MS/Prabhupada 0094 - Urusan Kita Adalah Mengulang Kata-kata Kṛṣṇa
Lecture on BG 1.20 -- London, July 17, 1973
Hidup secara tidak beriman bermakna tidak akan bertanyakan mengenai Tuhan atau tidak boleh memahami Tuhan. Kita telah mengulangi ayat ini beberapa kali,
- yeṣāṁ tv anta-gataṁ pāpaṁ
- janānāṁ puṇya-karmaṇām
- te dvandva-moha-nirmuktā
- bhajante māṁ dṛḍha-vratāḥ
- (BG 7.28)
Pāpīs, orang yang berdosa, mereka tidak boleh memahami. Mereka faham, hanya memikiran bahawa "Kṛṣṇa ialah Bhagavān, maka saya ialah Bhagavān juga. Beliau adalah manusia yang biasa, mungkin mempunyai sedikit kuasa, orang yang terkenal dalam sejarah. Oleh itu Beliau adalah, hanya, seorang manusia. Dan saya juga seorang manusia. Mengapa saya bukan Tuhan?" Ini adalah kesimpulan yang diberikan oleh abhaktas, orang yang bukan penganut dan orang yang berdosa.
Oleh itu sesiapa pun yang mengisytiharkan diri dia sebagai Tuhan, dengan serta merta anda harus tahu yang ia adalah orang yang berdosa besar. Dan jika anda cuba mempelajari kehidupan peribadiannya, anda dapat lihat yang ia adalah orang yang berdosa yang bernombor satu. Ini adalah ujiannya. Jika tidak tidak akan sesiapa yang akan berkata bahawa saya ialah Tuhan, itu adalah pernyataan yang palsu. Tidak ada sesiapa pun. Orang yang beriman tidak akan berbuat begitu. Ia tahu, "Siapakah saya? Saya seorang manusia yang biasa. Bagaimana saya boleh mengambil posisi Tuhan?"
Dan mereka menjadi terkenal antara para bangsat. Dan ia dinyatakan di Śrīmad-Bhāgavatam, śva-viḍ-varāhoṣṭra kharaiḥ (SB 2.3.19). Apakah ayat tersebut? Uṣṭra-kharaiḥ, saṁstutaḥ puruṣaḥ paśuḥ. Mereka... Di dunia ini kita boleh lihat yang terdapat ramai manusia yang hebat, manusia yang kononnya hebat, mereka sangat dipuji di kalangan masyarakat. Oleh itu Bhāgavata bersabda, maka sesiapa yang bukan seorang penganut, yang tidak mengucap Hare Kṛṣṇa mantra, ia mungkin orang yang sangat besar di kalangan para bangsat, namun ia adalah seorang binatang. Binatang. Oleh itu, śva-viḍ-varāha-uṣṭra-kharaiḥ. "Oleh itu bagaimana anda boleh mengatakan bahawa orang itu sangat hebat. Anda berkata berkenaan binatang tersebut." Urusan kita kita adalah suatu urusan tanpa penghargaan. Kita berkata bahawa jika seseorang itu bukan penganut, ia adalah seorang bangsat. Kita berkata secara umum. Itu adalah perkataan yang sangat kasar, namun kita harus menggunakannya. Dan apabila kita lihat bahawa ia bukan seorang penganut Kṛṣṇa, maka ia seorang bangsat. Bagaimana cara kita mengatakannya? Ia bukanlah musuh kita, tetapi kita harus mengatakannya kerana itu dinyatakan oleh Kṛṣṇa.
Jika kita benar-benar berkesedaran Kṛṣṇa, maka urusan kita adalah mengulang kata-kata Kṛṣṇa. Itu sahaja. Apa perbezaan antara wakil Kṛṣṇa dan yang bukan wakil-Nya? Wakil Kṛṣṇa hanya akan mengulang apa yang dikatakan oleh Kṛṣṇa. Itu sahaja. Ia menjadi wakil. Ia tidak memerlukan banyak kelayakan. Kamu hanya cukup mengulang dengan keyakinan yang teguh sahaja. Seperti mana Kṛṣṇa bersabda, sarva-dharmān parityajya mām ekaṁ śaraṇaṁ vraja. (BG 18.66). Jadi seseorang yang telah menerima kenyataan ini bahawa, "Jika saya berserah diri kepada Kṛṣṇa, maka semua urusan saya akan berjaya," maka ia adalah wakil Kṛṣṇa. Itu sahaja.
