MS/Prabhupada 0188 - Penyelesaian Utama Bagi Segala Masalah Kehidupan
Lecture on SB 2.3.17 -- Los Angeles, July 12, 1969
Viṣṇujana: Prabhupāda, anda telah menerangkan yang Tuhan adalah segala punca, punca asal segalanya, dan kerana tidak ada sesiapapun yang mengenali Tuhan, bagaimanakah orang akan tahu yang mereka sedang dikawal? Bagaimana mereka tahu yang mereka sedang dikawal kerana tidak sesiapapun yang tahu Kṛṣṇa dan Beliau adalah punca asal bagi segalanya? Bagaimanakah mereka tahu yang disebabkan Kṛṣṇa semua benda ini sedang berlaku?
Prabhupāda: Bagaimana anda tahu yang anda sedang dikawal oleh negeri ini? Bagaimanakah anda mengetahuinya?
Viṣṇujana: Itu telah dinyatakan dalam buku undang-undang negeri.
Prabhupāda: Maka kita juga ada buku perundangan kita. Anādi bahirmukha jīva kṛṣṇa bhuli gelā, ataeva kṛṣṇa veda-purāṇe karilā. Kerana anda telah melupakan Kṛṣṇa, maka Kṛṣṇa telah memberikan anda banyak buku-buku, kesusasteraan Veda. Oleh itu saya telah menekankan, jangan membuang masa membaca kesusasteraan yang merepek ini. Hanya menumpukan perhatian anda terhadap kesusteraan Veda. Maka dengan itu anda akan mengetahui semua. Mengapa buku-buku ini terdapat di sana? Hanya untuk mengingatkan anda untuk patuh kepada hukum-hukum. Namun, jika anda tidak mengambil kesempatan, maka anda sedang mempersalahgunakan hidup anda. Pendakwahan ini, publikasi buku-buku ini, kesusasteraan, majalah-majalah, pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa , kesemuanya adalah untuk menyedarkan kita bagaimana kita sedang dikawal, siapakah pengawal yang utama, bagaimanakah hidup anda boleh berjaya, bagaimanakah anda boleh dibebaskan daripada hidup yang terkawal ini, bagaimanakah hidup anda boleh bebas. Ini adalah pertubuhannya. Pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa adalah hanya untuk tujuan tersebut, jika tidak, apakah kegunaan pertubuhan ini? Ia bukan sesuatu penenangan yang sementara sahaja Ia adalah penyelesaian utama segala masalah kehidupan, pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa ini. Dan perucapan/berjapa ini adalah di permukaan hati kita, di mana anda akan menerima mesej ini. Ceto-darpaṇa-mārjanam (CC Antya 20.12), membersihkan hati kita. Maka dengan itu anda boleh menerima mesej ini. Dan proses kita adalah sangat saintifik, disahkan tulen, dan sesiapa yang menerimanya, dia akan menginsafi secara berperingkat, dan dia akan berada di tahap yang lebih tinggi. Tidak ada sebarang keraguan mengenainya.