MS/Prabhupada 0204 - Saya Mendapat Rahmat Guru. Ini Vani



Morning Walk -- July 21, 1975, San Francisco

Prabhupada: Anda perlu untuk berhubung dengan kedua-duanya. Guru-kṛṣṇa-kṛpāya pāya bhakti-latā-bīja (CC Madhya 19.151). Kedua-dua guru kṛpā dan Krishna kṛpā harus dicantum. Kemudian anda akan mencapainya.

Jayādvaita: Kami sangat bersemangat untuk mendapatkan guru-kṛpā.

Prabhupada: Siapa?

Jayadwaita: Kami, kesemua kami.

Prabhupāda: Ya. Yasya prasādād bhagavat-prasādaḥ. Jika anda mendapat kṛpā guru, maka secara automatik anda akan mencapai Krishna.

Nārāyaṇa: Guru-kṛpā hanya boleh dicapai dengan memuaskan hati guru kerohanian, Śrīla Prabhupāda?

Prabhupada: Jika tidak bagaimana?

Narayana: Maafkan saya?

Prabhupada: Jika tidak bagaimana ia akan datang?

Nārāyaṇa: Maka para pengikut yang tidak mendapat peluang untuk melihat atau bercakap dengan anda...

Prabhupāda: Itu telah dinyatakan, vāṇī and vapuḥ. Walaupun anda tidak dapat melihatnya secara fizikal, namun anda boleh mempraktikkan kata-katanya, vāṇī.

Nārāyaṇa: Tetapi bagaimana mereka akan tahu bahawa mereka memuaskan hati anda, Śrīla Prabhupāda?

Prabhupāda: Jika anda benar-benar mengikuti kata-kata guru, itu bermakna beliau berpuas hati. Dan jika anda tidak mengikuti, bagaimana beliau akan berasa gembira?

Sudāmā: Bukan itu sahaja, tetapi rahmat anda tersebar di rata-rata tempat, dan jika kita mengambil kesempatan, satu ketika anda telah memberitahu, maka kita akan melihat hasilnya.

Prabhupāda: Ya.

Jayādvaita: Jika kita mempunyai keyakinan pada kata-kata guru, secara automatik kita akan berbuat demikian.

Prabhupāda: Ya. Guru Mahārāja saya meninggal dunia pada tahun 1936, dan saya telah memulakan kumpulan ini pada tahun 1965, selepas tiga puluh tahun. Maka? Saya masih memperolehi rahmat guru. Inilah vāṇī. Walaupun guru tidak ada secara fizikal, namun jika anda mengikuti vāṇī, anda akan mendapat bantuan.

Sudāmā: Maka tiada soal perpisahan selagi seorang pengikut (murid) mengikuti pengajaran guru.

Prabhupāda: Tidak. Cakhu-dān dilo jei... Apakah yang berikutnya?

Sudāmā: Cakhu-dān dilo jei, janme janme prabhu sei.

Prabhupāda: Janme janme prabhu sei. Maka di manakah perpisahannya? Sesiapa yang telah membuka mata anda, kelahiran demi kelahiran beliaulah prabhu anda.

Paramahaṁsa: Adakah anda berasa perpisahan yang teramat sangat terhadap guru kerohanian anda?

Prabhupāda: Itu anda tidak perlu menyoal.