MS/Prabhupada 0401 - Petikan daripada Penjelasan Mengenai Sri Sri Siksastakam
Purport Excerpt to Sri Sri Siksastakam -- Los Angeles, December 28, 1968
Tuhan Caitanya Mahāprabhu telah memberi arahan kepada anak murid Beliau untuk menulis buku-buku mengenai sains kesedaran Kṛṣṇa. Suatu tugas kepada mereka yang menjadi pengikutNya; telah dilanjutkan untuk dilaksanakan hingga saat sekarang ini.
Huraian dan penjelasan secara terperinci mengenai falsafah yang diajar oleh Tuhan Caitanya, mengikut kenyataan adalah falsafah yang paling luas, tepat dan konsisten, kerana ia berpunca daripada sistem garis perguruan yang tidak berpecah belah, berbanding dengan sebarang keagamaan yang lain di dunia ini. Namun Tuhan Caitanya, yang sangat dikenali pada zaman remaja Beliau sebagai seorang sarjana, telah meninggalkan kita sejumlah lapan ayat yang disebut sebagai Śikṣāṣṭaka.
Kemuliaan kepada śrī-kṛṣṇa-saṅkīrtana, yang membersihkan hati dari semua debu yang terkumpul dari suatu waktu yang sangat lama. Sehingga api dari kehidupan yang terikat, dari putaran kelahiran dan kematian, akan dipadamkan.
Ayat kedua. Oh Tuhanku, nama suciMu sahaja boleh memberikan anugerah bagi semua makhluk hidup, dan kerana itu Engkau memiliki ratusan dan jutaan nama seperti Kṛṣṇa, Govinda dan sebagainya. Di dalam nama-nama transendental ini, Engkau menanamkan semua tenaga transendentalMu, dan tidak ada peraturan yang ketat bagi pengucapan nama suci ini.
Oh Tuhanku, Engkau adalah begitu mulia menjadikan pencapaian kepada diriMu begitu mudah melalui nama suciMu, namun betapa malangnya aku ini, kerana aku tidak tertarik kepada pengucapan nama suci itu.
Ayat Ketiga. Seseorang boleh mengucapkan nama suci Tuhan dalam suatu keadaan fikiran yang penuh dengan kerendahan hati, dengan memikirkan dirinya lebih rendah dari sebatang rumput di tepi jalan, dan dirinya lebih bertoleransi dibandingkan dengan sebatang pohon, dan dengan tanpa adanya rasa kebanggaan yang palsu, serta siap untuk memberikan semua penghormatan kepada sesama. Di dalam keadaan fikiran yang seperti itu, seseorang boleh mengucapkan nama suci Tuhan secara terus menerus.