MS/Prabhupada 1057 - Bhagavad-gita juga bernama Gitopanishad, adalah hakekat segala pengetahuan Veda

From Vanipedia
Jump to: navigation, search
Go-previous.png Halaman Sebelum - Video 0850
Halaman Seterus - Video 1058 Go-next.png

Bhagavad-gita juga bernama Gitopanishad, adalah hakekat segala pengetahuan Veda
- Prabhupāda 1057


660219-20 - Lecture BG Introduction - New York

Prabhupāda:

oṁ ajñāna-timirāndhasya
jñānāñjana-śalākayā
cakṣur unmīlitaṁ yena
tasmai śrī-gurave namaḥ

(Hamba bersujud dengan hormat kepada guru kerohanian hamba. Hamba lahir di dalam kebodohan yang paling gelap, lalu guru kerohanian hamba membuka mata hamba dengan pelita pengetahuan.)

śrī-caitanya-mano-'bhīṣṭaṁ
sthāpitaṁ yena bhū-tale
svayaṁ rūpaḥ kadā mahyaṁ
dadāti sva-padāntikam

(Bilakah Srila Rupa Goswami Prabhupad, yang telah mendirikan misi untuk memuaskan keinginan Sri Caitanya di dunia ini, memberikan perlindungan kepada hamba di bawah kaki padma-Nya?)

vande 'haṁ śrī-guroḥ śrī-yuta-pada-kamalaṁ śrī-gurūn vaiṣṇavāṁś ca
śrī-rūpaṁ sāgrajātaṁ saha-gaṇa-raghunāthānvitaṁ taṁ sa-jīvam
sādvaitaṁ sāvadhūtaṁ parijana-sahitaṁ kṛṣṇa-caitanya-devaṁ
śrī-rādhā-kṛṣṇa-pādān saha-gaṇa-lalitā-śrī-viśākhānvitāṁś ca

(Hamba bersujud dengan hormat pada kaki-padma guru kerohanian hamba dan kepada kaki semua Vaishnava. Hamba bersujud dengan hormat kepada semua Vaishnava dan kepada enam Goswami terdiri daripada Śrīla Rūpa Gosvāmī, Śrīla Sanātana Gosvāmī, Raghunātha dāsa Gosvāmī, Jīva Gosvāmī dan kaum-kaumnya. hamba bersujud dengan hormat kepada Śrī Advaita Ācārya Prabhu, Śrī Nityānanda Prabhu, Śrī Caitanya Mahāprabhu, dan semua rakan beliau lainnya. Hamba bersujud dengan hormat kepada kaki padma Sri Kṛṣṇa, Śrīmatī Rādhārāṇī dan semua gopi, yang di ketuai oleh Lalitā and Viśākhā.)

he kṛṣṇa karuṇā-sindho
dīna-bandho jagat-pate
gopeśa gopikā-kānta
rādhā-kānta namo 'stu te

(O Sri Kṛṣṇa yang hamba cintai, Andalah kawan bagi orang yang berdukacita, Andalah sumber ciptaan. Andalah tuan bagi para gopa, Andalah yang mencintai para gopi terutamanya Rādhārāṇī. Hamba bersujud dengan hormat kepada beliau.)

tapta-kāñcana-gaurāṅgi
rādhe vṛndāvaneśvari
vṛṣabhānu-sute devi
praṇamāmi hari-priye

(Hamba bersujud dengan hormat kepada Rādhārāṇī, yang berwajah seperti emas cair dan adalah Ratu Vṛndāvana. Beliau adalah puteri maharaja Vṛṣabhānu, dan beliau sangat dicintai oleh Sri Kṛṣṇa.)

vāñchā-kalpatarubhyaś ca
kṛpā-sindhubhya eva ca
patitānāṁ pāvanebhyo
vaiṣṇavebhyo namo namaḥ

(Hamba bersujud dengan hormat kepada semua penyembah tuhan, para Vaiṣṇava. Mereka dapat memenuhi keinginan semua orang seperti halnya pohon yang dapat memenuhi segala keinginan, dan mereka selalu penuh dengan rasa kasih sayang terhadap roh-roh yang telah jatuh.)

śrī-kṛṣṇa-caitanya
prabhu-nityānanda
śrī-advaita gadādhara
śrīvāsādi-gaura-bhakta-vṛnda

(Hamba bersujud kepada, Śrī Kṛṣṇa Caitanya, Prabhu Nityānanda, Śrī Advaita, Gadādhara, Śrīvāsa dan semua rakan beliau lainnya dalam garis perguruan bhakti.)

hare kṛṣṇa hare kṛṣṇa kṛṣṇa kṛṣṇa hare hare
hare rāma hare rāma rāma rāma hare hare

(O tuhan yang hamba cintai dan kuasa kerohanian beliau, tolong melibatkan hamba dalam layanan beliau. Sekarang hamba merasai malu dengan pelayanan dunia material ini. Tolong melibatkan hamba dalam layanan beliau.)

Kata pengantar pada Gītopaniṣad oleh A.C. Bhaktivedanta Swami, pengarang Śrīmad-Bhāgavatam, Jalan yang mudah ke planet yang lain, penerbit, kembali kepada ketuhanan, lain-lainnya. Bhagavad-gītā juga bernama Gitopanishad, adalah hakikat segala pengetahuan Veda. dan salah satu di antara Upaniṣad-Upaniṣad yang paling penting dalam kesusasteraan veda. Tentu saja ada banyak terjemahan Bhagavad-gītā dalam bahasa Inggris dan mungkin ada orang yang bertanya mengapa dibutuhkan edisi lain lagi seorang... seorang vanita dari Amerika, Mrs.Charlotte Le Blanc meminta nasihat saya untuk menentukan edisi Inggeris Bhagavad-gītā yang dia boleh membaca. Memang di Amerika tersedia banyak edisi Bhagavad-gītā dalam bahasa Inggeris tetapi sepengetahuan saya, bukan hanya di Amerika saja, juga ada banyak di India, tiada satu pun di antara edisi-edisi tersebut dapat dibenarkan sepenuhnya, sebab hampir di dalam setiap edisi Bhagavad-gītā itu penulisnya telah mengemukakan pendapatnya sendiri tanpa menyinggung jiwa Bhagavad-gītā menurut aslinya.

Jiwa Bhagavad-gītā disebutkan di dalam Bhagavad-gītā sendiri. Seperti contoh berikut. Kalau kita ingin minum sejenis ubat, maka kita harus mengikuti petunjuk tertulis pada etiket ubat itu. Kita tidak boleh merminum ubat itu menurut selerat kita sendiri atau menurut petunjuk kawan, tetapi kita harus meminum ubat tersebut mengikuti petunjuk tertulis pada botolnya dan arahan yang diberikan oleh doktor. Begitu juga, Bhagavad-gītā harus dirasakan atau diterima menurut petunjuk yang diberikan oleh Beliau yang menyabdakan Bhagavad-gītā.