lagi kawannya, mereka akan berasa gembira. Dengan cara yang serupa, jika seseorang ayah berjumpa anaknya yang telah hilang, ayah kepada anak tersebut akan menjadi gembira dan anaknya juga menjadi gembira. Seorang suami, seorang isteri telah berpisah, dan mereka berjumpa semula. Mereka menjadi gembira. Itu adalah semulajadi. Seorang tuan dan orang gajinya, setelah bertahun-tahun, mereka berjumpa semula, mereka juga akan bergembira. Jadi kita ada banyak jenis perhubungan dengan Kṛṣṇa, iaitu, śānta, dāsya, sakhya, vātsalya dan mādhurya. Śānta, śānta bererti neutral, atau untuk memahami Yang Maha Esa. Dāsya bererti maju selangkah. Sama seperti mana kita berkata "Tuhan adalah maha besar." Terdapat śānta, untuk menghargai keagungan Tuhan. Namun tetapi tidak ia tidak berbuat apa-apapun. Namun jika anda maju selangkah, yang "Tuhan adalah Maha Besar. Jadi saya melayani banyak jenis masyarakat, kawan-kawan, perhubungan percintaan, kucing-kucing, anjing-anjing dan banyak benda saya menyayangi. Mengapa saya tidak saya tidak mencintai yang Maha Agung? itu disebut sebagai dāsya. Hanya untuk menginsafi Tuhan adalah Maha Besar, itu juga adalah benda yang baik. Tetapi jika anda secara sukarela mengambil langkah, "Sekarang mengapa aku tidak berkhidmat untuk yang Maha Besar?" Sama seperti perkhidmatan yang biasa, kepada sesiapa yang terlibat dalam perkhidmatan, mereka ingin menukarkan perkhidmatan yang kecil kepada perkhidmatan yang lebih unggul. Perkhidmatan ada di sana. Namun perkhidmatan yang unggul adalah seperti perkhidmatan kerajaan. Seseorang akan berfikir yang ia adalah sangat bagus. Dengan cara yang serupa, apabila kita berkhidmat, kita berkhidmatan untuk yang teragung, dan itu akan memberikan keamanan dalam hidup kita. Itu adalah śānta dan dāsya.
Kemudian melayani dengan perhubungan teman. Perkhidmatan, orang gaji yang memberikan perkhidmatan pada tuannya, tetapi apabila orang gaji menjadi sangat intim, akan terdapat perhubungan teman. Saya telah melihatnya secara praktikal di Kolkata. Dr. Bose, kawan karibnya adalah pemandunya sendiri. Apabila dia duduk dalam keretanya, dia akan bercerita semua yang ada dalam fikirannya kepada pemandunya. Jadi pemandu ini, dia telah menjadi kawan karibnya. Perbincangan mengenai hal yang sulit dengan pemandunya. Ia telah berlaku. Jika seorang orang gaji menjadi sangat dipercayai, seorang tuan akan memberitahu apa yang berada dalam fikirannya. Dia bercakap dengan orang gaji tersebut mengenai benda-benda yang dilakukannya. Ini disebut sebagai perhubungan teman. Dan kemajuan yang lebih lanjut... Sama seperti perhubungan seorang ayah dan anaknya atau ibu dan anaknya. Ini disebut sebagai vātsalya, dan yang terakhir ialah hubungan cinta antara kekasih. Dan dengan cara sebegini, kita ada perhubungan dengan Kṛṣṇa dalam satu cara atau yang lain. Dengan penuh kehormatan, dengan penuh rasa perkhidmatan, sebagai kawan, sebagai seorang ayah atau ibu, atau sebagai kekasih. Kita harus membangkitkan perkara tersebut. Dan apabila anda membangkitkan salah satu antaranya, perhubungan intim, jadi kita akan menjadi gembira, kerana itu adalah kekal. Contoh yang sama... Jari-jari, selama jari-jari itu terpisah, ia tidak berbahagia. Tetapi begitu jari-jari itu dihubungkan, maka ia menjadi berbahagia. Dengan cara yang serupa, kita ada perhubungan yang kekal dengan Kṛṣṇa. Saat ini kita terpisah, namun begitu kita bertemu denganNya lagi, maka kita akan menjadi : yenātmā suprasīdati.
Oleh itu pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa adalah sangat bermanfaat kepada semua orang hanya cuba membangkitkan kesedaran anda yang asal. Itu sudah terdapat di sana, nitya-siddha kṛṣṇa-bhakti. Dan kesedaran Kṛṣṇa merupakan fakta yang kekal. Jika tidak, anda sebagai orang Europah, pemuda pemudi Amerika, tiga atau empat tahun dahulu, anda tidak mengenali siapakah itu Kṛṣṇa. Lalu, mengapakah kamu adalah sangat terikat kepada Kṛṣṇa ? Kenapa kamu sangat terikat? Melainkan anda adalah sangat terikat pada Kṛṣṇa, anda tidak boleh mengorbankan masa anda yang bernilai untuk berdakwah mengenai kemuliaan Sri Kṛṣṇa di kuil ini. Anda telah mengembangkan suatu rasa kasih sayang terhadap Kṛṣṇa. Jika tidak, tiada sesiapa yang begitu bodoh untuk membuang masanya.Tidak. Bagaimanakah itu mungkin? Seseorang akan berkata yang Kṛṣṇa adalah orang India, Kṛṣṇa adalah Hindu. Jika begitu, mengapakah orang Kristian berminat? Adakah mereka Hindu? Tidak. Kṛṣṇa adalah bukan Hindu atau Muslim atau Kristian. Kṛṣṇa ialah Kṛṣṇa. Dan kamu adalah sebahagian daripada Kṛṣṇa. Pemahaman ini - "Saya seorang Hindu," "Saya seorang Muslim," "Saya seorang Kristian," "Saya orang Amerika, "Saya orang India"- ini semua hanyalah sebutan belaka. Sebenarnya saya adalah jiwa rohani, ahaṁ brahmāsmi. Dan Kṛṣṇa ialah Brahman Yang Utama, paraṁ brahma paraṁ dhāma pavitram paramam bhavān. (BG 10.12).
Jadi kita ada perhubungan yang intim dengan Kṛṣṇa. Itu merupakan fakta yang kekal. Kita hanya perlu membangkitkannya. Śravaṇādi śuddha-citte karaye udaya. Kita harus menciptanya. Sama seperti seorang pemuda mencintai seorang anak gadis dan seorang anak gadis mencintai seorang pemuda. Ini adalah perasaan yang semulajadi. Ini adalah perasaan yang semulajadi. Apabila mereka bertemu, perasaan tersebut dibangkitkan. Ia bukan suata benda yang dipaksa. Ia wujud. Namun secara kebetulan, apabila mereka bertemu, kecenderungan bercinta itu bertambah. Jadi cinta bertambah. Maka hubungan kita dengan Kṛṣṇa, adalah secara semulajadi. Ia bukannya tidak semulajadi. Nitya-siddha. Nitya-siddha bererti fakta yang kekal. Ia cuma telah terselindung. Ia terselindung. Penutup itu harus dikeluarkan. Maka kita akan hubungan yang serta merta dengan Kṛṣṇa, ini adalah semulajadi. Itu adalah kesempurnaan kesedaran Kṛṣṇa.