MS/Prabhupada 0462 - Vaisnava Aparadha Adalah Suatu Kesalahan Yang Sangat Besar
Lecture on SB 7.9.7 -- Mayapur, February 27, 1977
Prabhupāda: Vaiṣṇava aparādha adalah suatu kesalahan yang sangat besar. Anda mengetahui Ambarīṣa Mahārāja. Beliau adalah seorang penganut, dan beliau... Durvāsā, dia sangat bangga akan kuasa yoganya, dan dia telah membuat kesalahan kepada kaki padma Mahārāja Ambarīṣa, dan dia telah dihukum oleh Kṛṣṇa, Kṛṣṇa telah menghantar sudarśana-cakra. Dan kemudian dia meminta pertolongan dari ramai - Brahmā, Viṣṇu. Dia boleh terus pergi ke Viṣṇuloka, tetapi dia tidak mendapat pengampunan.
Oleh itu dia telah pergi kepada Mahārāja Ambarīṣa, seorang Vaiṣṇava, dan terus menjatuhkan diri menyembah kaki padmanya. Dan Mahārāja Ambarīṣa, beliau adalah seorang Vaiṣṇava, semestinya beliau telah mengampunkannya dengan serta-merta. Jadi Vaiṣṇava aparādha ialah kesalahan yang sangat besar, hātī-mātā. Seseorang itu harus berwaspada mengenai Vaiṣṇava aparādha. Kita tidak boleh... Arcye viṣṇu śilā-dhīr guruṣu nara-matir vaiṣṇava-jāti-buddhiḥ (Padma Purāṇa). Vaiṣṇava-jāti-buddhiḥ juga adalah kesalahan yang lain juga, kesalahan yang besar. Dengan cara yang serupa, untuk menganggap guru itu sebagai seorang manusia yang biasa sahaja, itu merupakan kesalahan yang sangat besar. Untuk memikirkan Arca Tuhan sebagai bahan material seperti besi, batu, itu adalah...Ini adalah kesalahan. Sa nārakī.
Kita harus berhati-hati mengikut prinsip larangan dan mengikut jejak langkah seorang Vaiṣṇava. Mahājano yena sa gataḥ. Jangan berfikir yang Prahlāda Mahārāja adalah budak yang biasa. Kita harus belajar dari Prahlāda Mahārāja bagaimana untuk maju dalam perkhidmatan bhakti.
Ribuan terima kasih.
Penganut: Jaya Prabhupāda.