MS/Prabhupada 0056 - Terdapat Dua Belas Pihak Berkuasa Yang Disebutkan Dalam Sastera
Lecture on SB 7.6.1 -- Madras, January 2, 1976
- śrī-prahrāda uvāca
- kaumāra ācaret prājño
- dharmān bhāgavatān iha
- durlabhaṁ mānuṣaṁ janma
- tad apy adhruvam arthadam
- (SB 7.6.1)
Ini adalah Prahlāda Mahārāja. Beliau adalah salah seorang pihak berkuasa dalam kesedaran Krishna. Terdapat dua belas pihak berkuasa yang disebut dalam śāstras:
- svayambhūr nāradaḥ śambhuḥ
- kumāraḥ kapilo manuḥ
- prahlādo janako bhīṣmo
- balir vaiyāsakir vayam
- (SB 6.3.20)
Inilah kenyataan Yamarāja mengenai pihak berkuasa dharma. Dharma bererti Bhagavata-dharma. Saya rasa saya telah jelaskan malam tadi, dharma bermakna bhāgavata. Dharmaṁ tu sākṣād bhagavat-praṇītaṁ (SB 6.3.19). Sama seperti Ketua Hakim kita yang memberi keputusan mengenai undang-undang, maka undang-undang tidak boleh dikeluarkan oleh mana-mana rakyat biasa atau mana-mana ahli perniagaan, tidak. Undang-undang hanya boleh dibuat oleh negara, oleh kerajaan. Tiada sesiapa boleh menciptanya. Itu tidak boleh... Jika dalam mahkamah tinggi, jika seseorang mengaku bahawa, "Tuan, saya mempunyai undang-undang saya tersendiri," Encik Penghakiman tidak akan menerimanya. Begitu juga, anda tidak boleh mereka-reka dharma. Sama ada anda seorang lelaki yang sangat besar... Walaupun Ketua Hakim Negara, beliau tidak boleh membuat undang-undang. Undang-undang ini diberikan oleh kerajaan. Begitu juga, dharma bermakna bhāgavata-dharma dan dharma lain yang kononnya dharma, semuanya bukan dharma. Semuanya tidak akan diterima. Begitu juga, undang-undang yang dibuat di rumah anda tidak akan didterima. Oleh itu dharmaṁ tu sākṣād bhagavat-praṇītaṁ (SB 6.3.19).
Dan apa itu bhagavat-praṇītaṁ dharma? Ianya dihuraikan dalam Bhagavad-gītā, kita semua tahu, semua orang. Beliau datang, Kṛṣṇa datang. Misi Beliau adalah dharma-saṁsthāpanārthāya, adalah untuk mewujudkan prinsip-prinsip agama, atau memantapkannya. Dharmasya glānir bhavati bhārata. Yadā yadā hi dharmasya glānir bhavati bhārata (BG 4.7). Maka kadang-kadang terdapat glāni, percanggahan dalam hal-hal melaksanakan prinsip-prinsip dharma. Pada masa itu, Krishna akan datang. Paritrāṇāya sādhūnāṁ vināśāya ca duṣkṛtām (BG 4.8). Yuge yuge sambhavāmi. Jadi dharma ini, Krishna tidak datang untuk menyusun semula yang kononnya dharma. dharma Hindu, dharma Muslim, dharma Kristian, dharma Buddha. Tidak. Menurut Śrīmad-Bhāgavatam, ia dikatakan, dharmaḥ projjhita-kaitavo (SB 1.1.2). Dharma yang merupakan sejenis proses penipuan, dharma seperti itu adalah projjhita. Prakṛṣṭa-rūpeṇa ujjhita, bererti dibuang keluar, atau ditendang keluar. Maka dharma yang sebenar adalah bhāgavata-dharma, dharma yang sebenar. Oleh itu Prahlada Mahārāja berkata kaumāra ācaret prājño dharmān bhāgavatān iha (SB 7.6.1). Sebenarnya dharma bermakna Tuhan, hubungan kita dengan Tuhan, dan bertindak menurut hubungan itu supaya kita boleh mencapai matlamat utama kehidupan. Itulah dharma.