MS/Prabhupada 1072 - Meninggalkan Dunia Material ini dan Mencapai Kehidupan yang Abadi di Kerajaan Kekal

Revision as of 12:36, 21 March 2016 by MaliniPriti (talk | contribs) (Created page with "<!-- BEGIN CATEGORY LIST --> Category:1080 Malay Pages with Videos Category:Prabhupada 1072 - in all Languages Category:MS-Quotes - 1966 Category:MS-Quotes - Lec...")
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Invalid source, must be from amazon or causelessmery.com

660219-20 - Lecture BG Introduction - New York

Kehadiran Tuhan Yang Maha Esa, dengan rahmat–Nya yang tidak terkira, Beliau mempersembahkan diri-Nya dalam rupa Beliau yang asli sebagai Śyāmasundara-rupa. Sayang sekali, orang yang kurang bijak memperli Beliau. Avajānanti māṁ mūḍhā (BG 9.11). Kerana Tuhan Yang Maha Esa datang dan bermain bersama-sama kita sebagai seorang manusia, oleh itu, kita hendaklah jangan menganggap Tuhan Yang Maha Esa ialah salah satu antara kita. Kerana kuasa Tuhan tidak terhad, maka Beliau mempersembahkan Diri-Nya dalam rupa-Nya yang sejati di hadapan kita dan memaparkan kegiatan-Nya yang sama, prototaip seperti di kediaman Beliau. Di tempat kediaman Tuhan Yang Maha Esa, terdapat juga planet-planet yang jumlahnya tidak terbilang di brahma-jyotir. Terdapat jumlah planet-planet yang tidak terbilang terapung di atas sinaran matahari, begitu juga, dalam brahma- jyotir, yang berasal daripada kediaman Tuhan Yang Maha Esa, Kṛṣṇaloka, Goloka, ānanda-cinmaya-rasa-pratibhāvitābhis (BS 5.37), kesemua planet-planet tersebut adalah planet-planet rohani. Planet-planet tersebut adalah ānanda cinmaya; dan bukannya planet-planet bersifat material. Oleh itu Tuhan Yang Maha Esa bersabda:

na tad bhāsayate sūryo
na śaśāṅko na pāvakaḥ
yad gatvā na nivartante
tad dhāma paramaṁ mama
(BG 15.6)


Oleh itu, barang siapa yang dapat mendekati angkasa rohani itu tidak perlu kembali lagi ke angkasa dunia ini. Selagi kita berada di angkasa dunia ini, apa lagi perlunya berbicara untuk mendekati planet bulan... Planet bulan, sudah tentu, adalah planet yang paling terdekat, tetapi, sekalipun kita mendekati planet yang paling tertinggi, yang dikenali sebagai Brahmaloka, di planet tersebut juga kita akan menghadapi kesengsaraan yang sama seperti kehidupan material ini, Saya bermaksud kesengsaraan hidup iaitu kelahiran, kematian, usia tua dan penyakit. Tiada planet di alam semesta material ini yang bebas daripada empat prinsip kehidupan material. Oleh itu, Tuhan Yang Maha Esa bersabda dalam Bhagavad-gita, ābrahma - bhuvanāl lokāḥ punar āvartino 'rjuna (BG 8.16). Para makhluk hidup mengembara dari satu planet ke planet yang lain. Ia bukanlah begitu senang untuk kita pergi ke planet-planet lain hanya dengan pengaturan mekanikal sputnik. Sekiranya kita ingin pergi ke planet lain, terdapat proses untuk pergi ke sana. Yānti deva-vratā devān pitṟn yānti pitṛ-vratāḥ (BG 9.25). Sekiranya ada orang yang ingin pergi ke mana-mana planet yang lain, sebagai contoh, planet bulan, kita tidak perlu cuba untuk pergi ke planet bulan tersebut dengan cara sputnik itu. Dalam Bhagavad-gītā diajarkan, yānti deva-vratā devān. Bulan, matahari dan planet-planet yang lebih tinggi dari Bhūloka, dikenali sebagai Svargaloka. Svargaloka. Bhūloka , Bhuvarloka , Svargaloka. Terdapat status planet-planet yang berbeza. Seperti Devaloka, planet-planet dikenali dengan cara begitu sahaja. Bhagavad-gītā memberikan formula yang sangat mudah untuk membolehkan anda pergi ke planet-planet yang lebih tinggi, Devaloka. Yānti deva-vratā devān. Yānti deva-vratā devān. Deva-vratā, jika kita mengamalkan proses untuk menyembah dewa yang tertentu, maka kita boleh pergi ke planet yang tertentu itu juga. Kita boleh sahaja pergi ke planet matahari, kita boleh pergi ke planet bulan, kita boleh pergi ke planet syurga, namun Bhagavad-gītā menasihatkan agar kita tidak pergi ke salah satu dari planet-planet di dunia material ini, ini kerana, sekiranya kita pergi ke Brahmaloka, planet yang tertinggi sekalipun, mengikut kiraan yang dilakukan oleh para ahli saintis moden, kita boleh mencapai planet yang tertinggi itu dengan mengembara melalui Sputniks untuk 40,000 tahun. Adalah tidak munasabah bagi seseorang itu untuk hidup selama 40,000 tahun dan mencapai planet yang tertinggi di alam semesta material ini. Namun, sekiranya seseorang mengabdikan hidupnya dengan menyembah dewa tertentu, dia boleh mendekati planet tertentu itu, seperti yang dinyatakan dalam Bhagavad -gita: yānti deva-vratādevān pitṟn yānti pitṛ-vratāḥ (BG 9.25). Begitu juga,terdapat planet Pitṛloka. Begitu juga, orang yang ingin mendekati planet yang maha esa, planet yang maha esa... Planet yang maha esa ialah Kṛṣṇaloka. Terdapat planet-planet yang tidak terbilang di angkasa rohani, planet-planet sanātana, planet-planet yang kekal, yang tidak pernah musnah, dipunah. Namun, di antara semua planet-planet rohani ini, terdapat satu planet, planet asli, dikenali sebagai Goloka Vṛndāvana. Dengan itu, maklumat-maklumat ini terkandung di dalam Bhagavad-gītā dan kita diberi peluang untuk meninggalkan dunia material ini dan mencapai kehidupan yang abadi di kerajaan kekal.