MS/Prabhupada 0340 - Kamu Tidaklah Dimaksudkan Untuk Mati, Namun Alam Memaksamu, Kamu Harus Mati



Lecture on BG 9.1 -- Melbourne, June 29, 1974

namo mahā-vadānyāya
kṛṣṇa-prema-pradāya te
kṛṣṇāya kṛṣṇa-caitanya-
nāmne gaura-tviṣe namaḥ
(CC Madhya 19.53)

Śrīla Rūpa Gosvāmī, apabila beliau telah berjumpa Śrī Caitanya Mahāprabhu di Prayāg... Ada suatu tempat, tempat yang suci di India, yang disebut sebagai Prayāga. Oleh itu Śrī Caitanya Mahāprabhu, selepas menerima tahap perlepasNya, iaitu tahap sannyāsa, Beliau telah ke Prayāga, dan tempat suci yang lain. Oleh itu Śrīla Rūpa Gosvāmī, beliau adalah menteri dalam pemerintahan, tetapi beliau menyerahkan segalanya, dan menyertai gerakan Hare Kṛṣṇa bersama-sama dengan Śrī Caitanya Mahāprabhu. Apabila beliau telah berjumpa pertama sekali, beliau telah mempersembahkan ayat ini, namo mahā-vadānyāya. Vadānyāya bererti "yang paling murah hati." Terdapat banyak penjelmaan Tuhan, tetapi Rūpa Gosvāmī telah berkata, "Sekarang penjelmaan Tuhan yang ini, Śrī Caitanya Mahāprabhu, adalah yang paling bermurah hati." Namo mahā-vadānyāya. Mengapa murah hati? Kṛṣṇa-prema-pradāya te: "Anda memberikan Kṛṣṇa dengan terus melalui gerakan saṅkīrtana milik Anda ini."

Untuk memahami Kṛṣṇa adalah benda yang amat sukar. Kṛṣṇa telah bersabda secara personal di Bhagavad-gītā,

manuṣyāṇāṁ sahasreṣu
kaścid yatati siddhaye
(BG 7.3)

"Antara berjuta-juta orang, " bukan sahaja di zaman ini, tetapi dahulu juga. Manuṣyāṇāṁ sahasreṣu, "Antara berjuta-juta orang, "kaścid yatati siddhaye, "seseorang itu akan cuba menjadi sempurna." Secara umum, mereka tidak berpengetahuan akan erti kesempurnaan. Mereka tidak tahu apa itu kesempurnaan. Kesempurnaan bererti untuk menghentikan proses kelahiran, kematian, usia tua dan penyakit. Itu adalah kesempurnaan. Setiap orang sedang cuba menjadi sempurna, namun mereka tidak tahu apa itu kesempurnaan. Kesempurnaan bererti ini: apabila anda adalah bebas daripada empat perkara yang tidak ada kesempurnaan. Apakah perkara-perkara tersebut? Kelahiran, kematian, usia tua dan penyakit. Semua orang.

Tidak ada sesiapun yang ingin mati, namun secara paksaan, kamu harus mati. Itu adalah tidak kesempurnaan. Namun orang-orang bangsat ini, mereka tidak tahu. Mereka berfikir yang kita harus mati. Sebenarnya ia bukan seperti itu. Ini kerana anda adalah tetap, anda tidak dimaksudkan untuk mati, namun alam memaksamu, anda harus mati.