MS/Prabhupada 0060 - Nyawa Bukannya Datang Dari Jirim: Difference between revisions

(Created page with "<!-- BEGIN CATEGORY LIST --> Category:1080 Malay Pages with Videos Category:Prabhupada 0060 - in all Languages Category:MS-Quotes - 1975 Category:MS-Quotes - Con...")
 
(Vanibot #0023: VideoLocalizer - changed YouTube player to show hard-coded subtitles version)
 
Line 7: Line 7:
[[Category:MS-Quotes - in USA, Atlanta]]
[[Category:MS-Quotes - in USA, Atlanta]]
<!-- END CATEGORY LIST -->
<!-- END CATEGORY LIST -->
<!-- BEGIN NAVIGATION BAR -- DO NOT EDIT OR REMOVE -->
{{1080 videos navigation - All Languages|Malay|MS/Prabhupada 0059 - Jangan Lupa Akan Urusan Anda Yang Sebenarnya|0059|MS/Prabhupada 0061 - Badan ini Adalah Beg Dibuat Dari Kulit, Tulang, Darah|0061}}
<!-- END NAVIGATION BAR -->
<!-- BEGIN ORIGINAL VANIQUOTES PAGE LINK-->
<!-- BEGIN ORIGINAL VANIQUOTES PAGE LINK-->
<div class="center">
<div class="center">
Line 15: Line 18:


<!-- BEGIN VIDEO LINK -->
<!-- BEGIN VIDEO LINK -->
{{youtube_right|--SPnZPqU6g|Nyawa Bukannya Datang Dari Jirim<br />- Prabhupāda 0060}}
{{youtube_right|NCKzr5DDubM|Nyawa Bukannya Datang Dari Jirim<br />- Prabhupāda 0060}}
<!-- END VIDEO LINK -->
<!-- END VIDEO LINK -->


<!-- BEGIN AUDIO LINK -->
<!-- BEGIN AUDIO LINK -->
<mp3player>http://vaniquotes.org/w/images/750228RC.ATL_clip1.mp3</mp3player>  
<mp3player>https://s3.amazonaws.com/vanipedia/clip/750228RC.ATL_clip1.mp3</mp3player>  
<!-- END AUDIO LINK -->
<!-- END AUDIO LINK -->



Latest revision as of 18:23, 19 October 2018



Room Conversation with Svarupa Damodara -- February 28, 1975, Atlanta

Prabhupāda: Kita mengatakan bahawa apabila nyawa, makhluk hidup, berada dalam air mani dan ia dimasukkan ke dalam rahim seorang wanita, baru kemudian badan berkembang. Permulaannya adalah nyawa. Ini adalah praktikal. Dan nyawa ini adalah sebahagian daripada nyawa yang maha besar. Oleh itu asal permulaannya adalah Tuhan. Janmādy asya yataḥ (SB 1.1.1). Athāto brahma jijñāsā. Oleh itu kita perlu memantapkan kewujudan teori ini dalam dunia yang sesat ini... Dan selain itu, kenapa mereka tidak dapat menghasilkan nyawa dari jirim? Apakah nilai kenyataan mereka? Itu mereka tidak dapat lakukan. Di manakah buktinya bahawa nyawa datang dari jirim? Anda lakukanlah.

Svarūpa Dāmodara: Buktinya masih dalam siasatan.

Prabhupāda: Eh? itu adalah benda karut. Itu adalah karut. Bukti ini, iaitu dari nyawa, datangnya nyawa, terdapat bukti, pelbagai bukti. Seorang manusia, haiwan, pokok - segala-galanya datang dari nyawa. Sehingga kini, tiada sesiapa pun yang pernah melihat manusia dilahirkan dari batu. Tiada sesiapa yang pernah melihatnya. Kadang-kadang ini dikatakan vṛścika-taṇdūla-nyāya. Anda tahu akan itu? Vṛścika-taṇdūla-nyāya. Vṛścika bererti kala jengking, dan taṇdūla bererti beras. Kadang-kadang kita dapati dalam timbunan beras, timbul kala jengking. Tetapi itu tidak bermakna bahawa beras telah melahirkan kala jengking. Pernahkah anda melihatnya di negara anda? Kita pernah melihatnya. Dari beras, timbunan beras, seekor kala jengking, kala jengking yang kecil keluar. Hakikatnya adalah ibubapa kepada kala jengking, mereka meletakkan telurnya di dalam beras, dan, kerana penapaian, kala jengking akan keluar, bukannya kala jengking datang dari beras. Oleh itu ia dikatakan vṛścika-taṇdūla-nyāya. Vṛścika bererti kala jengking, dan taṇdūla bererti beras. Maka "Nyawa datang dari jirim" - itu dikatakan vṛścika-taṇdūla-nyāya. Nyawa tidak boleh datang dari jirim. Selain itu... Sama seperti apabila terdapat nyawa, makhluk hidup, badan itu akan membesar, badan akan membesar atau berubah, seperti yang anda katakan. Tetapi jika anak itu keluar dalam keadaan tiada nyawa, maka badan itu tidak akan membesar. Oleh yang demikian jirim membesar dengan adanya nyawa.