MS/Prabhupada 0171 - Lupakan Tentang Kerajaan Yang Baik Selama Jutaan Tahun, Melainkan...



Lecture on SB 1.2.28-29 -- Vrndavana, November 8, 1972

Jadi mengikut pada varṇāśrama, terdapat banyak latihan. Sesetengah daripada kelas manusia harus dilatih untuk menjadi brāhmaṇa yang baik. Sesetengah orang harus dilatih untuk menjadi kṣatriya. Dan sesetengah orang harus dilatih untuk menjadi seorang vaiśya. Dan śūdra tidak memerlukan sebarang... Semua orang adalah śūdra. Janmanā jāyate śūdraḥ. Sejak kelahiran, semua orang adalah śūdra. Saṁskārād bhaved dvijaḥ. Dengan dilatih, seorang boleh menjadi vaiśya, seorang akan menjadi kṣatriya, seorang akan menjadi brāhmaṇa. Terdapatkan latihan itu? Semua adalah śūdra. Dan bagaimanakah anda boleh harapkan untuk mendapatkan kerajaan yang bagus, kerajaan śūdra? Dengan cara apa sekalipun para śūdra akan pastikan mereka diundi. Dan mereka sedang memenuhi kesemua jawatan pemerintah. Maka urusan mereka adalah hanya..., Kali, di zaman ini terutamanya, mlecchā rājanya-rūpiṇaḥ, makan dan minum, makan daging, minum wain. Mlecchas, yavanas, mereka menerima jawatan sebagai pemerintah. Bagaimanakah kita hendak mengharapkan kerajaan yang bagus? Lupakan, hanya lupakan untuk mendapatkan kerajaan yang bagus untuk berjuta-juta tahun, sehingga kamu menubuhkan varṇāśrama-dharma. Tidak ada soalan mengenai kerajaan yang bagus. Ia harus ada kṣatriya yang terdiri dari kelas pertama, yang akan memerintah kerajaan. Seperti Parīkṣit Mahārāja. Beliau sedang mengembara, dan apabila beliau melihat seorang lelaki hitam cuba membunuh seekor lembu, dengan serta merta beliau menghulurkan pedangnya: “Siapakah engkau bangsat, apa yang dibuat di sini?” Ini yang dikatakan sebagai seorang kṣatriya. Itu adalah seorang vaiśya, seorang yang akan memberikan perlindungan kepada lembu-lembu. Kṛṣi-go-rakṣya-vāṇijyaṁ vaiśya-karma svabhāva-jam (BG 18.44). Kesemuanya ada dengan jelas sekali. Di manakah budayanya?

Maka pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa adalah begitu penting sekali. Pemerintah-pemerintah masyarakat, mereka harus memikirkan secara serius bagaimanakah caranya kita harus membaikpulih keadaan sosial dunia ini. Bukan sahaja di sini, di semua tempat, encik. Benda hanya berjalan mengikut kejahilan dan ilusi, kesemuanya. Dalam keadaan samar, tidak ada idea yang jelas. Manakala ini pula idea yang jelas: vāsudeva-parā vedāḥ. Veda, ilmu pengetahuan, anda sedang mendidik orang, tetapi adakah pendidikan yang mengajar mengenai Vāsudeva, mengenai Kṛṣṇa? Bhagavad-gītā dilarang diajar. Vāsudeva bersabda mengenai Diri Sendiri, tetapi itu dilarang. Sekiranya seseorang itu sedang membaca, seorang bangsat, ia akan menolak Vāsudeva. Itu sahaja. Bhagavad-gītā tolak Kṛṣṇa. Ini sedang berlaku sekarang. Semuanya mengarut. Anda tidak boleh mengharapkan manusia yang bertamadun di kalangan masyarakat yang mengarut ini. Ini adalah tujuan sebenar hidup. vāsudeva-parā vedā vāsudeva-parā makhāḥ, vāsudeva-parā yogāḥ. Terdapat ramai para yogi. Saya akan bercakap secara terus-terang, yang tanpa Vāsudeva, yoga – sahaja menekan hidung. Itu sahaja. Itu bukan yoga.