MS/Prabhupada 0076 - Melihat Krishna Di Mana Jua

Revision as of 18:31, 19 October 2018 by Vanibot (talk | contribs) (Vanibot #0023: VideoLocalizer - changed YouTube player to show hard-coded subtitles version)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)


Ratha-yatra -- San Francisco, June 27, 1971

Apabila mata kita diurapi dengan kasih Tuhan, kita dapat melihat Beliau di mana-mana jua. Itu adalah perintah daripada śāstras. Kita perlu mengembangkan kuasa melihat kita dengan mengembangkan cinta Tuhan Yang Maha Esa. Premāñjana-cchurita bhakti-vilocanena (Bs. 5.38). Apabila seseorang itu cukup maju dalam kesedaran Krishna, beliau boleh melihat Tuhan setiap saat di dalam hatinya dan di mana jua, di mana sahaja dia pergi. Jadi kumpulan kesedaran Krishna ini adalah satu percubaan untuk mengajar orang bagaimana untuk melihat Tuhan, bagaimana untuk melihat Krishna. Krishna dapat dilihat jika kita mengamalkannya. Seperti mana Krishna bersabda, raso 'ham apsu kaunteya (BG 7.8). Krishna bersabda, "Saya adalah rasa dalam air." Setiap seorang daripada kita, kita minum air setiap hari, bukan sahaja sekali, dua kali, tiga kali atau lebih daripada itu. Jadi sebaik sahaja kita minum air, jika kita berfikir bahawa rasa air adalah Krishna, dengan segera kita sedar akan Krishna.

Untuk menyedari Krishna bukannya tugas yang sangat sukar. Kita hanya perlu mengamalkannya. Ini adalah satu contoh bagaimana kita amal untuk sedar akan Krishna. Setiap kali anda minum air, sebaik sahaja anda berasa puas, rasa dahaga anda hilang, serta-merta anda berfikir bahawa dahaga ini, kuasa menghilangkan dahaga adalah Krishna. Prabhāsmi śaśi sūryayoḥ. Krishna bersabda, "Aku adalah cahaya matahari. Aku adalah cahaya bulan." Jadi pada siang hari, setiap seorang daripada kita dapat melihat cahaya matahari. Sebaik sahaja anda melihat cahaya matahari, serta-merta anda boleh mengingati Krishna, "Ini adalah Krishna." Sebaik sahaja anda melihat cahaya bulan pada waktu malam, serta-merta anda boleh mengingati, "Ini adalah Krishna." Dengan cara ini, jika anda mengamalkannya, terdapat banyak keadaan, banyak contoh yang diberikan dalam Bhagavad-gītā, dalam Bab Ke-tujuh, jika anda membacanya dengan teliti, bagaimana untuk mengamalkan kesedaran Krishna. Kemudian pada masa itu, apabila anda sudah matang dalam cinta terhadap Krishna, anda akan melihat Krishna di mana-mana jua. Tiada siapa perlu membantu anda untuk melihat Krishna, tetapi Krishna akan mendedahkan dirinya kepada anda, melalui ketaatan anda, melalui kasih sayang anda. Sevonmukhe hi jihvādau svayam eva sphuraty adaḥ (Brs. 1.2.234). Apabila seseorang itu sentiasa hendak mengabdi, apabila seseorang memahami bahawa "Aku ini hamba abadi Krishna, atau Tuhan," baru kemudian Krishna akan membantu anda untuk melihat Beliau. Itu dinyatakan dalam Bhagavad-gītā,

teṣāṁ satata-yuktānāṁ
bhajatāṁ prīti-pūrvakam
dadāmi buddhi-yogaṁ taṁ
yena mām upayānti te
(BG 10.10)