MS/Prabhupada 0182 - Jagalah Dirimu Untuk Selalu Berada Dalam Keadaan Tercuci Bersih



Lecture on SB 2.3.15 -- Los Angeles, June 1, 1972

Salah satu manfaat adalah, apabila seseorang mendengar mengenai Kṛṣṇa, secara bertahap ia akan menjadi tidak berdosa, hanya dengan mendengar sahaja. Melainkan kita berdosa, kita tidak akan datang ke dunia material ini. Jadi kita harus menjadi tidak berdosa sebelum pulang ke kediaman, ke kediaman Tuhan. Ini kerana kerajaan Tuhan... Tuhan adalah suci, kerajaan adalah suci. Para makhluk hidup yang tidak suci tidak boleh masuk ke sana. Jadi seseorang itu harus menjadi suci. Itu juga dinyatakan di Bhagavad-gītā. Yeṣāṁ anta-gataṁ pāpaṁ. "Seseorang itu harus dibebaskan daripada segala reaksi dosa di hidupnya," yeṣāṁ tv anta-gataṁ pāpaṁ janānāṁ puṇya-karmaṇām(BG 7.28), "dan selalu melakukan aktiviti yang soleh, bukan aktiviti yang berdosa..." Jadi pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa ini bererti seseorang itu diberi peluang untuk menghapuskan segala dosanya dan untuk memastikan dirinya tidak terjejas: tidak melakukan kegiatan seks terlarang, tidak meminum arak, tidak makan daging haiwan, tidak berjudi. Jika kita mengikut kesemua hukum ini, maka selepas inisiasi, segala dosa akan terhapus. Dan jika saya terletak di posisi di mana dicuci dengan bersih, maka di mana timbulnya persoalan untuk berdosa sekali lagi?

Namun apabila anda telah dicuci dengan bersih, apabila anda telah mandi, dan sekali lagi anda mengambil habuk dan menaburkan ke atas badan anda- proses itu tidak akan membantu. Jika anda berkata, "Saya akan mencuci sekali lagi dan menaburkan sekali lagi," jadi apa gunanya anda mencuci? Cuci bersih. Apabila anda telah mencuci dengan bersih, dengan itu pastikan diri anda sentiasa di keadaan yang bersih. Itu diperlukan. Jadi ini akan membolehkan anda selalu dengan Kṛṣṇa melalui mendengar mengenaiNya secara berterusan. Itu sahaja. Anda harus kekal dalam keadaan yang tidak dicemari. Dan itu adalah puṇya-śravaṇa-kīrtanaḥ. Dan jika anda mendengar mengenai Kṛṣṇa, maka ia adalah puṇya, anda sentiasa berada dalam keadaan yang soleh. Puṇya-śravaṇa-kīrtanaḥ. Anda boleh berjapa atau... Maka kita merekomenkan,selalu berucap Hare Kṛṣṇa, Hare Kṛṣṇa, Kṛṣṇa Kṛṣṇa, Hare Hare/ Hare Rāma, Hare Rāma, Rāma Rāma, Hare Hare. Jadi kita harus berwaspada daripada jatuh sekali lagi melakukan aktiviti-aktiviti berdosa. Kita harus berwaspada, dan seseorang harus memastikan diri anda selalu dalam proses berjapa. Maka dengan itu ia berada dalam keadaan baik. Jadi, śṛṇvatāṁ sva-kathāḥ kṛṣṇaḥ puṇya-śravaṇa-kīrtanaḥ(SB 1.2.17). Dan secara bertahap, apabila anda terus mendengar mengenai Kṛṣṇa, kesemua kekotoran daripada hati akan dibersihkan.

Benda-benda yang kotor ini adalah "Aku adalah badan material ini; aku orang Amerika; aku orang India, aku seorang Hindu, aku seorang Muslim, aku ini, aku itu." Terdapat banyak jenis penutup-penutup jiwa. Jiwa yang tidak tertutup adalah penuh dengan kesedaran bahawa " Saya adalah hamba yang kekal kepada Tuhan." Itu sahaja. Seseorang tidak ada indentiti lain. Ini disebut sebagai mukti. Apabila seseorang itu telah memahami bahawa "Saya adalah hamba yang kekal kepada Kṛṣṇa, Tuhan, dan urusan saya adalah hanya untuk berkhidmat untukNya, " itu disebut sebagai mukti. Mukti tidak bererti yang tangan anda akan bertambah lagi dua, kaki anda akan bertambah lagi dua. Tidak. Benda yang sama, ia hanya dibersihkan. Sama sepertimana seseorang itu menderita kerana demam. Terdapat banyak gejala, tetapi apabila demam tersebut hilang, kesemua gejala yang lain akan hilang. Jadi, demam kita di dunia material ini adalah kepuasan nafsu sebenarnya. Kepuasan nafsu. Itu adalah demam yang kita alami sebenarnya. Jadi apabila kita melibatkan diri dengan kesedaran Kṛṣṇa, kepuasan nafsu akan dihapuskan. Itu adalah perbezaannya. Ini adalah ujiannya untuk menentukan bagaimana anda akan maju di kesedaran Kṛṣṇa.