MS/Prabhupada 0396 - Penjelasan Atas Doa Dari Raja Kulaśekhara



Purport to Prayers of King Kulasekhara, CD 14

Ayat ini, doa ini, diambil daripada buku yang disebut sebagai Mukunda-mālā-stotra. Doa ini telah dipersembahkan oleh seorang raja yang bernama Kulaśekhara. Beliau adalah raja yang hebat, pada masa yang sama penganut yang hebat juga.

Terdapat banyak contoh dari sejarah kesusateraan Veda yang para raja adalah penganut-penganut yang mulia, dan mereka disebut sebagai rājarṣīs. Rājarṣīs bererti, walaupun mereka duduk di singgahsana, mereka semua adalah orang-orang yang suci.

Maka Kulaśekhara, Raja Kulaśekhara, sedang berdoa kepada Kṛṣṇa yang "Kṛṣṇaku yang dikasihi, angsa pemikiran hamba telah terperangkap pada batang dari tapak kaki padmaMu. Kerana, pada saat kematian, tiga-tiga elemen yang merupakan fungsi dari badan ini, yakni lendir, hempedu dan udara, akan bertindih, dan suara akan tersedak, sehingga hamba tidak boleh menyebut Nama SuciMu yang manis pada saat kematian hamba."

Perbezaan ini diberikan dengan cara sebegini, yang angsa putih, apabila ia telah berjumpa bunga teratai, ia akan pergi ke sana dan menyelam ke dalam air, dan menjadikan dirinya terjerat di antara batang-batang dari bunga teratai itu. Jadi Raja Kulaśekhara inginkan dalam keadaan fikiran dan badan yang sihat, dia boleh terus terjerat dengan batang bunga dari kaki padma Tuhan, dan beliau segera meninggal.

Itulah idea yang seorang harus fikiran, apabila menerima kesedaran Kṛṣṇa, iaitu pada saat fikiran dan badan adalah dalam keadaan yang baik. Jangan tunggu sehingga saat terakhir dalam hidupmu. Hanya terus mempraktikkan kesedaran Kṛṣṇa sementara badan and fikiran kamu masih dalam keadaan sihat, dan pada saat kematian kamu akan mengingati Kṛṣṇa dan kegiatan Beliau dan dengan terus dipindahkan ke kerajaan kerohanian.