MS/Prabhupada 0116 - Jangan Merugikan Kehidupan Anda yang Berharga Ini: Difference between revisions

(Created page with "<!-- BEGIN CATEGORY LIST --> Category:1080 Malay Pages with Videos Category:Prabhupada 0116 - in all Languages Category:MS-Quotes - 1969 Category:MS-Quotes - Lec...")
 
(Vanibot #0023: VideoLocalizer - changed YouTube player to show hard-coded subtitles version)
 
Line 7: Line 7:
[[Category:MS-Quotes - in USA]]
[[Category:MS-Quotes - in USA]]
<!-- END CATEGORY LIST -->
<!-- END CATEGORY LIST -->
<!-- BEGIN NAVIGATION BAR -- DO NOT EDIT OR REMOVE -->
{{1080 videos navigation - All Languages|Malay|MS/Prabhupada 0115 - Urusan Saya Hanyalah Untuk Menyampaikan Pesanan Dari Krishna|0115|MS/Prabhupada 0117 - Hotel Percuma dan Tempat Tinggal Percuma|0117}}
<!-- END NAVIGATION BAR -->
<!-- BEGIN ORIGINAL VANIQUOTES PAGE LINK-->
<!-- BEGIN ORIGINAL VANIQUOTES PAGE LINK-->
<div class="center">
<div class="center">
Line 15: Line 18:


<!-- BEGIN VIDEO LINK -->
<!-- BEGIN VIDEO LINK -->
{{youtube_right|lKXrLj-ABlg|Jangan Merugikan Kehidupan Anda yang Berharga Ini<br/>- Prabhupāda 0116}}
{{youtube_right|9MERFYD_M-Q|Jangan Merugikan Kehidupan Anda yang Berharga Ini<br/>- Prabhupāda 0116}}
<!-- END VIDEO LINK -->
<!-- END VIDEO LINK -->


<!-- BEGIN AUDIO LINK -->
<!-- BEGIN AUDIO LINK -->
<mp3player>http://vaniquotes.org/w/images/690512LE.COL_clip.mp3</mp3player>
<mp3player>https://s3.amazonaws.com/vanipedia/clip/690512LE.COL_clip.mp3</mp3player>
<!-- END AUDIO LINK -->
<!-- END AUDIO LINK -->



Latest revision as of 18:51, 19 October 2018



Lecture with Allen Ginsberg at Ohio State University -- Columbus, May 12, 1969

Terdapat roh, dan jasad in telah membina platform untuk roh itu, dan roh itu berhijrah dari satu jasad ke jasad yang lain. Ini disebut sebagai proses evolusi. Dan proses evolusi sedang berlaku, di mana terdapat 8,400,000 jenis kehidupan, akuatik, burung-burung, binatang, tumbuh-tumbuhan, dan banyak jenis kehidupan. Dan sekarang kita ada kesedaran yang terbina melalui, kehidupan sebagai seorang manusia. Kita harus menggunakannya dengan cara yang betul. Ini adalah pertubuhan Kesedaran Kṛṣṇa kita. Kita hanya mendidik orang ramai, “Jangan merugikan kehidupan anda yang berharga ini, kehidupan sebagai seorang manusia. Jika anda telah melepaskan peluang ini, maka anda membunuh diri.” Ini adalah propaganda kita. Jangan bunuh diri. Sila terima Kesedaran Kṛṣṇa.

Dan proses ini adalah sangat mudah. Anda tidak perlu melalui proses-proses sistem yoga yang sukar ataupun falsafah, sistem yang berspekulasi. Itu adalah mustahil di zaman (Kali-yuga) ini. Ia adalah... Saya tidak bercakap daripada pengalaman saya sendiri, tetapi saya bercakap mengenai pengalaman para ācārya dan para resi yang amat alim. Mereka bersabda bahawa; kalau nāsty eva nāsty eva nāsty eva gatir anyathā. Jika anda ingin insaf, jika anda ingin tahu apakah kehidupan selepas kehidupan yang anda sedang lalui sekarang ini, jika anda ingin tahu apakah sebenarnya Tuhan, jika anda ingin tahu apakah perhubungan anda dengan Tuhan sebenarnya, kesemua ini akan didedahkan pada anda – ini adalah pengetahuan yang sebenar- dengan mengucapkan mantra ini, Hare Kṛṣṇa, Hare Kṛṣṇa, Kṛṣṇa Kṛṣṇa, Hare Hare/ Hare Rāma, Hare Rāma, Rāma Rāma, Hare Hare. Ia adalah pratikal. Kita tidak mengenakan sebarang yuran. Kita tidak menipu dengan mengatakan bahawa “Saya akan memberikan anda sesuatu, mantra yang berahsia, dan mengenakan yuran sebanyak lima puluh dollar.” Tidak. Ia ada terbuka kepada semua. Tolonglah terima. Ini adalah permintaan kita. Kita merayu kepada anda, “Tolong jangan merosakkan kehidupan anda. Sila terima mantra ini. Anda boleh ucapkan di mana sahaja anda suka.” Ia tidak mempunyai peraturan yang susah, yang anda mesti ikuti. Bila-bila masa sahaja anda suka, di mana sahaja anda suka, dan tidak kira bagaimana keadaan hidup anda... Sepertimana yang kami telah ucapkan, setengah jam tadi. Sebarang keadaan, anda akan berasa ekstasi. Dengan cara yang serupa, anda boleh meneruskan ini. Ucapkan Hare Kṛṣṇa mantra ini. Ia diberikan kepada anda secara percuma. Namun, jika anda ingin tahu, apakah sebenarnya Hare Kṛṣṇa mantra ini, falsafahnya, dengan pengetahuan, melalui logik, kita ada banyak buku-buku. Jangan berfikir yang kita menari secara sentimental. Tidak, kita mempunyai latar belakang. Oleh itu, cubalah memahami Pertubuhan Kesedaran Kṛṣṇa. Saya telah datang ke negara anda dengan sebab utama untuk memberikan mesej yang bagus ini untuk anda, kerana, sekiranya anda menerimanya, anda boleh memahami sains kesedaran Kṛṣṇa, dan bahagian lain di dunia ini juga akan mengikutinya, dan dunia ini akan berubah. Ini adalah fakta.