MS/Prabhupada 1079 - Bhagavad-gita adalah Sastera Kerohanian Yang Perlu Dibaca Dengan Teliti



660219-20 - Lecture BG Introduction - New York

Mendengar Bhagavad-gītā ini atau Śrīmad-Bhāgavatam daripada orang yang insaf itu akan melatih seseorang, seorang, ke arah pemikiran terhadap Yang Maha Esa dua puluh empat jam, di mana ia akan akhirnya membawa seseorang, anta-kāle, mengingati Tuhan Yang Maha Esa, dan apabila meninggalkan badan ini, dia akan memiliki badan bersifat rohani, badan bersifat rohani, yang cocok untuk mengadakan perhubungan dengan Tuhan. Oleh itu, Tuhan bersabda:

abhyāsa-yoga-yuktena
cetasā nānya-gāminā
paramaṁ puruṣaṁ divyaṁ
yāti pārthānucintayan
(BG 8.8)

Anucintayan, sentiasa mengingati diri-Nya sahaja. Ia bukan proses yang sangat sukar. Seseorang harus mempelajari proses ini daripada orang yang berpengalaman dalam bidang ini. Tad vijñānārthaṁ sa gurum evābhigacchet (MU 1.2.12). Seseorang harus mendekati orang yang mengamalinya. Jadi abhyāsa-yoga-yuktena. Ini dikatakan abhyāsa-yoga, latihan. Abhyāsa... Bagaimana untuk sentiasa mengingati Tuhan Yang Maha Esa. Cetasā nānya-gāminā. Pemikiran ini, minda ini sentiasa berterbangan ke sana sini. Maka seseorang harus berlatih untuk sentiasa menumpukan minda ini kepada rupa bentuk Tuhan Yang Maha Esa, Śrī Kṛṣṇa, atau dalam getaran, dalam nama Tuhan di mana ianya lebih mudah. Daripada menumpukan minda saya - minda saya mungkin sangat resah, terbang ke sana sini, tetapi saya boleh menumpukan pendengaran saya terhadap getaran suara Sri Kṛṣṇa dan itu juga akan membantu saya. Itu juga adalah abhyāsa-yoga. Cetasā nānya-gāminā paramaṁ puruṣaṁ divyaṁ. Paramaṁ puruṣa, bahawa Kepribadian Tuhan Yang Maha Esa di kerajaan rohani, di angkasa rohani, seseorang boleh mendekati, anucintayan, sentiasa mengingati. Maka proses ini, cara dan kaedahnya, semuanya dihuraikan di dalam Bhagavad-gītā, dan tiada sesiapa pun yang tidak diperbolehkan. Bukan hanya segolongan manusia tertentu sahaja boleh mendekatinya. Mengingati Tuhan Kṛṣṇa boleh dipraktikkan, mendengar nama Tuhan Kṛṣṇa boleh dipraktikkan oleh semua orang. Dan Tuhan bersabda di dalam Bhagavad-gītā:

māṁ hi pārtha vyapāśritya
ye 'pi syuḥ pāpa-yonayaḥ
striyo vaiśyās tathā śūdrās
te 'pi yānti parāṁ gatim
(BG 9.32)
kiṁ punar brāhmaṇāḥ puṇyā
bhaktā rājarṣayas tathā
anityam asukhaṁ lokam
imaṁ prāpya bhajasva mām
(BG 9.33)

Tuhan bersabda walaupun seseorang manusia itu berada di tingkat hidup yang terendah, tingkat hidup yang terendah atau seorang wanita yang sudah merosot, atau seorang pedagang, atau gologan buruh... Gologan para pedagang, gologan para buruh, dan gologan para wanita, mereka diletakkan dalam kategori yang sama kerana kecerdasan mereka yang tidak sebegitu kembang. Tetapi Tuhan bersabda, mereka juga, malah lebih rendah daripada mereka māṁ hi pārtha vyapāśritya ye 'pi syuḥ (BG 9.32), bukan sahaja mereka atau yang lebih rendah daripada mereka, atau sesiapa sahaja.. Tidak kira siapa lelaki itu, atau wanita itu, sesiapa sahaja yang menerima dasar bhakti-yoga dan menerima Tuhan Yang Maha Esa sebagai summum bonum dalam kehidupan, sasaran tertinggi, tujuan hidup yang tertinggi... Māṁ hi pārtha vyapāśritya ye 'pi syuḥ, te 'pi yānti parāṁ gatim. Yang parāṁ gatim dalam kerajaan rohani dan angkasa rohani, sesiapa pun boleh mendekatinya. Seseorang hanya perlu mengamalkan pendekatan ini. Sistem ini disarankan di dalam Bhagavad-gītā dengan baik sekali dan seseorang dapat mempraktikannya dan menyempurnakan kehidupannya dan mendapat penyelesaian yang kekal untuk kehidupan. Itulah inti dan hakikat keseluruhan Bhagavad-gītā. Maka, kesimpulannya ialah Bhagavad-gītā adalah kesusasteraan rohani yang patut dibaca dengan teliti sekali. Gītā-śāstram idaṁ puṇyaṁ yaḥ paṭhet prayataḥ pumān. Dan kesudahannya ialah, jika seseorang mengikuti ajaran sebagaimana semestinya, dia akan mencapai kebebasan dari segala kesengsaraan hidup, segala kebimbangan kehidupan. Bhaya-śokādi-varjitaḥ (Gītā-māhātmya 1) Segala kebimbangan hidup, kehidupan ini, serta dia akan mendapat kehidupan rohani dalam kehidupan yang akan datang.

gītādhyāyana-śīlasya
prāṇāyama-parasya ca
naiva santi hi pāpāni
pūrva-janma-kṛtāni ca
(Gītā-māhātmya 2)

Satu lagi kelebihan sekiranya seseorang membaca Bhagavad-gītā, dengan tulus ikhlas dan segala kesungguhan, maka dengan rahmat Tuhan, reaksi dari perbuatan masa lalu tidak akan bertindak ke atasnya.