MS/Prabhupada 0170 - Kita Harus Mengikuti Para Gosvāmī: Difference between revisions

(Created page with "<!-- BEGIN CATEGORY LIST --> Category:1080 Malay Pages with Videos Category:Prabhupada 0170 - in all Languages Category:MS-Quotes - 1976 Category:MS-Quotes - Lec...")
 
m (Text replacement - "(<!-- (BEGIN|END) NAVIGATION (.*?) -->\s*){2,15}" to "<!-- $2 NAVIGATION $3 -->")
 
Line 9: Line 9:
<!-- END CATEGORY LIST -->
<!-- END CATEGORY LIST -->
<!-- BEGIN NAVIGATION BAR -- DO NOT EDIT OR REMOVE -->
<!-- BEGIN NAVIGATION BAR -- DO NOT EDIT OR REMOVE -->
{{1080 videos navigation - All Languages|Indonesian|ID/Prabhupada 0169 - Di Manakah Kesulitan Untuk Melihat Kṛṣṇa?|0169|ID/Prabhupada 0171 - Lupakan Tentang Pemerintahan Yang Baik Untuk Selama Jutaan Tahun Kecuali Jika .......|0171}}
{{1080 videos navigation - All Languages|Malay|MS/Prabhupada 0169 - Di Manakah Kesulitan Untuk Melihat Krishna|0169|MS/Prabhupada 0171 - Lupakan Tentang Kerajaan Yang Baik Selama Jutaan Tahun, Melainkan...|0171}}
<!-- END NAVIGATION BAR -->
<!-- END NAVIGATION BAR -->
<!-- BEGIN ORIGINAL VANIQUOTES PAGE LINK-->
<!-- BEGIN ORIGINAL VANIQUOTES PAGE LINK-->
Line 19: Line 19:


<!-- BEGIN VIDEO LINK -->
<!-- BEGIN VIDEO LINK -->
{{youtube_right|OEw4PaIoEf0|Kita Harus Mengikuti Para Gosvāmī - Prabhupāda 0170}}
{{youtube_right|-i5nqPMm--Q|Kita Harus Mengikuti Para Gosvāmī - Prabhupāda 0170}}
<!-- END VIDEO LINK -->
<!-- END VIDEO LINK -->



Latest revision as of 18:08, 1 October 2020



Lecture on SB 1.7.8 -- Vrndavana, September 7, 1976

Jadi ini adalah saṁhitā... Saṁhitā bererti kesusasteraan Veda. Terdapat ramai bangsat, mereka menyatakan bahawa “Bhāgavata tidak ditulis oleh Vyāsadeva, ia ditulis oleh Bopadeva.” Mereka berkata seperti itu. Māyāvādīs, para Nirīśvaravādī. Ini kerana, walaupun Nirīśvaravādī ataupun ketua Māyāvādī, Śaṅkarācārya, beliau telah menulis komen mengenai Bhagavad-gītā, tetapi dia tidak boleh menyentuh Śrīmad-Bhāgavatam, kerana di Śrīmad-Bhāgavatam,semua telah diaturkan dengan sempurna, kṛtvānukramya, ia adalah mustahil bagi Māyāvādīs, untuk membuktikan Tuhan adalah impersonal. Mereka tidak boleh melakukannya. Sekarang ini yang mereka lakukan, membaca Bhāgavatam dengan cara mereka sendiri, namun ini tidak akan menarik minat orang yang waras. Kadang-kadang saya pernah lihat seorang Māyāvādī yang hebat, menjelaskan satu ayat daripada Śrīmad-Bhāgavatam, iaitu, “Kerana kau adalah Tuhan, jika kau berasa puas hati, maka Tuhan berasa puas hati.” Ini adalah falsafah mereka. “Kau tidak perlu untuk mengembirakan Tuhan secara berasingan. Jika kau gembira meminum wain, maka Tuhan juga gembira.” Ini adalah penjelasan mereka.

Jadi Caitanya Mahāprabhu telah mengutuk komentari yang diberikan oleh Māyāvādī. Caitanya Mahāprabhu bersabda, māyāvādi-bhāṣya śunile haya sarva-nāśa (CC Madhya 6.169). Māyāvādī kṛṣṇe aparādhī. Beliau telah bersabda dengan terus terang. Tidak ada kompromi. Para Māyāvādī, mereka suka berkata benda yang tidak elok mengenai Kṛṣṇa. Tān ahaṁ dviṣataḥ krūrān (CC Madhya 6.169), Kṛṣṇa juga telah berkata begitu. Mereka sangat, teramat iri hati pada Kṛṣṇa. Kṛṣṇa ialah dvi-bhuja-muralīdhara, śyāmasundara, dan Māyāvādī akan menerangkan yang “Kṛṣṇa tidak ada tangan, tidak ada kaki. Ini semua adalah imaginasi.” Mereka tidak tahu benda itu adalah sangat menghinakan. Namun untuk memberi amaran kepada kita, Caitanya Mahāprabhu telah memberi amaran yang “Jangan pergi kepada para Māyāvādī.” Māyāvādi-bhāṣya śunile haya sarva-nāśa. Māyāvādī haya kṛṣṇe aparādhī. Ini adalah ayat yang disabda oleh Śrī Caitanya Mahāprabhu.

Maka anda harus sangat, sangat berwaspada. Jangan pergi mendengar kata-kata Māyāvādī. Jangan pergi mendengar kata-kata Māyāvādī. Terdapat ramai Māyāvādī berpakaian seperti seorang Vaiṣṇava. Śrī Bhaktivinoda Ṭhākura telah menerangkan mengenai mereka, yang, ei 'ta eka kali-celā nāke tilaka gale mālā, iaitu, “Ini adalah seorang pengikut Kali. Walaupun dia ada tilaka di atas hidungnya dan memakai utas rantai tulasi, tetapi dia adalah kali-celā. “ Jika dia adalah Māyāvādī, sahaja-bhajana kache mama saṅge laya pare bala. Jadi begitulah halnya. Anda telah datang ke Vṛndāvana. Berwaspada, sangat berwaspada. Māyāvādi-bhāṣya śunile (CC Madhya 6.169). Terdapat ramai para Māyāvādī di sini, yang kononnya tilaka-mālā, tetapi anda tidak tahu apa yang ada di dalam hati mereka. Namun para ācārya yang hebat, mereka boleh mengetahuinya.

śruti-smṛti-purāṇādi
pañcarātra-vidhiṁ vinā
aikāntikī harer bhaktir
utpātāyaiva kalpate
(Brs. 1.2.101)

Mereka hanya menimbulkan gangguan sahaja. Jadi anda harus mengikut Gosvāmīs, kesusteraan Gosvāmī, terutama sekali Bhakti-rasāmṛta-sindhu, yang kita telah terjemah kepada Manisnya Lautan Bhakti, setiap orang harus membaca dengan berhati-hati dan membuat kemajuan. Jangan menjadi mangsa kepada Māyāvādī yang berpura-pura menjadi Vaiṣṇava. Ia sangat bahaya.

Jadi ia dikatakan, sa saṁhitāṁ bhāgavatīṁ kṛtvānukramya cātma-jam. Ia adalah perkara yang sangat sulit. Beliau telah mengajar kepada Śukadeva Gosvāmī.