MS/Prabhupada 0169 - Di Manakah Kesulitan Untuk Melihat Krishna



Lecture on BG 4.24 -- August 4, 1976, New Mayapur (French farm)

Yogeśvara: Sekarang dia bertanya, kita tidak cukup maju untuk melihat Kṛṣṇa sebagai Tuhan Yang Maha Esa secara terus, jadi bagaimana kita boleh bermeditasi kepada Beliau?

Prabhupāda: Anda tidak boleh melihat Kṛṣṇa di kuil? (gelak ketawa) Adakah kita sedang menyembah sesuatu yang samar? Anda harus lihat Kṛṣṇa sebagaimana yang Kṛṣṇa telah bersabda. Dalam keadaan yang sekarang... Sepertimana yang Kṛṣṇa telah bersabda raso 'ham apsu kaunteya (BG 7.8). Kṛṣṇa bersabda "Aku adalah rasa air." Anda akan lihat Kṛṣṇa apabila anda minum air. Itu akan membuatkan anda maju. Mengikut tahap yang berlainan... Kṛṣṇa bersabda “Aku adalah rasa air.” Apabila anda minum air, mengapa kamu tidak melihat Kṛṣṇa. “Oh, rasa ini ialah Kṛṣṇa.” Raso 'ham apsu kaunteya prabhāsmi śaśi-sūryayoḥ. Apabila anda melihat cahaya matahari, cahaya bulan. Kṛṣṇa bersabda “Aku adalah cahaya matahari, Aku adalah cahaya bulan.” Apabila pagi, anda boleh melihat cahaya matahari, anda melihat Kṛṣṇa.

Apabila malam, anda melihat cahaya bulan, anda melihat Kṛṣṇa. Praṇavaḥ sarva-vedeṣu. Dan terdapat mantra Veda yang diucapkan: om tad viṣṇu para, omkara bererti Kṛṣṇa. "Paurusam visnu". Dan sebarang benda yang luar biasa yang dilakukan oleh sesiapa, itu adalah Kṛṣṇa. Jadi anda perlu melihat Kṛṣṇa dengan cara sebegini. Dengan cara sebegini, secara bertahap, anda boleh melihat; Kṛṣṇa akan mendedahkan diri-Nya, anda boleh lihat. Tetapi tidak ada perbezaan antara kita sedar bahawa rasa air adalah Kṛṣṇa dan melihat Kṛṣṇa secara personal, tidak ada perbezaannya. Maka, mengikut kedudukan anda sekarang, anda harus melihat Kṛṣṇa sebegitu. Kemudian anda akan melihat Kṛṣṇa secara bertahap. Jika anda ingin melihat rasa lila Kṛṣṇa dengan serta merta, itu adalah mustahil. Anda tengok... Apabila terdapat kepanasan, anda harus tahu pasti ada api. Apabila terdapat asap, anda harus tahu yang pasti adi api, walaupun anda tidak dapat lihat secara langsung. Namun kita boleh faham, kerana salji, eh, kerana asap ada di sana, maka pasti ada api. Jadi, dengan cari ini, pada permulaan, anda sedar akan Kṛṣṇa. Ini dinyatakan di Bab ke-Tujuh. Cuba anda cari.

raso 'ham apsu kaunteya
prabhāsmi śaśi-sūryayoḥ
praṇavaḥ sarva-vedeṣu
(śabdaḥ khe pauruṣaṁ nṛṣu)
(BG 7.8).

Jayatirtha: Bab Tujuh Ayat Ke-Lapan. O Putera Kuntī, Arjuna, Aku adalah rasa dari air, cahaya dari matahari dan bulan, suku kata oṁ di dalam mantra-mantra Veda ; Akulah suara di dalam eter dan kemampuan di dalam manusia.

Prabhupāda: Dengan cari ini lihatlah Kṛṣṇa. Di manakah kesulitannya? Siapa yang bertanya soalan ini tadi? Di manakah kesulitannya untuk melihat Kṛṣṇa? Adakah terdapat sebarang kesulitan? Lihat Kṛṣṇa. Man-manā bhava mad-bhakto, Kṛṣṇa bersabda: “Selalu berfikir tentangKu.” Jadi, apabila anda minum air, dan merasanya dan berkata “Ah,inilah Kṛṣṇa, Man-manā bhava mad-bhakto. Di manakah kesulitannya? Tidak ada sebarang kesulitan. Semuanya ada di sana. Uh? Di manakah kesulitannya?

Abhinanda: Haruskah kita cuba mengingati bahawa Kṛṣṇa itu sebagai Tuhan?

Prabhupāda: Apakah anda fikir tentang Beliau? (Semua orang ketawa) (Bengali) Ini seperti, selepas seorang itu telah baca Rāmāyaṇa dan selepas membacanya, dia bertanya : Siapakah ayah Sītā-devī ? (gelak ketawa) Siapakah ayah Sītā-devī? (Gelak ketawa kuat) Soalan anda seperti itu ( Ketawa)

Abhinanda: Ini kerana, pada tahun lepas, di Mayapura, Srila Prabhupada, anda telah memberitahu kita, yang kita boleh melupakan yang Krishna ialah Tuhan. Anda telah memberitahu ini banyak kali.

Prabhupāda: Ya, jadi mengapa kamu lupa? (penganut sedang ketawa) Apakah yang cuba kamu maksudkan?

Penganut: Jika seorang penganut jatuh daripada jalan perkhidmatan bhakti, (Charanambuja kepada Jayantakrit : Kamu harus menterjemahkan semua ini.)

Penganut: adakah dia akan masuk neraka sepertimana yang dihuraikan di Bhāgavatam?

Prabhupāda: Seorang penganut tidak akan jatuh. (lebih gelak ketawa) Penganut-penganut: Jaya! Jaya Śrīla Prabhupāda!