Anda tidak perlu menjadi orang yang sangat terpelajar atau menjadi sangat maju. Hanya terima apa yang sudah dikatakan oleh Kṛṣṇa sahaja... Seperti mana yang diperkatakan oleh Arjuna, sarvam etaṁ ṛtam manye yad vadasi keśava. (BG 10.14) "Kṛṣṇa yang dikasihi, Keśava, apapun yang Anda katakan, hamba menerimanya, tanpa mengubah apapun." Itu adalah bhakta. Oleh itu Arjuna telah dikenali sebagai, bhakto 'si. Ini adalah urusan seorang bhakta. Mengapa saya menganggap bahawa Kṛṣṇa adalah seperti saya, seorang manusia biasa? Itu adalah perbezaan seorang bhakta dan bukan bhakta. Seorang bhakta tahu bahawa "Saya adalah orang yang tidak penting, hanya percikan kecil dari Kṛṣṇa. Kṛṣṇa ialah seorang individu. Saya pun seorang individu. Namun apabila saya mempertimbangkan mengenai kuasa Beliau dan kuasa saya, kuasa saya adalah paling tidak bererti sama sekali." Ini adalah pemahaman mengenai Kṛṣṇa. Tidak ada kesusahan.
Seseorang itu harus ikhlas, dan tidak berdosa. Namun orang yang berdosa tidak boleh memahami Beliau. Orang yang berdosa, akan berkata, "Oh, Kṛṣṇa adalah seorang manusia juga. Saya juga seorang manusia. Mengapa saya bukan Tuhan? Beliau adalah Tuhan? Tidak, saya pun tuhan. Saya adalah Tuhan. Anda adalah Tuhan, anda pun adalah Tuhan, semua pun adalah Tuhan." Sama seperti yang diperkatakan oleh Vivekananda, " Mengapakah anda mencari Tuhan? Anda tidak boleh lihatkah, terdapat ramai tuhan-tuhan yang berkeliaran di jalanan?" Anda tengok. Ini adalah kesedarannya mengenai Tuhan. Ini adalah kesedarannya mengenai Tuhan. Dan beliau menjadi orang yang besar: "Oh, ia melihat semua orang sebagai Tuhan."
Kebodohan itu, kejahilan ini, sedang merebak seluruh dunia. Seseorang tidak tahu apakah itu Tuhan, apakah kuasa Tuhan, apakah yang dimaksudkan sebagai Tuhan. Mereka hanya menganggap seorang bangsat sebagai Tuhan. Dan pada masa kini, itu yang sedang berlaku. Seorang lagi bangsat telah datang. Ia pun mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan. Oleh itu ia telah menjadi benda yang murah. Namun mereka tidak mempunyai otak untuk memikirkan bahawa "Saya telah mengisytiharkan diri saya sebagai Tuhan, dan apakah kuasa yang saya ada?" Oleh itu ini adalah suatu misteri. Ini adalah misteri. Tanpa menjadi seorang penganut, misteri untuk memahami Tuhan adalah mustahil. Dan Kṛṣṇa bersabda di Bhagavad-gītā bagaimana seseorang itu boleh mengetahui Beliau. Bhaktyā mām abhijānāti yāvān yaś cāsmi tattvataḥ (BG 18.55). Hanya dengan bhakti, sahaja.
Beliau boleh juga berkata, "Melalui pengetahuan yang paling tinggi" atau "Melalui proses yoga" atau "Melalui kegiatan, dengan menjadi seorang karmī, seorang pekerja yang hebat, seseorang itu boleh memahamiKu." Tidak, Beliau tidak pernah mengatakan seperti itu, tidak pernah. jadi para karmī, jñānī, yogi, mereka adalah para bangsat. Mereka tidak boleh memahami Kṛṣṇa. Maka semuanya adalah bangsat. Para karmī adalah bangsat kelas ketiga, para jñānī adalah bangsat kelas kedua, dan para yogi adalah bangsat kelas pertama. Itu sahaja.