MS/Prabhupada 0178 - Perintah Yang Diberikan Oleh Krishna Adalah Dharma



Lecture on SB 1.10.1 -- Mayapura, June 16, 1973

Dharma bererti perkara yang telah diberikan oleh Tuhan Yang Maha Esa. Itulah dharma. Anda tidak boleh mencipta dharma. Sekarang terdapat banyak dharma yang telah dicipta. Mereka bukan dharma sebenarnya. Dharma bererti perintah yang diberikan oleh Tuhan. Itu adalah dharma. Sepertimana yang telah Kṛṣṇa bersabda, sarva-dharmān parityajya mām ekaṁ śaranaṁ vraja (BG 18.66). Kita telah mencipta banyak dharma : Dharma Hindu, dharma Muslim, dharma Kristian, dharma Parsee, dharma Buddha, dharma ini, dharma itu. Itu bukan dharma sebenarnya. Itu adalah rekaan fikiran, rekaan fikiran. Jika tidak, akan ada bertentangan. Sebagai contoh, orang beragama Hindu berfikir yang membunuh lembu adalah adharma, dan orang Islam memikirkan membunuh lembu adalah dharma mereka. Jadi yang manakah yang betul? Samaada membunuh lembu adalah adharma atau dharma?

Jadi ini semua adalah rekaan fikiran. Caitanya-caritāmṛta karaha berkata, ei bhāla ei manda saba manodharma, "Rekaan fikiran." Dharma yang sebenar ialah apa yang telah diperintah oleh Personaliti Tuhan Yang Maha Esa. Itu adalah dharma. Jadi Kṛṣṇa bersabda, sarva-dharmān parityajya mām ekaṁ śaranaṁ vraja:(BG 18.66). "Hentikan kesemua dharma yang telah kamu cipta itu. Ini adalah dharma yang sebenar." Śaranaṁ vraja. "Hanya berserah diri padaKu, dan itu adalah dharma yang sebenar." Dharmaṁ tu sākṣād bhagavat-praṇītam (SB 6.3.19). Sama seperti undang-undang. Undang-undang boleh dicipta atau digubal oleh kerajaan. Anda tidak boleh menggubal undang-undang sendiri di rumah anda. Itu bukan undang-undang. Perundangan bererti perintah yang telah diberikan oleh kerajaaan. Kerajaan yang utama ialah Personaliti Tuhan Yang Maha Esa. Ahaṁ sarvasya prabhavo mattaḥ parataraṁ nānyat (BG 10.8). Tidak ada sesiapa yang lebih hebat daripada Kṛṣṇa. Oleh itu perintah yang diberikan oleh Kṛṣṇa ialah dharma. Pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa terdiri daripada dharma tersebut. Kṛṣṇa bersabda, sarva-dharmān parityajya mām ekaṁ śaranaṁ vraja. (BG 18.66). "Kau hentikan segala dharma yang lain, dharma ini, dharma itu, banyak jenis dharma. Hanya berserah diri padaKu."

Jadi kita sedang berdakwah di atas prinsip yang sama, dan itu telah ditekankan kembali oleh Caitanya Mahāprabhu, Śrī Caitanya Mahā... Amara anaya guṇa haya tāra' ei dāsa, yabe dekhi take kahe kršna-upadeśa (CC Madhya 7.128). Ini adalah dharma. Caitanya Mahāprabhu tidak mencipta sebarang sistem dharma yang baru. Tidak. Caitanya Mahāprabhu ialah Kṛṣṇa Sendiri. Namo mahā-vadānyāya kṛṣṇa-prema-pradāya te, kṛṣṇāya kṛṣṇa-caitanya-nāmne. (CC Madhya 19.53). Jadi perbezaannya hanya adalah ... Beliau ialah Kṛṣṇa Sendiri. Perbezaannya adalah Kṛṣṇa, sebagai Personaliti Tuhan Yang Maha Esa, memerintah secara terus bahawa "Kau hentikan segala benda karut, hanya berserah diri padaKu." Itu adalah Kṛṣṇa. Ini kerana Beliau adalah Personaliti Tuhan Yang Maha Esa. Beliau memberikan perintah secara langsung. Kṛṣṇa yang sama, kerana orang telah salah faham terhadap Beliau... Bahkan para sarjana yang besar, mereka berkata, "Ia adalah melampau bagi Kṛṣṇa memerintah seperti itu." Namun mereka adalah para bangsat. Mereka tidak tahu. Mereka tidak boleh memahami siapa itu Kṛṣṇa. Oleh itu, kerana orang telah salah faham tentang apa yang Beliau sampaikan, Kṛṣṇa datang sebagai seorang penganut dan mengajar bagaimana untuk berserah diri kepada Kṛṣṇa dengan cara yang sempurna. Kṛṣṇa datang. Ia sama seperti dengan bagaimana ada ketika pelayan-pelayan saya memicit kepala saya. Saya berkata, dengan memicit kepalanya, "Buat seperti ini." Namun saya bukan pelayannya, saya hanya mengajarnya. Dengan cara yang serupa, Śrī Caitanya Mahāprabhu adalah Kṛṣṇa Sendiri, namun Beliau mengajar dengan sempurna bagaimana untuk mendekati Kṛṣṇa, prinsip yang sama. Kṛṣṇa bersabda, "Kau berserah diri padaKu," dan Caitanya Mahāprabhu bersabda, "Kau berserah diri pada Kṛṣṇa." Jadi dengan mengikuti prinsip tidak ada sebarang perubahan.