MS/Prabhupada 0187 - Selalu Tetap Berada Di Dalam Cahaya Yang Terang Benderang



Lecture on SB 2.8.7 -- Los Angeles, February 10, 1975

Jadi kejahilan sedang berterusan. Oleh itu untuk mendapatkan tunjuk ajar, Parīkṣit Mahārāja telah bertanyakan soalan ini, iaitu "Bagaimanakah para makhluk hidup telah mendapatkan badan material ini? Adakah ia secara automatik, tanpa sebarang sebab ataupun dengan sebab? Namun ia adalah dengan sebab... Ia akan diterangkan. Ia bukannya... Apabila penyebab itu ada di sana... Sama seperti jika anda dijangkiti dengan sesuatu penyakit, secara automatik anda akan menderita sebab penyakit tersebut. It akan berlaku secara automatik. Itu adalah secara automatik. Namun anda sedang dijangkiti, itu adalah penyebabnya. Jadi jika anda menjadi berwaspada untuk supaya tidak dijangkiti, maka anda boleh menghindari diri daripada penyebab kelahiran rendah ataupun penderitaan. Oleh sebab itu, kita telah memulakan masyarakat ini, masyarakat. Masyarakat bererti anda telah sampai ke sini disebabkan dinaikkan ke taraf yang baik. Sama seperti sekarang, terdapat banyak jenis masyarakat, manusia yang terdiri daripada kelas yang sama. "Burung dengan bulu yang sama berkumpul bersama." Peribahasa Inggeris. Oleh itu ini adalah suatu masyarakat. Siapakah yang akan berkumpul di sini? Siapakah yang akan datang ke sini? Ini kerana masyarakat dimaksudkan untuk kebebasan. Manusia juga sedang menderita kerana keadaan kehidupan material tersebut. Tidak ada sesiapapun yang gembira. Itu adalah fakta. Ini kerana mereka berada dalam kejahilan, dan mereka menerima kesedihan sebagai kegembiraan. Ini disebut sebagai māyā. Ini disebut sebagai māyā.

Yan maithunādi-gṛhamedhi-sukhaṁ hi tuccham. (SB 7.9.45). Māyā ini sangat cepat terbentuk dalam kegiatan seks. Mereka melakukan kegiatan seks dengan baik sekali, namun selepas itu, terdapat banyak penderitaan. Seks sah atau terlarang, akibatnya sama sahaja. Samaada penderitaan yang sah atau terlarang, semuanya tetaplah menjadi penderitaan sahaja. Setiap orang dari kita, kita mengetahuinya. Oleh itu, segalanya....Menjadikan untuk mendapatkan yang terbaik dari penawaran yang buruk ini. Kita ada badan yang material ini. Terdapat penyebabnya. Penyebabnya adalah kita ingin berseronok dan kita tidak ingin untuk melayani Kṛṣṇa. Ini adalah penyebabnya. Kṛṣṇa-bahirmukha hañā bhoga vāñchā kare. Kita sedang melayani Kṛṣṇa. Ini adalah kita, saya bermaksud, kedudukan konstitusi kita, untuk melayani Kṛṣṇa, namun kita telah menginginkan: "Mengapa aku perlu melayani Kṛṣṇa? Mengapa aku perlu melayani guru kerohanian ? Aku ingin bergembira. Aku ingin bergembira." Namun sebenarnya kegembiraan itu ada apabila kita telah melayani Kṛṣṇa, namun seseorang itu ingin berseronok secara bebas daripada Kṛṣṇa. Itu penyebab kejatuhannya. Dengan Kṛṣṇa, anda boleh bergembira dengan baik sekali. Anda pernah melihat gambar tersebut, bagaimana Kṛṣṇa, dengan gopīs sedang berseronok menari, para pengembala lembu juga berseronok bermain. Dengan Kṛṣṇa, itu adalah keseronokan kita yang sebenarnya. Namun tanpa Kṛṣṇa, apabila anda ingin bergembira, itu adalah māyā. Itu adalah māyā.

Jadi selalu akan adanya māyā, dan kita adalah.. Kerana ada kegelapan, anda tidak dapat menghargai kualiti kecerahan; maka Kṛṣṇa telah mencipta kegelapan, māyā, maka anda boleh menghargai kecerahan. Dua benda diperlukan. Tanpa kecerahan, kegelapan tidak boleh dihargai dan kegelapan... Tanpa kegelapan, kecerahan tidak dapat dihargai. Terdapat dua benda di sana, saling berdampingan. Sama seperti cahaya matahari, dan di sini terdapat bayang-bayang, saling berdampingan. Anda boleh berada dalam bayang-bayang, atau anda boleh berada di dalam cahaya matahari. Itu adalah pilihan anda. Jika kita berada di dalam kegelapan, hidup kita anda akan menderita, dan jika berada dalam cahaya, kecerahan... Jadi kesusasteran Veda memerintah kita, tamasi mā: "Jangan berada di dalam kegelapan." Jyotir gama: "Pergi kepada keterangan." Jadi percubaan ini, pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa, adalah suatu percubaan untuk membawa orang daripada kegelapan kepada keterangan. Jadi jangan cuba untuk menyalahgunakan peluang ini. Dengan suatu cara atau yang lain, anda telah datang ke pertubuhan ini. Sila gunakan dengan sempurna. Jangan pergi kepada kegelapan. Selalu berada dalam cahaya yang terang benderang.

Ribuan terima kasih.