MS/Prabhupada 0102 - Kepantasan Minda: Difference between revisions

(Created page with "<!-- BEGIN CATEGORY LIST --> Category:1080 Malay Pages with Videos Category:Prabhupada 0102 - in all Languages Category:MS-Quotes - 1973 Category:MS-Quotes - Lec...")
 
(Vanibot #0023: VideoLocalizer - changed YouTube player to show hard-coded subtitles version)
 
Line 6: Line 6:
[[Category:MS-Quotes - in Sweden]]
[[Category:MS-Quotes - in Sweden]]
<!-- END CATEGORY LIST -->
<!-- END CATEGORY LIST -->
<!-- BEGIN NAVIGATION BAR -- DO NOT EDIT OR REMOVE -->
{{1080 videos navigation - All Languages|Malay|MS/Prabhupada 0101 - Mengamalkan Kehidupan yang Sihat bererti Menikmati Keseronokan yang Kekal|0101|MS/Prabhupada 0103 - Jangan Cuba untuk Meninggalkan Persatuan Para Penganut|0103}}
<!-- END NAVIGATION BAR -->
<!-- BEGIN ORIGINAL VANIQUOTES PAGE LINK-->
<!-- BEGIN ORIGINAL VANIQUOTES PAGE LINK-->
<div class="center">
<div class="center">
Line 14: Line 17:


<!-- BEGIN VIDEO LINK -->
<!-- BEGIN VIDEO LINK -->
{{youtube_right|C9x9jHa03pw|Kepantasan Minda<br/>- Prabhupāda 0102}}
{{youtube_right|ikx2LHbTlxs|Kepantasan Minda<br/>- Prabhupāda 0102}}
<!-- END VIDEO LINK -->
<!-- END VIDEO LINK -->


<!-- BEGIN AUDIO LINK -->
<!-- BEGIN AUDIO LINK -->
<mp3player>http://vaniquotes.org/w/images/730908SB.STO_clip.mp3</mp3player>
<mp3player>https://s3.amazonaws.com/vanipedia/clip/730908SB.STO_clip.mp3</mp3player>
<!-- END AUDIO LINK -->
<!-- END AUDIO LINK -->



Latest revision as of 18:44, 19 October 2018



Lecture on SB 5.5.1-8 -- Stockholm, September 8, 1973

Sekarang sudah ada kapal terbang. Itu memang bagus. Namun, anda tidak boleh sampai ke planet-planet material pun. Oleh itu, sekiranya anda ingin pergi ke planet kerohanian, maka anda harus mencipta sebuah kapal terbang yang mempunyai kelajuan seperti minda. Ataupun kelajuan seperti udara. Para ahli fizik, mereka mengetahui berapakah kelajuan udara, berapakah kelajuan cahaya. Oleh itu, perkara yang mengatasi kelajuan tersebut, adalah kepantasan minda. Para ahli fizik, mereka mengetahui berapa pantasnya kelajuan udara dan cahaya. Minda adalah lebih pantas. Anda mempunyai pengalaman. Sekarang anda duduk di sini. Dengan serta-merta, dalam sesaat, anda boleh mengembara ke Amerika, USA, India, dengan segera. Anda boleh pergi ke rumah anda. Anda boleh melihat benda- dengan minda anda, semestinya; dengan kepantasan minda. Oleh itu di Brahma-saṁhitā, ia dinyatakan bahawa, walaupun anda boleh mencipta kapal terbang yang mempunyai kelajuan seperti minda, yang mempunyai kelajuan seperti udara- panthās tu koṭi-śata-vatsara-sampragamyaḥ- dan dengan kelajuan seperti itu, walaupun anda mencuba untuk berjuta-juta tahun, anda masih tidak boleh menjumpai Goloka Vṛndāvana. Namun, anda masih tidak boleh menjumpai. Panthās tu koṭi-śata-vatsara-sampragamyo vāyor athāpi manaso muni-puṅgavānām (Bs. 5.34). Bukannya para ācārya sebelum ini, mereka tidak mengetahui, apakah itu kapal terbang, apakah itu kelajuan, bagaimana untuk beroperasi. Jangan berfikir secara tidak pintar, bahawa mereka telah menciptanya. Ia tidak membawa sebarang makna-, kelas ketiga, tidak layak untuk kelas ke-empat, atau kelas kesepuluh. Dahulu terdapat kapal terbang yang memang bagus. Sekarang, kita ada cadangan yang anda boleh mencipta sebuah kapal terbang yang boleh terbang seperti tahap kelajuan minda. Ini adalah cadangannya – Sila lakukan. Anda boleh mencipta kapal terbang yang boleh beroperasi selaju kelajuan udara. Mereka berfikir dengan kelajuan cahaya, jika kita mencipta kapal terbang, namun, ia masih akan mengambil masa empat puluh ribu tahun untuk sampai ke planet yang tertinggi. Mereka memikirkan, jika ia boleh berlaku.

Setakat ini apa yang kita dapat perhatikan, kita melakukan kerja menggunakan peralatan pertukangan, dengan otak yang lembap ini, mampukah mereka memikirkan untuk mencipta benda sebegitu? Ia adalah mustahil. Ia memerlukan jenis otak yang lain. Para yogi boleh pergi, para yogi mesti boleh pergi. Contohnya seperti Durvāsā Muni. Beliau pergi ke Vaikuṇṭha-loka, dan berjumpa dengan Sri Viṣṇu di Vaikuṇṭha-loka untuk merayu kepada Sri Visnu untuk memberhentikan cakera Sri Visnu daripada membunuh Beliau. Beliau telah menghina seorang Vaisnava. Itu adalah cerita yang lain. Oleh itu, dengan cara sebegini, kehidupan sebagai manusia ini adalah untuk tujuan itu, untuk memahami Tuhan, potensi-potensi Beliau, dan memulih kembali perhubungan asal dengan Beliau. Itu adalah matlamat yang utama. Namun, mereka bekerja di kilang-kilang, di pekerjaan yang lain, berkerja seperti babi dan anjing, dan merugikan tenaga mereka. Bukan sahaja merugikan tenaga mereka, tetapi juga perangai mereka, mereka bekerja sangat keras, namun, mereka berkerja keras supaya mereka boleh meminum minuman keras. Selepas meminum arak, mereka mesti makan daging. Selepas kombinasi tersebut, mereka harus melakukan perhubungan seks. Dengan cara ini, mereka berada di dalam kegelapan. Dan di sini, terdapat ayat-ayat yang diberikan oleh Ṛṣabhadeva, Beliau memberikan amaran. Beliau memberi amaran. Beliau berkata pada anak-anak Beliau, namun kita boleh mengambil pengajarannya. Beliau berkata : nāyaṁ deho deha-bhājāṁ nṛloke kaṣṭān kāmān arhate viḍ-bhujāṁ ye (SB 5.5.1). Kāmān bererti keperluan hidup. Anda boleh mendapat keperluan hidup dengan senang. Dengan menuai padi, anda mendapat beras. Dan dengan jika ada lembu, anda akan mendapat susu. Itu sahaja. Itu sudai memadai. Namun, para pemimpin akan membuat perancangan, jika seseorang itu berpuas hati dengan bertani, sedikit beras dan susu, maka siapakah yang akan bekerja di kilang? Oleh itu, mereka meyusahkan orang, yang anda tidak boleh hidup secara sederhana. Ini adalah posisinya. Walaupun anda mempunyai impian, Para Pemimpin moden tidak akan membenarkan anda untuk melaksanakan impian anda. Mereka memaksa untuk berkerja seperti anjing, babi dan keldai. Itu adalah posisi sekarang.