MS/Prabhupada 0057 - Pembersihan Hati
Lecture on SB 6.1.34-39 -- Surat, December 19, 1970
Revatīnandana: Kita sentiasa menggalakkan zikiran Hare Kṛṣṇa, adakah demikian?
Prabhupāda: Ya. Itulah satu-satunya kaedah dalam zaman ini. Dengan zikiran Hare Kṛṣṇa, seseorang... Wadah kefahaman akan dibersihkan. Dan kemudiannya beliau boleh menerima, beliau boleh menerima pengetahuan rohani. Tanpa pembersihan hati, ianya adalah sukar untuk memahami dan menerima pengetahuan rohani. Kesemua langkah-langkah pemulihan akhlak - brahmacārī, gṛhastha, vānaprastha - ianya adalah kaedah pembersihan. Dan bhakti juga merupakan kaedah pembersihan, vidhi-bhakti. Tetapi dengan melibatkan diri dalam ibadat Dewa ini, beliau juga menjadi bersih. Tat-paratve... Sarvopādhi... Apabila beliau mencapai penerangan atau pemahaman yang lebih mendalam bahawa beliau adalah hamba kekal Krishna, beliau menjadi suci. Beliau menjadi suci. Sarvopādhi bererti beliau tidak...Sarvopādhi. Beliau cuba membasmikan upādhi beliau, pengenalan diri, bahawa "Saya ialah orang Amerika," "Saya ialah orang India," "Saya adalah ini," " Saya adalah itu," Maka dengan ini, apabila kita membasmikan sepenuhnya kehidupan dalam kefahaman kita adalah badan ini, kemudiannya nirmalam. Beliau akan menjadi nirmala, tidak tercemar. Dan selagi kita hidup dalam kefahaman kita adalah badan ini iaitu "Saya adalah ini, " Saya adalah itu, beliau masih dalam Sa bhaktaḥ prakṛtaḥ smṛtaḥ. (Sampingan:) Duduk dengan betul, bukannya begitu. Sa bhaktaḥ prakṛtaḥ smṛtaḥ. Arcāyām eva haraye... Malah dalam proses, jika mereka terlibat dalam pemujaan Dewa, arcāyāṁ haraye yat-pūjāṁ śraddhāyehate, dengan maha bhakti, tetapi na tad bhakteṣu cānyeṣu, beliau tidak bersimpati terhadap orang lain atau beliau tidak tahu apakah kedudukan seorang penyembah, maka sa bhaktaḥ prakṛtaḥ smṛtaḥ: "Belaiu dikatakan penyembah material, penyembah material." Oleh itu kita harus meningkatkan diri kita dari peringkat bhakti pada tahap material ke tahap kedua apabila kita memahami apakah itu seorang penyembah, apakah itu seorang yang bukan penyembah, apakah itu Tuhan, apakah iu orang yang tidak percayakan kewujudan Tuhan (ateis). Terdapat perbezaan sebegini ini. Dan dalam peringkat paramahaṁsa tidak ada perbezaan sedemikian. Pada pandangan beliau setiap seorang terlibat dalam pengabdian kepada Tuhan. Beliau tidak beriri hati terhadap sesiapa, beliau tidak melihat apa-apa, sesiapa. Tetapi itu adalah peringkat lain. Kita tidak seharusnya meniru, cuba meniru, tetapi kita perlu tahu bahawa paramahaṁsa adalah peringkat tertinggi kesempurnaan. Sebagai pendakwah kita perlu menunjukkan... Sama seperti yang saya memberitahu budak ini, "Anda perlu duduk sebegini." Tetapi seorang paramahaṁsa tidak akan berkata sedemikian. Seorang paramahaṁsa, bagi pandangan beliau - "Beliau elok sahaja." Sebegitulah dilihatnya. Tetapi kita tidak harus meniru seorang paramahaṁsa. Kerana kita adalah pendakwah, kita adalah guru, kita tidak seharusnya meniru paramahaṁsa. Kita harus memberitahu akan sumber yang betul, jalan yang betul.
Revatīnandana: Anda semestilah lebih tinggi dari tahap paramahaṁsa, Prabhupāda.
Prabhupāda: Saya lebih rendah daripada anda. Saya lebih rendah daripada anda.
Revatīnandana: Anda indah sekali. Anda berada pada tahap paramahaṁsa, tetapi anda masih berkhutbah kepada kami.
Prabhupāda: Tidak, saya lebih rendah daripada anda. Saya yang paling rendah daripada semua makhluk. Saya hanya cuba untuk melaksanakan perintah guru kerohanian saya. Itu sahaja. Itu sepatutnya menjadi urusan setiap seorang. Cuba yang terbaik. Cubalah dengan sebaiknya untuk melaksanakan perintah pihak yang lebih tinggi. Itulah cara yang terbaik untuk berkembang. Seseorang mungkin berada dalam tahap yang paling rendah, tetapi jika beliau cuba untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya, beliau adalah sempurna. Beliau mungkin berada di peringkat yang paling rendah, tetapi oleh kerana beliau cuba melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya, maka dia adalah sempurna. Itulah pertimbangannya.