MS/Prabhupada 0181 - Saya Akan Ada Perhubungan Yang Intim Dengan Tuhan
Evening Darsana -- August 9, 1976, Tehran
Prabhupāda: Latihan kerohanian bererti, pertama sekali anda harus mempunyai sedikit iman iaitu, "Saya akan ada hubungan yang intim dengan Tuhan." Selagi anda tidak ada iman ini, tidak ada persoalan latihan kerohanian. Jika anda hanya tetap berpuas hati, "Tuhan itu Maha Besar, biarkan sahaja Beliau berada kediamanNya, saya juga akan berada di kediaman saya," itu bukannya cinta. Anda harus teguh untuk mengetahui Tuhan dengan lebih dan lebih intim. Kemudian tahap yang seterusnya adalah, bagaimana untuk mengetahui Tuhan, melainkan anda bergaul dengan orang-orang yang sibuk berurusan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan Tuhan. Mereka tidak mempunyai urusan yang lain. Sama seperti mana kita sedang melatih orang, hidup mereka hanya untuk urusan yang berkaitan dengan Tuhan. Mereka tidak mempunyai urusan yang lain. Bagaimana orang akan memahami Tuhan, bagaimana mereka akan mendapat manfaat, mereka merancang dengan pelbagai cara. Jadi kita harus bergaul dengan orang-orang yang percaya akan Tuhan dan cuba untuk menyebarkan ilmu mengenaiNya di seluruh dunia. Anda harus bergaul dengan mereka. Pertama sekali, anda harus mempunyai iman, iaitu, "Di kehidupan ini, saya akan memahami Tuhan secara sepenuhnya." Kemudian bergaul dengan orang yang sibuk dengan urusan Tuhan. Kemudian anda harus bertindak seperti mana mereka bertindak. Dengan itu, konsepsi anda yang salah mengenai kehidupan material akan dihapuskan. Kemudian anda akan ada perikatan. Anda akan memiliki rasa. Dengan cara ini anda akan memupuk rasa cinta terhadap Tuhan.
Ali: Saya sudah mempunyai iman.
Prabhupāda: Maka kamu harus menambahkannya. Hanya dengan iman yang tahap yang permulaan, itu sudah bagus sekali, tetapi, melainkan iman itu ditambah dengan lebih dan lebih lagi, jika tidak, tidak akan terdapat sebarang kemajuan.
Parivrājakācārya: Akan ada bahaya, iman itu akan hilang.
Prabhupāda: Ya, jika anda tidak cuba membuat sebarang kemajuan atau cuba untuk maju ke hadapan, jadi akan ada bahaya, dengan sedikit iman yang perolehi, itu akan hilang.