MS/Prabhupada 0341 - Orang Yang Pintar, Ia Akan Menerima Proses Ini



Lecture on BG 9.1 -- Melbourne, June 29, 1974

Prabhupāda: Hmm?

Madhudviṣa: Dia bertanya apakah ilmu pengetahuan yang telah Kṛṣṇa dedahkan kepada Arjuna?

Prabhupāda: Ya. Kṛṣṇa telah meminta bahawa, "Kau pengarut, kau berserah diri padaKu." Anda semua adalah bangsat, anda semua berserah pada Kṛṣṇa. Maka hidup anda akan berjaya. Itu adalah keseluruhan dan intipati perintah daripada Kṛṣṇa.

sarva-dharmān parityajya
mām ekaṁśaraṇaṁ vraja
(BG 18.66)

Beliau bertanya kepada kita semua, semua bangsat, yang, "Kamu sedang mencipta banyak benda untuk menjadi gembira. Kamu tidak akan menjadi gembira, itu tentu sekali. Tetapi hanya berserah diri kepadaKu, dan Aku akan membuatmu gembira." Itu adalah kesedaran Kṛṣṇa, itu sahaja. Hanya satu baris. Maka seorang yang pintar, dia akan menerima proses ini, yang "Saya telah cuba untuk menjadi gembira, namun semuanya telah gagal. Sekarang biarkan aku berserah diri pada Kṛṣṇa." Itu sahaja.