MS/Prabhupada 0458 - Ucapkan Hare Krishna - Menyentuh Krishna Dengan Lidah Anda
Lecture on SB 7.9.6 -- Mayapur, February 26, 1977
Prabhupāda: Jadi seperti mana Nṛsiṁha-deva menyentuh kepala Prahlāda Mahārāja, anda juga boleh mendapatkan fasiliti yang sama secara terus. “Apakah fasiliti tersebut? Bagaimana? Nṛsiṁha-deva tidak berada di sini. Kṛṣṇa tidak berada di sini."
Tidak. Beliau (Kṛṣṇa) ada di sini. Apakah sebenarnya itu? Nama rūpe kali kale kṛṣṇa avatāra (CC Adi 17.22). Kṛṣṇa hadir dengan nama suci Beliau, Kṛṣṇa. Jangan berfikir yang Kṛṣṇa, Hare Kṛṣṇa, nama ini, berbeza daripada Kṛṣṇa Sendiri. Yang Mutlak. Kṛṣṇa, arca Kṛṣṇa, nama Kṛṣṇa, dan personaliti Kṛṣṇa – kesemuanya, adalah Kebenaran Yang Mutlak. Tidak ada perbezaan. Jadi di zaman ni hanya dengan mengucapkan: kīrtanād eva kṛṣṇasya mukta-saṅgaḥ paraṁ vrajet (SB 12.3.51). Hanya dengan mengucapkan nama suci Kṛṣṇa... Nama-cintāmaṇi kṛṣṇaḥ caitanya-rasa-vigrahaḥ, pūrṇaḥ śuddho nitya-muktaḥ (CC Madhya 17.133).
Jangan fikir yang nama suci Kṛṣṇa adalah lain daripada Kṛṣṇa sendiri. NamaNya ialah pūrṇam. Pūrṇaḥ pūrṇam adaḥ pūrṇam idam (Īśopaniṣad, Doa ). Semuanya adalah pūrṇa. Pūrṇa bererti “sempurna.” Kita telah cuba menerangkan kesempurnaan ini di Īśopaniṣad. Anda harus membaca buku itu. Hanya bergantung pada nama suci Kṛṣṇa. Anda akan dapat manfaat yang sama seperti Prahlāda Mahārāja, iaitu sentuhan secara terus daripada tangan padma Tuhan Nṛsiṁha-deva. Tidak ada sebarang perbezaan. Selalu berfikir begitu, yang apabila anda ucapkan Hare Kṛṣṇa, anda harus tahu yang anda menyentuh Kṛṣṇa dengan lidah anda. Maka anda juga akan mendapat manfaat yang sama seperti Prahlāda Mahārāja.
Ribuan terima kasih.
Penganut-penganut: Jaya!